Bila tempat kerja jauh, mama mengambil keputusan hanya hujung minggu balik ke rumah. Hari kerja, mama menjadi penjaga setia sekolah, bersama putri-putri sekolah, tapi agak selesa dengan kediaman 3 bintang begini, 3 bedroom yang luas dan bathroom yang elok. Tersedia kabinet dan gerobok baju yang kemas. sarapan, lunch, tea, dinner and supper yang sedap dan menyelerakan. hanya kesunyian menemani saban waktu. Mama pasrah kerana ini aturan dan journey of life.
Hujung minggu ini agak lama kerana sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang kita kasihi so hari Ahad mama cuti. Seronoknya masa bercuti begini. Dan jiran kita mengadakan majlis kenduri kesyukuran lalu mama mengambil peluang berjumpa jiran-jiran yang dah agak lama tak bertegur sapa. Masing-masing sibuk dengan tugas. dan hidangan istimewa Mak ndak Fauziah ialah Nasi Beryani berlauk kambing dan hari ini juga dapat makan tapai dan kuih tepung pelita. Macam-macam kuih dan lauk pauk lagi. lalu hari ini rezeki sungguh dalam makan-makan ni.
Mama mengambil peluang bercuti ini dengan mengemas rumah dan membaca. Mama sentiasa mengingati anak-anak mama di mana saja berada. Betapa di rumah ini sunyi tanpa riuh rendah kamu ..waktu kamu kecil-kecil dahulu, 20 tahun dahulu..kalau cuti begini mama penat dengan kerenah kamu. Mama rindu suara-suara kamu.

No comments:
Post a Comment