Saturday, March 30, 2013

Jalan-jalan di Kucing , Sarawak - 4 hari 3 malam

Sempena cuti sekolah, mama nadz  berjalan-jalan ke Kucing. Inilah kali pertama sampai Kucing , walau menantu mama nadz orang Sarawak.(Cecilia orang Miri, belum sampai lagi kali ni..tunggu waktu lain pula)  Bersama Tok Wan, Idris dan uminya, Fatimah dan ibu ayahnya, serta jua keluarga adik mama Rosni. Sebelas orang begitu, naik Air Asia di Bayan lepas, Penang.

Sebenarnya pada mulanya hanya nak bagi pengalaman pada Idris naik kapal terbang, tapi semua nak ikut..so jadi mcm rombongan Cik Kiah lah pulak.


Idris dah ready nak naik kapal terbang

Dia melambai-lambai bila nampak kapal terbang mcm dia sorang yang nak naik

huru hara atas kapal..tak duduk diam

berkawad ke sana sini  mengunjungi jiran tetangga!
 Tempat yang mama ingin ulangi ialah Pusat pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh. Semua pengunjung kena masuk ke dalam hutan hingga ke spot yang ditetapkan untuk melihat kehadiran orang Utan mendapatkan makanan. Semuanya kena berdiam diri, tidak boleh bising2 dan mengambil gambar dengan flash. sebab Idris suka berjalan-jalan dan rajin bercakap-cakap..uminya  membawa Idris keluar. Lebih selesa untuk Idris kerana berada di situ dan menunggu  sangat jemu..


Ini kat Santubung..Damai resort

di Taman orkid yang berwarna warni




Fatimah juga sangat bagus..tidak meragam di sana.

Kalau ke Sarawak..mana boleh tak beli terubuk..

Wednesday, February 27, 2013

Guangzhou,(Hong Kong dan China 5D6N) Part Akhir



Assallamualaikum semua,
Pengalaman melancong ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou memberi rasa bersyukur pada mama nadz..kerana rumah comel  mama atas tanah!  Di sana kebanyakkan  di awangan, iaitu apartment yang terkadangnya menjulang tinggi. Sangat padat .
salah satu yang sempat dirakam
Sebenarnya kali ni mama nadz ingin bersembang bab makanan apabila di sana. Mama ni jenis yang agak berkira@pilih-pilih makanan. Kalau tekak tak terima, mama tak boleh makan. Jadi bila jauh dari Malaysia ni, pasti mama bawa bekalan makanan. Mama bawa sambal kering, kacang goreng dan ikan bilis goreng, bila nak makan baru mama campur gaulkan. Juga mama bawa mee segera ( kot-kot lalu makan di sana). Kat rumah tak pernah makan pun jenis-jenis mee segera ni.


mama pack kecil-kecil  supaya senang dibawa dalam handbag.
bila di sana terasa sangatlah sedap, masin, masam, manisnya serta pedas!
masa pergi mekah tempuhari, mama nadz bawa macam ni juga..kalau bawa segedabak bungkus besar agak cerewet. dah tu berat..

Semua restoran yang kami kunjungi di sana adalah mengikut pakej itu. Jadi harapnya , tentunyalah semuanya halal . Kekadang timbul juga rasa was-was tapi, tawakal juga menyenduk nasi dan  sayur.
Ada juga masakan yang sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi di Shenzen. Ada sayur yang di saji dihiasi cili kering rangup-rangup yang besar.. (Bila balik ada cuba nak buat, kat Padang Besar hari tu ada terjumpa cili kering XXL tu), nanti kalau jadi di cuba akan mama buat N3.
Jom kita tengok makanan-makan di sana.
 maaflah gambar begitu saja, tak berapa kelear..(camera bukannya sama ngan Pak Itam)
                           
 Waktu di Hong Kong







    

setiap hidangan di beri  seteko teh..teh tawar..kalau habis boleh minta lagi seteko
       Bila jauh sikit dari Malaysia, jumpa jer rakyat Malaysia , banyak pula nak sembang


bergambar dengan madam, nyonya-nyonya dari Ipoh. Ramah betul . 

Sekianlah sahaja perjalanan 8 orang opah, nenek, mamatok, nani. tok oma, wan tok..seronok sangat kerana sebaya,   7 cikgu , dan yang paling berbekas, kami adalah  7 guru keluaran MPPM, Melaka. walau pun selepas maktab ada yang melanjutkan penimbaan ilmu dari universiti luar negara dan  tempatan.
nota sikit: yang hujung berbaju hijau bukan dibidang pendidikan  

Lepas ni kami dah janji..kalau ada rezeki menyongket lagi!

Friday, February 22, 2013

Mudah ditanam dan senang tumbuh


Salam..
Petang ni mama nadz melihat pokok di laman..
sampai hari ni tak tahu nama sebenar pokok ni..banyak pasu juga mama nadz tanam sebab senang tumbuh..dan kalau kena pada tempatnya cantekk!







tanamlah kat mana saja..pasti tumbuh..kongsi2 dalam pasu pokok lain pun ok

Asal letak sikit ja..sekejap dah berjuntai.
 
Dalam pasu-pasu yang pecah pun ok jugak..

Ni dalam sinki lama..suka tengok hijau2..tu pasal..ada merah untuk break the monotony
pokok ni juga sangat mudah hidup..
(Abaikanlah..lantai-lantai yang belum di cuci..esok cuti lagi..baru nak disental)
W/salam

Thursday, February 21, 2013

Relaks petang=petang


tempat yang bernama Teroi ni ada dalam daerah mama nadz.  Kalau nak kerumah mama nads kena lalui tempat ni...kenapa dinamakan Teroi mama pun kurang pasti..nanti mama tanya orang2 kat sini bila-bilalah. Bukan apa..bila lalu kat sini, nampak ada bengkel cuci kereta...mudah di sini..kereta ummi idris ke, kereta Tok Wan ke, yg mamatok ka..datang ke sini saja..Lagi pun memberi semangat kat budak-budak kerja tu..

.memang hari tu berhajat nak cuci kereta sebab tersangat kotor dah..selalunya mama dengan bantuan depa2 lah basuh kereta ni  di rumah..  Dah lalu sini dan ada   ..langsung parking  kat sini..

Perhatian semua:  Ini kawasan kampung ja jadi begitulah pemandangannya..

Sangat suka menengok budak-budak ni buat kerja..Gembira saja sambil melakukan kerja..Entahlah siapa boss , siapa pekerja.

yang si comel nakal ni apa lagi..peluang mengatur langkah menjadi haruan semula..Dia suka meneroka, melihat dan mencuba kesana sini.


bermain seperti di taman permainan. Jenuh ummi mengejar ke sana sini..
Tak apa..Ummi cikgu P/  Jasmani..dah biasa dengan larian serta kejar mengejar!
                                                      




Idris pun nak membantu..tak boleh lihat ayaq..

 Ummi Idris pernah mengajar  budak-budak remaja ni semasa di tingkatan bawah..Walau ummi Idris dah tak mengajar di sekolah mereka, mereka masih menegur dan sangat suka bersembang sambil melayani kerenah Idris.

Lepas kereta dah bersih..
jom singgah pula kat gerai makan berdekatan...
Walau di kampung...jauh tersangat dari kota besar tapi..boleh order semua menu ni..



   
aiskrim untuk Idris..tetapi sesudu jer dia makan..besar ke nak main..
Chicken Chop..pinggan mama nadz...besar sgt ayamnya..tak terhabis

 Ini nasi goreng ayam rendang..sedapnya kata Tok  Wan
 sebenarnya sangat jarang mama nadz makan diluar..tetapi sesekali kalau kena dengan keadaan  bolehlah juga..
Bagai hari begitu indah dan tenang dapat bersantai makan-makan berlatarbelakang Gunung Jerai  (tak der gambar sebab tak ambil).