bila ada kelapangan, beginilah, menaip dan membaca. Mencari pengetahuan kerana semasa remaja tiada ada semua benda-benda ni... menjengok blogger dan menambah idea..
Thursday, September 5, 2013
Akrilik
Inilah minggu yang perlu bermain dengan akrilik dan water colour!
Sangat suka juga! 43 orang semuanya..riuh rendah pelajar mewarna..
Inilah waktu-waktu sebelum tiba satu lagi gelombang sebelum mengakhiri kerjaya..
Mama sentiasa memujuk hati agar tabah..agar suka dan pastinya pasrah
Waktu ini juga hati sentiasa ceria bila pelajar2 tahun lepas 1/3 dah mendaftar di pusat pengajian tinggi...
Tahun lepas mereka score deretan prinsipal A kan....(orang kata seni visual senang, tu pasal ramai A..senang tak senang ....kena lah tengok soalan dulu!)
kata seorang penggiat seni kepada mama satu ketika ..'kalau boleh sesibuk mana buatlah painting setahun satu at least'....................untuk diri sendiri dah lama mama tak berpainting..hanya menunjuk ajar pelajar saja...itu pun dah berpuas hati.
....Nanti bila tiba masa bersara....baru nak bermula...
Sunday, August 4, 2013
sebelum Raya
Hari ni awal pagi mama sudah kacau pulut untuk dibuat ketupat palas. Sehari mama akan buat sekilo pulut dan selepas dibalut, mama akan dinginbekukan. Malam raya nanti baru mama rebus@kukus. Jadi malam tu tak lah sibuk dengan ketupat dan boleh ke surau berjumpa kawan2 dan sembahyang tasbih.
pulut yang dibeli di Padang besar (santan dari kelapa kat pokok nan sebatang depan rumah) |
Sambil menunggu pulut elok , mama keluar ke laman rumah, memetik bunga tongkeng dan daun cekur, nanti petang nak buat kerabu, anakanda yang jauh-jauh dah balik, ada sorang tu dah lama menyebut teringat kerabu bunga tongkeng. Macam tahu-tahu ada beberapa gugus berkembang. Alhamdulillah rezeki anak meantu nak makan kerabu bunga tongkeng, mereka kata..manalah nak cari kerabu bunga tongkeng kat Malaysia ni..selain dari dapur mama!...bunga yang jarang orang tanam.
Ros yang sangat setia..ada jer bunga setiap pagi, mama tanam rata sudut jadi masing-masing mcm ambil giliran berbunga. |
bunga Alamanda ni sangat ramah..agaknya mcm puannya...he he he |
bunga kertas pun nak raya jugak.. |
TYT ni macam sakit jer..sikit sangat berbunga..jadi tak ada bau sabun lah petang-petang nanti. |
hari tu sangkut sikit kat pokok n..cepat biaknya..hari-hari siram air beras...yang sayangnya ranting bunga kertas tu mcm jauh hati..memburuk pulak..macamna nak buat ya.. |
Wednesday, July 31, 2013
Cucu Mamatok
Hari berlalu..bulan bersilih ganti...Ramadan tiba dan Syawal akan menjelma...
Mengingati segalanya ..betapa hari-hari yang dilalui kini sangat lah indah permai..sangat bersyukur dengan rahmat yang yang dikurnia Ilahi.
A bundle of joy...penyeri ruang-ruang di hati
pengisi kesunyian rumah
penawar segala duka
dan semuanya adalah mereka kini penyeri keluarga..
telah besar cucu mama sekarang.
Fatimah sudah belajar berdiri
Idris apatah lagi..bagai haruan di petak sawah..lari ke sana sini sangat aktif dan sangat petah berbicara..Yang heran dia bercakap pelat orang KL...tak ada slang Kedah pun....baru perasan..dia ikut upin n Ipin cakap @ kartun Oso yang dia sering mengadap. Begitu kuat pengaruh TV,
Contoh ayat yang Idris sering cakap: ' Boleh bukakan pintu untuk saye?
Mainan itu saya punyer..
Mengingati segalanya ..betapa hari-hari yang dilalui kini sangat lah indah permai..sangat bersyukur dengan rahmat yang yang dikurnia Ilahi.
A bundle of joy...penyeri ruang-ruang di hati
pengisi kesunyian rumah
penawar segala duka
dan semuanya adalah mereka kini penyeri keluarga..
telah besar cucu mama sekarang.
Fatimah sudah belajar berdiri
Idris apatah lagi..bagai haruan di petak sawah..lari ke sana sini sangat aktif dan sangat petah berbicara..Yang heran dia bercakap pelat orang KL...tak ada slang Kedah pun....baru perasan..dia ikut upin n Ipin cakap @ kartun Oso yang dia sering mengadap. Begitu kuat pengaruh TV,
Contoh ayat yang Idris sering cakap: ' Boleh bukakan pintu untuk saye?
Mainan itu saya punyer..
Idris dan Fatimah |
minat sungguh |
Fatimah beberapa bulan dahulu... |
Jika anak dibesarkan dengan toleransi
Ia belajar jadi penyabar
Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Ia belajar percaya diri
Jika anak dibesarkan dengan pujian
Ia belajar menghargai
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
Ia akan terbiasa berpendirian
(Sajak dari Mr Google)
Thursday, July 18, 2013
merindui kota suci
Tiba-tiba hatiku teringat masa-masa di Tanah Suci satu ketika dulu....lama nya ..dan sangat merindui suasana itu...
dengan handphone 5kupang dapat juga mama rakam buat kenangan...
Saturday, March 30, 2013
Jalan-jalan di Kucing , Sarawak - 4 hari 3 malam
Sempena cuti sekolah, mama nadz berjalan-jalan ke Kucing. Inilah kali pertama sampai Kucing , walau menantu mama nadz orang Sarawak.(Cecilia orang Miri, belum sampai lagi kali ni..tunggu waktu lain pula) Bersama Tok Wan, Idris dan uminya, Fatimah dan ibu ayahnya, serta jua keluarga adik mama Rosni. Sebelas orang begitu, naik Air Asia di Bayan lepas, Penang.
Sebenarnya pada mulanya hanya nak bagi pengalaman pada Idris naik kapal terbang, tapi semua nak ikut..so jadi mcm rombongan Cik Kiah lah pulak.
Tempat yang mama ingin ulangi ialah Pusat pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh. Semua pengunjung kena masuk ke dalam hutan hingga ke spot yang ditetapkan untuk melihat kehadiran orang Utan mendapatkan makanan. Semuanya kena berdiam diri, tidak boleh bising2 dan mengambil gambar dengan flash. sebab Idris suka berjalan-jalan dan rajin bercakap-cakap..uminya membawa Idris keluar. Lebih selesa untuk Idris kerana berada di situ dan menunggu sangat jemu..
Sebenarnya pada mulanya hanya nak bagi pengalaman pada Idris naik kapal terbang, tapi semua nak ikut..so jadi mcm rombongan Cik Kiah lah pulak.
Idris dah ready nak naik kapal terbang |
Dia melambai-lambai bila nampak kapal terbang mcm dia sorang yang nak naik |
huru hara atas kapal..tak duduk diam |
berkawad ke sana sini mengunjungi jiran tetangga! |
Ini kat Santubung..Damai resort |
di Taman orkid yang berwarna warni |
Fatimah juga sangat bagus..tidak meragam di sana. |
Kalau ke Sarawak..mana boleh tak beli terubuk.. |
Wednesday, February 27, 2013
Guangzhou,(Hong Kong dan China 5D6N) Part Akhir
Assallamualaikum semua,
Pengalaman melancong ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou memberi rasa bersyukur pada mama nadz..kerana rumah comel mama atas tanah! Di sana kebanyakkan di awangan, iaitu apartment yang terkadangnya menjulang tinggi. Sangat padat .salah satu yang sempat dirakam |
Waktu di Hong Kong setiap hidangan di beri seteko teh..teh tawar..kalau habis boleh minta lagi seteko |
Bila jauh sikit dari Malaysia, jumpa jer rakyat Malaysia , banyak pula nak sembang
bergambar dengan madam, nyonya-nyonya dari Ipoh. Ramah betul .
Sekianlah sahaja perjalanan 8 orang opah, nenek, mamatok, nani. tok oma, wan tok..seronok sangat kerana sebaya, 7 cikgu , dan yang paling berbekas, kami adalah 7 guru keluaran MPPM, Melaka. walau pun selepas maktab ada yang melanjutkan penimbaan ilmu dari universiti luar negara dan tempatan.
nota sikit: yang hujung berbaju hijau bukan dibidang pendidikan
Lepas ni kami dah janji..kalau ada rezeki menyongket lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)