Sempena cuti sekolah, mama nadz berjalan-jalan ke Kucing. Inilah kali pertama sampai Kucing , walau menantu mama nadz orang Sarawak.(Cecilia orang Miri, belum sampai lagi kali ni..tunggu waktu lain pula) Bersama Tok Wan, Idris dan uminya, Fatimah dan ibu ayahnya, serta jua keluarga adik mama Rosni. Sebelas orang begitu, naik Air Asia di Bayan lepas, Penang.
Sebenarnya pada mulanya hanya nak bagi pengalaman pada Idris naik kapal terbang, tapi semua nak ikut..so jadi mcm rombongan Cik Kiah lah pulak.
|
Idris dah ready nak naik kapal terbang |
|
Dia melambai-lambai bila nampak kapal terbang mcm dia sorang yang nak naik |
|
huru hara atas kapal..tak duduk diam |
|
berkawad ke sana sini mengunjungi jiran tetangga! |
Tempat yang mama ingin ulangi ialah Pusat pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh. Semua pengunjung kena masuk ke dalam hutan hingga ke spot yang ditetapkan untuk melihat kehadiran orang Utan mendapatkan makanan. Semuanya kena berdiam diri, tidak boleh bising2 dan mengambil gambar dengan flash. sebab Idris suka berjalan-jalan dan rajin bercakap-cakap..uminya membawa Idris keluar. Lebih selesa untuk Idris kerana berada di situ dan menunggu sangat jemu..
|
Ini kat Santubung..Damai resort |
|
di Taman orkid yang berwarna warni |
|
Fatimah juga sangat bagus..tidak meragam di sana. |
|
Kalau ke Sarawak..mana boleh tak beli terubuk.. |