Thursday, December 31, 2009

gen 2

Hari ini mama memandu Gen2 manual. Nak pergi Changlun ni. Rasa dah macam tak cekap dah memandu. Mama bawa perlahan jer 60-70 km /hour. Entah kenapa mama mama tak confident betul bawa kereta ni sekarang. Adakah kerana yang Vious automatik tu ..dab berbulan dok pandu Vious..tiba-tiba arini bawa Gen 2 ni dah kekok. Lambat betul nak sampai ke tempat kerja. Mesyuarat start kul 8.30, Mama mulakan perjalanan pukul 7 pagi..ingatkan kul 8.00 sampai..tapi dek rasa ntah kenapa kekoknyanya tepat 8.30 pagi baru sampai bilik mesyuarat. Aduh ..mama ambil seat tepi. Mama berkenalan dengan guru-guru yang baru mendaftar. As senior teacher kat sini(mana ada senior..mama pun baru 4 bulan di sini) mama bertanya kabar adik-adik baru ni. Selamat berkenalan.
Bila nak balik..mama rasa lambatsangat dengan Gen 2 ni. Aduhai anakanda..apasal kamu pinjam kereta mama lama sangat. bila mama call..nanti abang balik, keta ada kat KL..abang akan naik flight jap lagi nak balik dah..nanti malam abang try balik. huhuhu malam tu mama dapat message..maaf mak abang tak sempat balik..kena settlekan kerja, esok baru balik. Akhirnya mama yang kena pandu kereta Gen 2 rock kamu ni...menderam-deram bunyi dengan cermin gelap dan rim sport taya besar ni.
Apa pun mama sayang anak-anak. susah sikit tak apa asal anak-anak gembira dan bahagia.

Wednesday, December 23, 2009

Dalam leka mama telah terlupa. dalam gembira mama makan apa yang terhidang. lalu 2 hari ni sakit perut , demam dan muntah-muntah. Food poisoning. Teruk sungguh, lemah seluruh anggota.menggigil demam dan bilik air teman setia..aduh.
Putera bongsu pun berkata lagi..aah mama makan juga. Kelmarin dah cakap jangan makan kueh tu..jangan makan lauk tu. Mama leka.

Monday, December 21, 2009

Padang Besar











Hari ini selepas siap Pendaftaran di UUM, mama dan keluarga mengunjungi tempat membeli belah kegemaran kaum wanita..Padang Besar di Perlis. Sebenarnya , walau banyak gerai, mama dapati barangannya itu..itu juga. Hanya melihat dan menemani puteri membeli beberapa accesories..bangles plastik kegemarannya. Selepas itu untuk makan tengahari..kami memilih gerai yang agak kurang pengunjung. kenapa tak ramai di gerai ini?. Apabila pelayan telah mengambil order mama dapati beliau begitu lama menulis dan menulis atas kertas kecilnya. agak 10 minit. Mama bertanya puteri..kenapa lambat sangat beliau menulis. Oh, orang Melayu siam yang terpaksa mengeja kerana mulutnya kumat kamit mengeja dan membaca. Mama kata tulis siam jerlah senang..buat lambat dapat order. kata puteri membisik pada mama, huh lembab betul , tu pasal kurang pelanggan. Agak lama tunggu , hidangan pun sampai. hmm menikmati hidangan tengahri dalam suasana agak panas di Padang Besar...Wow kata puteri lambat pun tak apa..janji sedap. hmmm memang lazat dan boleh di puji masakan itu lebih2 lagi somtam..best melecur air liur semasa menaip N3 ini.




Mama melihat gadis yang mengambil order tadi, wajah yang comel mulus itu mungkin tidak berapa tahu menulis dan mengeja. Kesian kamu , tapi mama tidak tahu ..rakyat Malaysia atau Thailand. Puera bongsu kata " Dont judge the book by its cover apabila kami membandingkan gerai itu dengan hidangan yang memuaskan walau harga semuanya RM 74.30!

UUM universiti yang dikelilingi kehijauan. Mama menemani puteri mama mendaftar pengajian Masters nya hari ini. Melihat layanan mesra semua kakitangan, mama tahu ini lah kesopanan dan kesusilaan yang berjaya diterapkan di kalangan pegawai-pegawai di sini. Dari pengawal keselamatan hingga staff yang bertugas, urusan menjadi mudah, cepat tetapi tenang. Semasa menunggu puteri, mama sempat berbual dengan seorang pelajar Masters dari Negara Somalia, oh bagusnya beliau kerana dapat bertutur beberapa ayat bahasa Melayu. Walau keseluruhan perbualan kami dalam bahasa Inggeris tetapi beliau cuba menyebut ayat Bahasa buat mama memperbetulkan. Beliau bertanya kenapa di Kuala Lumpur lain sebutannya dan bahasa Melayu di Utara ini berbeza sebutan. Oh! kata mama ..kalau perkataan makan saja dah berbeza apatah lagi sebutan perkataan lain. Kata mama pada nya..sudah makan..dah makan..dah makang, udah make..ohhh Dia berkata dia perlu lama lagi mempelajari bahasa di Negara Malaysia! Have a wonderful study in my beloved country!




Semalam menghantar putera mama yang ke 3 ke stesyen keretapi Gurun kerana beliau akan balik bekerja di Tanjong Malim setelah bercuti awal Muharram. Di stesyen keretapi Gurun, mama dan Elit terpaksa menunggu agak lama kerana , begitulah..keadaannya keretapi ini selalu lambat sikit tapi mama tahu ini adalah lumrah dan membantu kita memahami sabar. Terengar suara-suara rungutan di kalangan yang menunggu. Mama beritahu pada hati bukan buat apa pun untuk kita merungut kerana kita hanya menunggu saja.



Melihat stesyen keretapi ini mama teringat perjalanan mama dolu-dolu semasa menggunakan perkhidmatan keretapi sewaktu kursus perguruan di MPPM Melaka tahun 70 an dan semasa di ITM lewat 70 an. Keretapi hari ini begitu selesa berbanding tahun-tahun itu. Amat selesa dan bertuah anak ku. Kamu lahir di negara aman dan makmur.

Sunday, December 20, 2009

kenangan Haji 2008

Membaca N3 blogger tentang mengunjungi Mekah membuat mama menghimbau pengalaman yang pernah mama lalui semasa menunaikan umrah tahun 1997 dan Haji pada tahun 2008. Bagi mama semuanya adalah kenangan bermakna, mama menyimpan cita-cita untuk mengunjungi Baitullah dalam jangka masa terdekat.
Mama melalui segalanya dengan mudah semasa Haji 2008. Tiada apa komen kerana Tabung haji telah melakukan segalanya yang terbaik. Pengurusan dan kemudahan yang diberi begitu mama hargai. Perkara dan masalah kecil yang dihadapi adalah perkara biasa, hatta di Malaysia sekali pun kita menghadapi maslah. kalau setakat Lift yang sentiasa penuh sesak, apa perlu mama komen kerana segalanya mengajar mama sabar dan mama gunakan masa itu untuk berzikir atau memerhati untuk muhasabah diri. Alhamdulillah.

Perkahwinan puteri mama..Faten




Perkahwinan anak telah sempurna berlangsung. Alhamdulillah. Pada hari tu mendapat kunjungan beberapa kawan-kawan lama. Cikgu Arpah Ahmad dari Alor Star (MPPM 1977) dah lama tidak berjumpa lalu kami berbual maccm dulu-dulu zaman belasan tahun. Kemudian Cikgu Kamariah Raffar (UPSI 1999)dari Bentong Pahang. tak sangka dari jauh beliau datang menghadiri diri bersama suami dan anak-anak. Banyak kami berbual dalam masa sibuk-sibuk menyambut tetamu. Seorang kawan yang sungguh lama mama kepingin bertemu Noraini Said (UITM 1976) juga hadir. terpegun mama melihat personalitinya..aduh jauh berbeza dari mama yang agak kekampungan ini , bergaya elok. Alhamdulillah ramainya kawan-kawan yang hadir. Terima kasih buat semua.


Binalah mahligai bahagia anak ku. Mama mengharap segalanya yang terbaik.


Monday, November 16, 2009

Hanya tinggal beberapa hari lagi sekolah akan mula bercuti. lalu tinggal lagi 4 minggu lagi majlis perkahwinan puteri mama akan berlangsung. Diselang seli perasaan ini, gembira, teruja, takut, was-was dan sedih. Apa pun mama akan cuba menyiapkan segala yang perlu dengan teratur. Mama mahu sempurna. Tidak perlu meriah sangat majlis itu, mama mahu sempurna dalam suasana yang baik . Semoga Allah memberkati majlis yang bersejarah buat puteri mama yang tabah ini.

Thursday, November 12, 2009

kawan sekolah rendah

Tidak pernah sangka, sewaktu bermesyuarat di Pulau Langkawi, berjumpa seorang kawan sekelas mama semasa sekolah rendah, 40 tahun lampau , berada di lobby hotel selepas jamuan tengahari apabila kawan mama itu menegur dan bertanya nama. Kata kawan mama suara itu suara dahulu juga. Terima kasih kepada Mohd Noor kerana mengingati mama, mama sejujurnya tidak dapat mengenali kawan yang telah kini seabad seusia mama, masakan mama mengingati wajah tua kerana wajah keanakan itu telah berubah. berbual agak lama , menceritakan kisah semasa kanak-kanak dan terus melewati kisah hidup hari ini. Kawan mama bercerita mengenai anak-anak dan cucu-cucunya. Mama hanya dapat bercerita tentang putera dan puteri mama tetapi mama belum ada cucu. Masing-masing berjaya dengan kerjaya dan kawan mama itu masih memiliki sikap rajin berusaha kerana memiliki kerjaya di bidang IT yang sentiasa perlu peka dengan perkembangan, walau beliau seusia mama. Semoga di masa hadapan mama akan berpeluang berjumpa kawan-kawan yang lain pula.

Monday, November 9, 2009

zaman IT

Betapa gembiranya apabila dapat mengetahui kabar berita dari kawan-kawan hanya dengan FB, Facebook. Seronok mendengar perkembangan kerjaya dan hidup masing-masing. Ada antaranya berada di luar negara kerana bekerja, menghabiskan PHD , ikut pasangan dan ada yang pergi merajuk hati. Kawan-kawan yang lain telah berjawatan seperti pensyarah, pegawai-pegawai penting dalam jabatan dan kakitangan kerajaan . begitu gembira berbual via internet..dan leka juga bertanya kabar. Bagaimana pula kawan-kawan yang belum lagi dapat berinteraksi..semuga, insyaallah akan berjumpa di mana saja di bumi Allah. jalan,

Thursday, November 5, 2009

Bertemu Kawan Lama

kawan datang dan pergi. dari alam persekolahan di sekolah rendah, kemudian ke menengah dan ke UiTM, ke maktab perguruan, ke Institiut perguruan dan ke Universiti..sentiasa bersama kawan-kawan. sesuatu hari terkadangnya teringin sangat berjumpa seseorang kawan, tapi di mana dia. Dalam blog ini mama akan coretkan beberapa kawan yang mama telah jumpa, telah berbual dan telah berkirim salam. Alhamdulillah