Wednesday, February 27, 2013

Guangzhou,(Hong Kong dan China 5D6N) Part Akhir



Assallamualaikum semua,
Pengalaman melancong ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou memberi rasa bersyukur pada mama nadz..kerana rumah comel  mama atas tanah!  Di sana kebanyakkan  di awangan, iaitu apartment yang terkadangnya menjulang tinggi. Sangat padat .
salah satu yang sempat dirakam
Sebenarnya kali ni mama nadz ingin bersembang bab makanan apabila di sana. Mama ni jenis yang agak berkira@pilih-pilih makanan. Kalau tekak tak terima, mama tak boleh makan. Jadi bila jauh dari Malaysia ni, pasti mama bawa bekalan makanan. Mama bawa sambal kering, kacang goreng dan ikan bilis goreng, bila nak makan baru mama campur gaulkan. Juga mama bawa mee segera ( kot-kot lalu makan di sana). Kat rumah tak pernah makan pun jenis-jenis mee segera ni.


mama pack kecil-kecil  supaya senang dibawa dalam handbag.
bila di sana terasa sangatlah sedap, masin, masam, manisnya serta pedas!
masa pergi mekah tempuhari, mama nadz bawa macam ni juga..kalau bawa segedabak bungkus besar agak cerewet. dah tu berat..

Semua restoran yang kami kunjungi di sana adalah mengikut pakej itu. Jadi harapnya , tentunyalah semuanya halal . Kekadang timbul juga rasa was-was tapi, tawakal juga menyenduk nasi dan  sayur.
Ada juga masakan yang sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi di Shenzen. Ada sayur yang di saji dihiasi cili kering rangup-rangup yang besar.. (Bila balik ada cuba nak buat, kat Padang Besar hari tu ada terjumpa cili kering XXL tu), nanti kalau jadi di cuba akan mama buat N3.
Jom kita tengok makanan-makan di sana.
 maaflah gambar begitu saja, tak berapa kelear..(camera bukannya sama ngan Pak Itam)
                           
 Waktu di Hong Kong







    

setiap hidangan di beri  seteko teh..teh tawar..kalau habis boleh minta lagi seteko
       Bila jauh sikit dari Malaysia, jumpa jer rakyat Malaysia , banyak pula nak sembang


bergambar dengan madam, nyonya-nyonya dari Ipoh. Ramah betul . 

Sekianlah sahaja perjalanan 8 orang opah, nenek, mamatok, nani. tok oma, wan tok..seronok sangat kerana sebaya,   7 cikgu , dan yang paling berbekas, kami adalah  7 guru keluaran MPPM, Melaka. walau pun selepas maktab ada yang melanjutkan penimbaan ilmu dari universiti luar negara dan  tempatan.
nota sikit: yang hujung berbaju hijau bukan dibidang pendidikan  

Lepas ni kami dah janji..kalau ada rezeki menyongket lagi!

Friday, February 22, 2013

Mudah ditanam dan senang tumbuh


Salam..
Petang ni mama nadz melihat pokok di laman..
sampai hari ni tak tahu nama sebenar pokok ni..banyak pasu juga mama nadz tanam sebab senang tumbuh..dan kalau kena pada tempatnya cantekk!







tanamlah kat mana saja..pasti tumbuh..kongsi2 dalam pasu pokok lain pun ok

Asal letak sikit ja..sekejap dah berjuntai.
 
Dalam pasu-pasu yang pecah pun ok jugak..

Ni dalam sinki lama..suka tengok hijau2..tu pasal..ada merah untuk break the monotony
pokok ni juga sangat mudah hidup..
(Abaikanlah..lantai-lantai yang belum di cuci..esok cuti lagi..baru nak disental)
W/salam

Thursday, February 21, 2013

Relaks petang=petang


tempat yang bernama Teroi ni ada dalam daerah mama nadz.  Kalau nak kerumah mama nads kena lalui tempat ni...kenapa dinamakan Teroi mama pun kurang pasti..nanti mama tanya orang2 kat sini bila-bilalah. Bukan apa..bila lalu kat sini, nampak ada bengkel cuci kereta...mudah di sini..kereta ummi idris ke, kereta Tok Wan ke, yg mamatok ka..datang ke sini saja..Lagi pun memberi semangat kat budak-budak kerja tu..

.memang hari tu berhajat nak cuci kereta sebab tersangat kotor dah..selalunya mama dengan bantuan depa2 lah basuh kereta ni  di rumah..  Dah lalu sini dan ada   ..langsung parking  kat sini..

Perhatian semua:  Ini kawasan kampung ja jadi begitulah pemandangannya..

Sangat suka menengok budak-budak ni buat kerja..Gembira saja sambil melakukan kerja..Entahlah siapa boss , siapa pekerja.

yang si comel nakal ni apa lagi..peluang mengatur langkah menjadi haruan semula..Dia suka meneroka, melihat dan mencuba kesana sini.


bermain seperti di taman permainan. Jenuh ummi mengejar ke sana sini..
Tak apa..Ummi cikgu P/  Jasmani..dah biasa dengan larian serta kejar mengejar!
                                                      




Idris pun nak membantu..tak boleh lihat ayaq..

 Ummi Idris pernah mengajar  budak-budak remaja ni semasa di tingkatan bawah..Walau ummi Idris dah tak mengajar di sekolah mereka, mereka masih menegur dan sangat suka bersembang sambil melayani kerenah Idris.

Lepas kereta dah bersih..
jom singgah pula kat gerai makan berdekatan...
Walau di kampung...jauh tersangat dari kota besar tapi..boleh order semua menu ni..



   
aiskrim untuk Idris..tetapi sesudu jer dia makan..besar ke nak main..
Chicken Chop..pinggan mama nadz...besar sgt ayamnya..tak terhabis

 Ini nasi goreng ayam rendang..sedapnya kata Tok  Wan
 sebenarnya sangat jarang mama nadz makan diluar..tetapi sesekali kalau kena dengan keadaan  bolehlah juga..
Bagai hari begitu indah dan tenang dapat bersantai makan-makan berlatarbelakang Gunung Jerai  (tak der gambar sebab tak ambil).

               



Monday, February 18, 2013

Friday, February 15, 2013

Guangzhou (5D6N)Hong Kong, Shenzen, Guangzhou) -3

Selepas 2 hari semalam di Shenzen, para grannies ni pergi pulak ke Guangzhou. Mama nadz tak mahulah bercerita tentang bandar ni..Kita boleh google :             http://en.wikipedia.org/wiki/Guangzhou kalau nak tahu lebih lanjut tentang Guangzhou (Chinese广州Mandarin pronunciation: [kwɑ̀ŋʈʂóʊ̯];

Kata orang , di sini syurga membeli belah, betul kah.? Mungkin betul untuk setengah orang dan mungkin tidak untuk kami ni termasuk mama nadz sebab kami bukan orang otak business. Yang nak berniaga bolehlah ke Guangzhou kerana banyak barang2 dijual secara pukal,..kalau beli sekeping atau satu tak ada murahnya.

Walau bagaimana pun dalam cuaca dingin dan indah di sini, seronok juga bersiar2 dan melihat-lihat.  Mama nadz suka melihat bentuk  bangunan disini.
Yerlah dulu masa Form 1 hingga Form 5 , selalu tulis dalam kad 001 dak jadi Architect!  Masuk jugaklah School of Architecture, Planning and Surveying kat ITM tapi bukan buat Architect .tapi.ambil dip in Interior Design..ntah pasai apa pulak tataulah...itu pun tak kesampaian dlm kerjaya..last2 jadi cikgu..Alhamdulillah..      Cikgu Seni Visual.. (Tak apalah ada anak lelaki tu akan jadi Arkitek sorang..menyambung cita-cita mamanya...)


 
 Kata tour guide nama tempat ni 'kembang bunga', kami pun tak faham bunga apa yang kembang...tapi adalah juga bunga-bunga sikit kat sini..tapi tak ambil gambar pulak

 
 Bangunan yang dapat dilihat disini agak menarik. Satu tu macam kat Dubai, dan yang lagi satu nampak macam hardedges pulak.

4 out of 8 grannies..bangunan kat belakang tu jugak menarik
 
 yang 5 goats ini kat tempat lain. Punyanya teruk melangkah kaki ke atas untuk melihat kambing-kambing ni. macam tugu gitu , di sini banyak yang mencari rezeki dengan menjadi jurufoto..lepas ambil gambar , kenalah hulur Yuan yang ditetapkan masa nak turun..
 
 Ini rumah Kuno' gitulah kata tour guide. Taklah kuno sangat..
 Ini yang mama nadz geram tu. Masih ada orang menjual kulit/bulu binatang. Melihat ini sangat rasa kasihan, banyaknya harimau, musang/serigala dan lain-lain yang dibunuh untuk perniagaan. Lama-lama pupuslah harimau belang tu...
Satu yang menyebabkan kami gelak tak sudah-sudah beberapa hari..kat hotel Lido yang di Guangzhou tu,  dinding bilik airnya lutsinar. Habis macam mana nak guna. Yang kami ni semua agak out of date dengan kemajuan bilik air...ada yang padam lampu, ada yang kawan sebilik terpaksa dok kat luar..dan ada yang tutup ngan kain cadar..
........
..........
last-last 
baru jumpa cara nak tutupnya...
ada bidai rupanya...

Thursday, February 14, 2013

Shenzen,(Hong Kong dan China 5D6N)

 Dari Hong Kong ke tanah besar China..hendak masuk ke Shenzen..mama rasa macam sesak nafas..beratur panjang dan hendak melepasi kastam dan imigresyen sangat lambat. Pulak tu apabila passport dibelek2 ditenungnya wajah kita lama-lama...semuanya di sini tak ada senyum-senyumnya..sangat serius..waduh  (kenapalah aku nak datng ke sini ..kata dalam hati)..pulak tour guide dah berpesan 'no photos in the building.nanti kena tahan'

Bila dah melepasi semua itu baru terasa bernafas sempurna...
                                  berdiri diluar bangunan itu dan mama memandang ke stesyen bas..


 Banyak juga tempat yang di lawati di Shenzen salah satunya kami dibawa menonton pertunjukkan kebudayaan yang sangat bagus. Wanita-wanita nya yang mengambil bahagian sangat cantik.

 
Di Shenzen  makanan di restoren Muslim nya agak sedap dan menyelerakan. dan di sini mama paparkan sejenis kudapan yang dijual di tepi jalan arah ke restoren. Mereka datang ke tepi bas kami.

                              yang menjual ni muslim..memberi salam dan memberi kami rasa sehiris nipis..
                                         ramai yang membelinya..rasanya macam bepang atau kacang potong
                                   bermacam kekacang didalamnya, manis dan enak..mama nadz suka sangat
masa ni musim dingin jadi bepang keras dan rangup, bawa balik ke malaysia dah melekit...tapi anak-anak mama tak suka pula..lalu mama yang menghabiskannya sehari ke sehari....beli 1 kg. u.



Monday, February 11, 2013

Bila padi menguning..



Padi kat belakang rumah dah nak menguning..
Air dalam bendang dah kering,
tempat bangau turun mencari ikan pun dah kering kontang...
Setiap hari Idris turun ke tepi bendang menemani Tok Wan menjurus  pokok sayur yg ada kat tepi bendang..



bila padi dah masak dalam 2,3 hari ni..lagi suka dia..
 berlari-lari di tepi bendang.


 terkadang menjerit-jerit memanggil burung-burung

Sengaja dibiarkan Idris melihat dan menikmati alam..
Idris sangat lasak...dan petah berkata-kata 
nanti Tok Wan akan buat serunai dari batang padi....