Sunday, August 4, 2013

sebelum Raya


Assallamualaikum semua,

Hari ni awal pagi mama sudah kacau pulut untuk dibuat ketupat palas. Sehari mama akan buat sekilo pulut  dan selepas dibalut, mama akan dinginbekukan. Malam raya nanti baru mama rebus@kukus. Jadi malam tu tak lah sibuk dengan ketupat dan boleh ke surau berjumpa kawan2 dan sembahyang tasbih.



pulut yang dibeli di Padang besar  (santan dari kelapa kat pokok nan sebatang depan rumah)

Sambil menunggu pulut elok , mama keluar ke laman rumah, memetik bunga tongkeng dan daun cekur, nanti petang nak buat kerabu, anakanda yang jauh-jauh dah balik, ada sorang tu dah lama menyebut teringat kerabu bunga tongkeng. Macam tahu-tahu ada beberapa gugus berkembang. Alhamdulillah rezeki anak meantu nak makan kerabu bunga tongkeng, mereka kata..manalah nak cari kerabu bunga tongkeng kat Malaysia ni..selain dari dapur mama!...bunga yang jarang orang tanam.



cukuplah untuk sepiring kerabu  .akan dicampur dengan daun cekur. Cadangnya nak buat kerabu yang mcm som tam sebab gula kabung Siam baru jer mama  beli 5 paket..sedapnya masakan dengan campuran gula kabung tu..  

bakawali yang tidak pernah mungkir..sentiasa berbunga..baru-baru ni ada 21 buds..dan telah kembang beberapa belas dan masih ada lagi yang akan berkembang..wanginya laman pagi ni. Bila matahari dah memancar cahayanya..sat lagi dia layu lah sebab ianya Queen of the Night 

 Ros yang sangat setia..ada jer bunga setiap pagi, mama tanam rata sudut jadi  masing-masing mcm ambil giliran berbunga.

 bunga Alamanda ni sangat ramah..agaknya mcm puannya...he he he

bunga kertas pun nak raya jugak..

TYT  ni macam sakit jer..sikit sangat berbunga..jadi tak ada bau sabun lah petang-petang nanti.
Janggut Adam -".French Moses". ni makin banyak dan dah panjang meleret..nak trim rasa sayang pula, kat sudut lain lagi banyak mama gantung..aduhai dah jadi mcm tirai kat laman.  Idris pun tak pernah tarik-tarik mcm dia tahu mamatoknya sayang sgt pokok2 bunga ni
hari tu sangkut sikit kat pokok n..cepat biaknya..hari-hari siram air beras...yang sayangnya ranting bunga kertas tu mcm jauh hati..memburuk pulak..macamna nak buat ya..

kenanga yang sangat setia..telah 30 tahun lebih hidup dalam pasu di laman ini

Jom masuk balik ke dalam rumah..
Jom balut ketupat palas!



maaflah , gambar kelabu sikit, hanya dari camera mama yang biasa-biasa..

 SELAMAT HARI RAYA SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN





.