Friday, February 28, 2014

Reunion

...........Pada usia 13  tahun,  apalah sangat mengerti tentang persahabatan.  Waktu itu mama bersekolah Menengah di Tapah Road, sekejap saja pun di situ, hanya 3 bulan, sebelum berpindah balik ke Kedah.   serata tempat mencari kehidupan  belajar, sambung belajar ,bekerja dan kini  di tahun akhir bekerjaya....(mama dah nak pencen).
Namun bertahun-tahun sejak dulu, mama nadz sangat mengingati seorang kawan mama semasa usia 13 tahun itu di Tapah Road...sangat mengingatinya kerana dia sangat baik dengan mama dan pernah seorang guru di situ mengatakan kami adik beradik, kerana wajah seakan serupa....
Waktu itu Mama Nadz pindah ke Kedah..dan dia juga berpindah ke Teluk Intan(masa tu Telok Anson)...
Bagaimana lah nak mengesan seseorang hanya dari memori budak kecik....
Sekiranya bertemu sesiapa dari Telok Intan mama pasti bertanya..tanya nama saja..kot 2 sesiapa kenal..di maktab, di universiti....bukan mudah ya...
Satu ketika ada seseorang pernah memberitahu rasanya mcm beliau tahu nama itu...dan katanya  jadi guru juga kawan mama itu.....
Hari ni bila ada FB...mama sentiasa mengesan dengan nama beliau..(macam mana kalau nama samaran identitinya di FB)
Mama sering berdoa untuk bertemunya..teringin sangat-sangat................
43 tahun sudah.berpisah ...bagaimana  mungkin dikesan....kita sentiasa bergerak, berpindah randah...
Dengan rezekiNYA, dengan titipan doa selalu, satu hari mama melihat gambar dan nama-nama guru di satu laman FB seorang kawan di Melaka(kawan-kawan  maktab tahun 80 an)...nama beliau..wajah beliau.....
Maka melalui seorang kawan kepada seorang kawan..mama cuba menghubungi...
Akhirnya dapatlah mama bertanya gerangan dan khabar..betul lah dia...kami serupa..sangat merindui dalam 43 tahun itu....
Tuhan Maha Kuasa kan
 Mama juga mencari dan menghubungi rakan  rakan yang pernah belajar di Tapah Road  43 tahun dulu..rakan sekelas...
Detik itu inisiatif salah seorangnya cuba mengumpul balik batch itu..Memang payah, sukar dan rumit.Tapi, akhirnya dapatlah berkumpul beberapa belas orang, disekolah lama kami..sekolah yang telah bertukar nama... kami adakan reunion!...
Dan di hari itu mama dapat memeluk dengan puas sahabat mama itu yang datang dari Melaka...   


Di hari yang Indah itu dapatlah bertemu beberapa orang kawan ...yang bergelar Dato, Ir, Prof,,,,Capt  dan lain-lain kerjaya...
yang canteknya..hanya kami yang kaum wanita hadir..hanya kami..dan kedua kami  adalah cikgu! pernah jadi sahabat baik 43  tahun dulu..dan insyaAllah akan terus menghubungi kini..

catatan ini khas buat As......kupernah bermemori..bagai kabus
 kala hilang kabus, rupanya ada lambaian kelopak mawar wangi...
seharum ingatan dalam jiwa kanak-kanak hingga dewasa..



6 comments:

  1. Meremang kakak baca kisah mama ni tau. Bayangkan 43 tahun bukan singkat. Lama betul! Namun andai Allah mahu pertemukan akan bertemu juga kan mama. Tapi kakak cuba nak tengok muka mama dgn cikgu As tu sama tak. Agaknya kalau pakai tudung yang sama bentuk akan jadi seiras. Cuma sorang pakai cerminmata sorang tak...

    Moga ukhuwah terus terjalin ye mama..

    ReplyDelete
  2. Kakzakie,

    Masa kecil mungkin wajah seakan serupa mungkin...tapi bila masa berlalu dah jadi lain sikit. Cikgu As bercermin mata, dan cara senyuman itulah yang mama sangat ingat....tapi kami masih memiliki saiz dan ketinggian yang lebih kurang jer.....Terima kasih kakak...rindu nak jumpa kakak.

    ReplyDelete
  3. gembira tak terkata tu lah istilah 'sahabat' diberi rezeki untuk bertemu semula..aminnn tumpang gembira ;)

    ReplyDelete
  4. Salam kopiolimauice,
    Terima kasih sudi bertandang ke sini...ya itulah sahabat... itulah satu-satunya sahabat yang mama ingat sgt..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Kalau mama perasan handbeg pun macam lebih kurang pattennya hihi...

    ReplyDelete
  6. Petite mazxi dress is usually seleccted for brief ladies according to
    iis very important on the body. As a matter of fact, maxi dress that's worn during summertime is designed for
    everyone. If you take slmewhat care, you'll be able to discover the
    best suited dress foor your requirements.
    If you gget the correct sort of dress, you may appear to bee ann angel.
    If you take heed with the advice distributed by fashion designers and stylists, you are able to pick the best Petite
    Maxi Dress.

    my website: redmaxi dress

    ReplyDelete