Tuesday, December 13, 2011

hadiah yang istimewa buat keluarga mama

menantu (Cecilia Aisyah)dan anak(Fatehah)


Pada 3 Disember mama mendapat 2 orang menantu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Menantu perempuan adalah dari Sarawak dan keturunan Iban. Bila anak sulung mama lelaki menyatakan hasratnya untuk memilih gadis Iban, mama percaya itu pilihannya. Mereka sama-sama bekerja sebagai guru di Sarawak . Bila Cecilia diperkenalkan kepada mama, mama tahu pilihan anak mama ini adalah yg baik buatnya. seluruh keluarga mama menerima kehadiran Cecilia dengan sungguh gembira.

Mama panjatkan doa agar perkahwinan anakanda mama dengan Cecilia beroleh keberkatan dan dirahmati Allah. Sebagai saudara baru mama berharap anakanda mama akan membimbingnya sebaik mungkin. Cecilia Aisyah kelihatan ayu bila bertudung..Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Tahniah ! semoga mereka semua selamat mengharungi liku2 rumahtangga - bahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. salam kenal tuan rumah...

    ReplyDelete