Hanya tinggal beberapa hari lagi sekolah akan mula bercuti. lalu tinggal lagi 4 minggu lagi majlis perkahwinan puteri mama akan berlangsung. Diselang seli perasaan ini, gembira, teruja, takut, was-was dan sedih. Apa pun mama akan cuba menyiapkan segala yang perlu dengan teratur. Mama mahu sempurna. Tidak perlu meriah sangat majlis itu, mama mahu sempurna dalam suasana yang baik . Semoga Allah memberkati majlis yang bersejarah buat puteri mama yang tabah ini.
bila ada kelapangan, beginilah, menaip dan membaca. Mencari pengetahuan kerana semasa remaja tiada ada semua benda-benda ni... menjengok blogger dan menambah idea..
Monday, November 16, 2009
Thursday, November 12, 2009
kawan sekolah rendah
Tidak pernah sangka, sewaktu bermesyuarat di Pulau Langkawi, berjumpa seorang kawan sekelas mama semasa sekolah rendah, 40 tahun lampau , berada di lobby hotel selepas jamuan tengahari apabila kawan mama itu menegur dan bertanya nama. Kata kawan mama suara itu suara dahulu juga. Terima kasih kepada Mohd Noor kerana mengingati mama, mama sejujurnya tidak dapat mengenali kawan yang telah kini seabad seusia mama, masakan mama mengingati wajah tua kerana wajah keanakan itu telah berubah. berbual agak lama , menceritakan kisah semasa kanak-kanak dan terus melewati kisah hidup hari ini. Kawan mama bercerita mengenai anak-anak dan cucu-cucunya. Mama hanya dapat bercerita tentang putera dan puteri mama tetapi mama belum ada cucu. Masing-masing berjaya dengan kerjaya dan kawan mama itu masih memiliki sikap rajin berusaha kerana memiliki kerjaya di bidang IT yang sentiasa perlu peka dengan perkembangan, walau beliau seusia mama. Semoga di masa hadapan mama akan berpeluang berjumpa kawan-kawan yang lain pula.
Wednesday, November 11, 2009
Monday, November 9, 2009
zaman IT
Betapa gembiranya apabila dapat mengetahui kabar berita dari kawan-kawan hanya dengan FB, Facebook. Seronok mendengar perkembangan kerjaya dan hidup masing-masing. Ada antaranya berada di luar negara kerana bekerja, menghabiskan PHD , ikut pasangan dan ada yang pergi merajuk hati. Kawan-kawan yang lain telah berjawatan seperti pensyarah, pegawai-pegawai penting dalam jabatan dan kakitangan kerajaan . begitu gembira berbual via internet..dan leka juga bertanya kabar. Bagaimana pula kawan-kawan yang belum lagi dapat berinteraksi..semuga, insyaallah akan berjumpa di mana saja di bumi Allah. jalan,
Thursday, November 5, 2009
Bertemu Kawan Lama
kawan datang dan pergi. dari alam persekolahan di sekolah rendah, kemudian ke menengah dan ke UiTM, ke maktab perguruan, ke Institiut perguruan dan ke Universiti..sentiasa bersama kawan-kawan. sesuatu hari terkadangnya teringin sangat berjumpa seseorang kawan, tapi di mana dia. Dalam blog ini mama akan coretkan beberapa kawan yang mama telah jumpa, telah berbual dan telah berkirim salam. Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)