Hari ini selepas siap Pendaftaran di UUM, mama dan keluarga mengunjungi tempat membeli belah kegemaran kaum wanita..Padang Besar di Perlis. Sebenarnya , walau banyak gerai, mama dapati barangannya itu..itu juga. Hanya melihat dan menemani puteri membeli beberapa accesories..bangles plastik kegemarannya. Selepas itu untuk makan tengahari..kami memilih gerai yang agak kurang pengunjung. kenapa tak ramai di gerai ini?. Apabila pelayan telah mengambil order mama dapati beliau begitu lama menulis dan menulis atas kertas kecilnya. agak 10 minit. Mama bertanya puteri..kenapa lambat sangat beliau menulis. Oh, orang Melayu siam yang terpaksa mengeja kerana mulutnya kumat kamit mengeja dan membaca. Mama kata tulis siam jerlah senang..buat lambat dapat order. kata puteri membisik pada mama, huh lembab betul , tu pasal kurang pelanggan. Agak lama tunggu , hidangan pun sampai. hmm menikmati hidangan tengahri dalam suasana agak panas di Padang Besar...Wow kata puteri lambat pun tak apa..janji sedap. hmmm memang lazat dan boleh di puji masakan itu lebih2 lagi somtam..best melecur air liur semasa menaip N3 ini.
Mama melihat gadis yang mengambil order tadi, wajah yang comel mulus itu mungkin tidak berapa tahu menulis dan mengeja. Kesian kamu , tapi mama tidak tahu ..rakyat Malaysia atau Thailand. Puera bongsu kata " Dont judge the book by its cover apabila kami membandingkan gerai itu dengan hidangan yang memuaskan walau harga semuanya RM 74.30!
No comments:
Post a Comment