Saturday, April 7, 2012

Pokok dan Bunga Tongkeng

Pagi ni mama nadz sempat mengambil gambar bunga tongkeng, antara bunga kegemaran mama..
Bunga tongkeng ni mula berkembang lagi....
Maka akan teringatlah zaman kanak-kanak dulu, mama nadz selalu karangkan bunga-bunga ni untuk dililit ditochang... wangi dan kawan baik bunga ini ialah bunga kerak nasi, bunga-bunga yang sangat nostalgia buat mama.

Juga bunga tongkeng boleh dibuat ulam atau di buat kerabu. Kata cikgu Julia , mereka menggoreng bunga ini dengan telur. Semuanya mama dah buat masakan tu, lebih-lebih lagi bila tongkeng riuh berbunga.
Kalau sempat nak buat kerabu minggu ni..tapi sayang pula..biarlah berkembang dahulu, nanti dah banyak baru nak buat kerabu.



Bunga tongkeng ni susah benar nak dapat tanam. Tetapi bila dah tumbuh melata, banyak pula anak pinaknya. Habis menjalar memanjat semua pokok yang dikelilingnya. Mama pun tak buat para untuknya. Alangkah bagus kalau boleh dibuat sebuah pegola, boleh juga tongkeng ini melata...tunggulah dulu...tak berkesampaian.


Apabila bunga tongkeng habis luruh kita dapat lihat ianya mengeluarkan buah, apabila buah itu telah tua ianya akan menyebarkan biji benih. Agaknya itulah pasal terdapat banyak anak pokok keliling kawasan induknya.

Tapi kalau kita ambil buahnya dan semai, tak pula nak hidup..
Nanti bila bunga-bunga ni berkembang banyak mama akan upload lagi gambarnya.





17 comments:

  1. Tak pernah tengok bunga ini, nadz. Nanti ambil zoom in , okey. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf belum pun mama zoom kan untuk Hjh..insyaallah , nanti mama zoomkan kerana tongkeng masih lagi riuh berbunga.

      Delete
  2. Salam Mama Nadz

    Az x pernah dengr nama pokok tongkeng ni. Sebelum ni jumpa pokok bunga benapa p$p#t anjing. macam-macam nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Kedah di sebut tongkeng, tak tahulah di sana AZ. Tapi kawan mama cikgu kat melaka, dia sebut tongkeng juga, kat rumahnya dah ada pokok ni, mama nadz dah bagi dia.

      Delete
  3. Ini kali pertama kakak dengar bunga ini. tapi nampak agak besar kalau halaman kecik macam rumah kakak tak bolehlah tanam. Cantik dan wangi pulak tu ye...

    p/s: lama kakak tak ke sini sebab dulu kakak selalu jenguk tak ada N3 baru. Maaf mama nadz kakak tak perasan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halaman rumah mama nadz pun kecil saja tapi dipadatkan dgn segala mcm pokok. terkadang semak nampak, nak buat macam mana, mama nadz minat dengan pokok bunga.

      Delete
  4. Mama Nadz,

    Bunga ni unik, tak perasan pulak pokok, tp sesuai untuk buat pergola

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..kalau ada pergola memang elok dengan pokok ni En Rosli. nantilah bila mama pencen dan ada wang lebih, nak buat juga pergola kat tepi rumah....

      Delete
  5. Salam Kak.
    Saya ni taklah pandai tanam pokok...selalu kalau tanam, tak sampai sebulan mesti mati....apa petua?

    ReplyDelete
  6. w/salam Uncle, akak pun tak ada petua apa2..tanam, bajakan , siram jer...mungkin kena panas sangat kot.

    ReplyDelete
  7. kat mana nak cari benih pokok ni yer? teringin nk tanam. br try mkn bunga dia semalam, sedap.. - mdilaz@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Kt mana boleh dpt kn benih pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh datang ambil anak pokok kat rumah...saya bagi

      Delete
  9. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete