Saturday, October 23, 2010

Bila anak bongsu nak makan spagheti..mama sediakan juga walau tak ada cendawan seperti selalu..'katanya sedap dalam dunia mama'
Mama nadz tetap suka yang biasa-biasa..orang kampung kat tepi bendang ni.. ikan pekasam digoreng bersama serai dan bawang..
pekasam ikan selat dan sepat..


Makan dengan nasi panas-panas..

Wednesday, October 20, 2010

Tag !

Assallamualaikum,

Sebenarnya mama tak berapa tahu fasal tag mengetag ni..tapi bila blogger kakzakie tag ..bila dah baca seronok juga..so di malam tanpa bintang ni..nak hujan..mama penuhi juga soalan-soalan tag kak zakie..jawab juga ni..Terima kasih kerana mengingati mama nadz.

1. gambar kesukaan anda

2. Adakah anda rasa anda HOT?
selalu hot dalam kelas sebab kipas angin yang kat depan tak berfungsi..

3. cerita pasal gambar
Gambar ini adalah kiriman kawan FB mama dari Canada. Mama bertanya tentang musim yang berlalu ditempatnya dan beliau mengirim beberapa keping gambar ..semuanya memaparkan keindahan alam semulajadi...dan kawasan ini berhampiran dengan rumahnya. cantik sangat!.dan mama copy paste sebaris ayat darinya. "Cik Nadz, the color has not changed dramatically yet, as I said few days ago. man wishes god decides"

4. bila kali terakhir makan pizza
Pizza ! agaknya tahun lepas..kot..dah lama tak makan ni
5. lagu terakhir anda dengar
Qasida Burdah...dengar dalam kereta masa balik kerja.

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
Chat dengan seorang kawan sekuliah..Puan K ...bertanya kabar


7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Anak panggil mama, kat tempat kerja..cikgu2 panggil kak nadz or mama nadz, pelajar panggil teacher or Pn Nadz..

8. tag lagi 8 orang..

1. Kak Fadz dari Impian Murni
2. Ummi Humaira
3.Cik Amy
4.Cikgu Sonata
5. Uncle
6.Rozali
7. Pak Itam
8.Shami2

9. siapakah orang no. 1 kepada anda
Kawan MBI ku!

10. kata sesuatu mengenai org no. 5
Mama nadz suka sangat membaca N3 uncle yang ditulisnya bersahaja dan bahasa nya produk Utara.
11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
Mama tak tahu pulak..tapi Cik Amy ni blognya cantik bebenar..mama suka ziarah

12. bagaimana pula dgn no. 4
Cikgu Sonata baru naik pangkat..petah berkata-kata..berhati mulia. Mama ada koleksi FM China dan Tawau hadiah dari beliau..

13. pesanan kpd org no. 6
Sangat bertuah kerana mempunyai anak-anak yang bijak2


14. kata-kata cinta utk no. 2
agaknya Ummi lebih pandai bermadah dari mama..dah lupa la kata-kata cinta...Cintai lah Allah"

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan
Keduanya ada minat tersendiri dalam makanan..kambing panggang dan asam pedas.


16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
Kak Zakie pandai berpuisi. Setiap ayatnya begitu bagus. Budi bahas terpancar disetiap kata-kata. Terima kasih kak zakie

17. persamaan antara kambing dengan lembu

rasa-rasanya soalan ni mama nadz nak simpan..nak tanya kat Idris bila dia dah pandai bercakap...(Dear Idris..whats the difference between those animals? mamatok.. I love satay!)

8. GAY or LESS?
Seorang kawan mama nadz kat maktab dulu nama Rogayah..kami panggil Gay..atau kekadang Gayah..masa tu mana ada "gay-gay"
No more no LESS..tahun ni dapat bonus RM500..rezeki tu


P/S MAMA TAK TAG PUN
Dah tak sempat..sudah berbintang mata.

Monday, October 11, 2010

berjumpa setelah lama..

It took 6 hours drive from Gurun to BSLN, Kuala Lumpur just to meet a few classmates of those studying years. Such a lovely day to see all the charming faces waiting at the entrance of BSLN. There, for many years gone by, mama met them after a few discussions at FB.. All of them were my friends..paintings, doing sculptures, ceramic works, batiks, craftworks..graphic..history of art indeed! (No one forgotten..how all of us stay up till dawn at the studio just to complete Ayam steelwork project!..lepas cerita tu..semua pakat-pakat gelak sampai berair mata-mata)

A few didnt turn up..(Nizam tak balik sebab masih di Bandong, Along masih di New Delhi..and and more)



Just pictures to tell the scenerio of the day..(actually mama had only 3 hours up and down with them)

Discussions..
merisik all the past years stories.. ( how many childs have you..how many .....grandchild mama.?.just one lovely Idris..)




Time for lunch at the cafe . Nasi biryani...





Exhibition
Pameran karya
Prof Madya Zulkifli Yusoff "NEGARAKU" (beliau dari daerah mama)..Bangganya!
Mama bawa sedikit bingkisan buat kawan-kawan..masing-masing dapat bahulu dan kuih bangkit..(IKS dari kampung mama)






the happy hours..talk and laugh..








Sangat bangga dengan Prof Zul..









My youngest prince Isk pun ikut juga...
we reached home late night on the same day 10.10.2010




Since, there was a small loving baby in the house.. everything must be cepat and ringkas.

Saturday, October 9, 2010

Malam ni mama akan ke Kuala Lumpur,

10.10.2010 adalah hari re union batch university mama dulu-dulu

Akan berkumpul di BSLN,

sambil2 tu dapat menjenguk pameran karya seni kat situ...

Tapi rasanya ada kawan yang tak dapat hadir.

Sekejap saja mama akan pergi..agaknya selepas 2 jam , mama akan terus balik Kedah..tak nak tinggalkan permata hati kecil itu lama-lama..

Friday, October 8, 2010


menjadi datin...



baby kecil dah dibenarkan balik..

Indahnya seisi rumah

lebih-lebih prince yang bongsu..begitu seronok menjadi pak Usu!