Assallamualaikum.
Wangi juga bunga kenanga
Ditanam sepasu ditepi pagar
Rasa simpati dengan dia
Kerana masih ingin nak belajar!
........berkongsi cerita fasal pelajar yang seorang ni.....
Hari ni Jan datang ke sekolah.Dia pelajar STPM tahun lepas
Wajahnya dah tak seceria tahun lepas.
PK juga kata... kesian...
Lebih lagi lah mama Nadz ni..dah banyak hari berbincang dengan kawan2 di sekolah tentang keputusan STPM dia
Pelajar dari kampung yang agak jauh dari sekolah.
Dia lah yang selalu memberi daun palas pada mama Nadz..'buat ketupat ya cikgu'
'Saya cari kat kampung kelmarin'(bila mama nadz buat ketupat dan bawa ke sekolah..seronok tengok dia makan..puas hati)
Terasa begitu simpati dengan dia.
Semasa di tingkatan 4,5 siapa sangka dapat naik Tingkatan 6.
Waktu di tingkatan 6 dia sangat berusaha.
Lebih2 lagi subjek Seni mama..suka sangat dia melukis..elok pula
Subjek lain pun dapat dibawanya kerana dia rajin menanya guru..
Tapi..dalam keputusan STPM
Pengajian Am hanya dapat C-.
Subjek seni memang bagus resultnya
"Nak masuk U macam mana cikgu......."
Jan datang memberitahu nak ambil STPM sekali lagi
'Saya tak tahu nak isi macam mana online..cikgu tolong saya ye'
29hb closing date Jan..cepat berurusanlah di BSN..barulah boleh online.
"Berapa nak kena bayar tu cikgu"
Maka kami mengira2..'dekat 200 hengget...calon persendirian..bukan calon sekolah lagi Jan'
Dia bertekad untuk ambil periksa lagi sekali.
Sedih juga lihat Jan
Kalau nak cerita, miskin satu bab, IT pun tak tahu
Saya nak dia berjaya sebab sebagai guru saya menaruh harapan untuk dia berjaya satu hari.
Kalau dapat prinsipal A- untuk Seni pun..PA gagal..dah tak boleh buat apa2 ye cikgu
Masa depan kamu masih panjang Jan, rezeki masih luas, jangan putus asa..cuba
Kalau ada apa-apa kerumitan, Jan datanglah ke sekolah..semua cikgu boleh bantu.
Dia pelajar lurus, kekadang lucu.
Rajin membantu guru, sering membantu Mama Nadz dalam banyak hal2 persiapan pentas sekolah.
Masih teringat : Inilah karyanya yang dihantar ke MPM untuk kertas 3 (pengkaryaan) dapat A dalam keputusan STPM. Dia buat karya relif.