bila ada kelapangan, beginilah, menaip dan membaca. Mencari pengetahuan kerana semasa remaja tiada ada semua benda-benda ni... menjengok blogger dan menambah idea..
Sunday, February 28, 2010
Doa buat putriku
se orang kawan pernah memberitahu rakan setugas termasuk mama semasa duduk-duduk di ruang rehat bahawa dia mencari calon menantu, mencari seorang gadis untuk anak terunanya..memberitahu perkara itu dalam cakapan yang berbahasa dan mesra. Kami merenung kesungguhan dia bertanya mungkin antara kami mengenali anak siapa atau sebagainya. Mama memahami hati seorang ibu, ingin mencari yang terbaik buat setiap anak. Kawan mama itu mempunyai anak yang begitu baik sekali. berjawatan, berwawasan dan melangkahi usia yang sepatutnya berumah tangga. menyerah kepada ibunya untuk memilih calon menantu. Maka kawan mama ini akan membisik bertanya di kalangan rakan setugas. Baginya senang sekiranya apabila ibu juga berpendidikan semestinya anak-anak begitu. Mama hanya tersenyum apabila kawan itu mengajukan pertanyaan sedemikian. Apa kuasa mama untuk ini. Entah kali ke berapa kawan-kawan bertanya persoalan begitu..bagaimana putri mama.. bagimana putri mama. Mama tidak pernah memberitahu jawapan kerana semua ini hak putri mama. Mak tidak berani masuk campur, mama takut putri mama akan berselisih pendapat. Walau di sudut hati mama, mama begitu kagum dengan situasi si anak teruna itu. seorang lelaki yang mencari calon isteri. telah berada dikedudukan yang amat selesa, mantap dari segi keewangan, baik agamanya, mama amat kepingin sebegitu buat putri mama yang satu ini. Mama dapat rasa kebahagian buat putri mama, alangkah beruntung putri mama sekiranya putri mama menuruti impian mama. Tapi apa pun mama tidak mahu bercerita begitu kerana putri mama berprinsip berbeda dengan mama..Biarlah yang terbaik..walau apa pun. cuma dalam doa mama titipkan kesungguhan mama ini.
Saturday, February 27, 2010
KEPUTUSAN STPM
Sangat bersyukur dengan keputusan STPM bekas pelajar Seni Visual SMKY. Kurang lebih 2 tahun dengan mereka..sebelum bertukar sekolah, keputusan mereka amatlah mama senangi. Walaupun terkadang mama terasa akan ada kepincangan nya tapi Alhamdulillah, mereka telah melakukan yang terbaik dan telah berjaya. Tahniah Fariza, Nor aliyah..tahniah kerana bersungguh-sungguh. Amru yang begitu santai..kamu boleh lakukannya.Yang lain -lain ..terima kasih kerana membawa nama tcer kamu ini dengan baik.100 %.
Thursday, February 18, 2010
Hari ni hari jadi mama. Alhamdulillah. Allah panjangkan usia mama yang telah setengah abad ini. Alhamdulillah kerana Allah memberi keselamatan buat mama dan keluarga. Syukur dengan nikmatnya. Syukur dengan ujian yang menimpa dan memberi waktu-waktu untuk mama merenung kembali segala perkara yang terjadi dan boleh diperbaiki.InsyaALLAH. Terima kasih ya ALLAH.
Hari ini awal pagi mama ke pejabat Imigresyen Bukit Kayu Hitam. Bawa dokumen untuk passport ke Bangkok. Perjalanan yang biasa buat mama kerana daerah ini telah jadi daerah mama pada tahun 2010 ini.
Thank to Allah.
Wednesday, February 17, 2010
angkara siapa...
Perjalanan dari Kulim ke Trengganu, menempuhi hutan dan pemandangan cantik sepanjang lebuhraya timur barat. Indah dan hijau sana sini. Tapi di satu tempat terlihat kepulan asap..ada pembakaran hutan. Terbakar atau angkara seseorang. Sayangnya, pokok-pokok dan hidupan situ, kawasan itu nampak layu dan sakit mata. Sayangilah Alam hijau ini...hati mama begitu terasa sakitnya melihat bumi hutan indah ini tercedera..
Tuesday, February 16, 2010
Merentasi Banjaran Titiwangsa.
Berkonvoi ke Trengganu, bersama 28 ahli keluarga menghadiri majlis sambut menantu. Perjalanan yang jauh merentasi banjaran titiwangsa ini mengharapkan kesempurnaan dan kebahagiaan buat anak menantu mama.
Perjalanan ini sebenarnya mengeratkan hubungan mama adik beradik dan anak-anak mama dan sepupu-sepupunya. berkesempatan ke sana dalam ruang-ruang sibuk mama, mama amat menghargainya kerana anak-anak mama berlima ada bersama. Itulah yang paling mama inginkan selama ini.
Saturday, February 13, 2010
Hari ini, dalam kalut pagi , terpaksa bersiap untuk ke Tanjung Malim..si putera itu tiada transport nak balik kampung..aduh..maka mama n abah terpaksa juga menempuh perjalanan 4 jam lebih ke sana..Chinese new Year coming..jadi traffic mencecah degree sabar. Perjalanan balik lebih 6 jam pula..bertolak sebelum tengahari dan balik 11 malam..Elit mama! Besok kita perlu menghadapi perjalanan ke Kuala Trengganu pula...Lebih lama atas kusyen kereta dari duduk di kusyen biru kat depan TV..cuti ni hari ni dan 3 hari selepasnya. Harapnya hari Rabu ini mama dapat rest sekejap sebelum berjalan lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)