Tuesday, March 20, 2012

Tahniah buat pelajar-pelajar SV STPM 2011..


Assallamualaikum semua
Beberapa minggu dulu sebelum keputusan STPM diumumkan, mama agak tak senang duduk, memikirkan keputusan pelajar. Apabila keputusan STPM dah diumukan, barulah rasa lega. Tersangat gembira, tersangat bersyulur dengan keputusan STPM itu terutama subjek yang mama ngajar iaitu Seni Visual. Tidak semua sekolah ada package Seni Visual untuk STPM, rasa bersyukur kerana nama sekolah pun masuk surat kabar -100% lulus..Tahniah sekolahku , tahniah semua-semua.

Mama hanya ingin bersembang hanya bab seni mama saja di sini. Setengah orang berpendapat SV adalah subjek low class sebab tu lah ramai pelajar dari kelas2 pandai tak ambil SV ni dalam STPM. Tak apalah..disebaliknya hidup ni ada ketikanya berkeperluan seni juga..
Tahun lepas pelajar STPM ini sangatlah berusaha dan tabah untuk melakukan yang terbaik. 90 % dari mereka tidak belajar subjek seni visual semasa tingkatan 4 dan 5. Jadi apabila berada di tingkatan 6 (disekolah mama disebut kelasPrau U) sudah tentulah kena berusaha lebih. Ada 3 kertas yang perlu diduduki mereka iaitu kertas 1 (teori), kertas 2 (lukisan) dan kertas 3 (penghasila karya-perekaan /pengkaryaan). Untuk kertas 3 mereka kena menyiapkan portfolio dan karya.

Bab kertas 3 inilah yang melatih mereka mengenal kanvas, akrilik,oil paint dan lain2 yang sewaktu dengannya, melatih mereka bersabar, bertimbang rasa, cermat, kemas, bersih,menetapi masa dan tahan leteran cikgu!
Mama membimbing mereka berkarya, seronok sebenarnya apabila mereka berjaya menghasilkan karya seperti yang telah dijana difikiran mereka dan menjawab persoalan-persoalan yang dikehendaki.Sangat rasa puas hati.

....Mereka tidak kisah sangat, walau kami belajar tanpa bilik seni yang khusus, sangat kecil bilik seni mama tahun lepas, dan pelajar seringkali duduk di atas lantai untuk berkarya..sangat indah mengingatkan itu semua dan sangat indah apabila melihat berderet-deret A untuk Subjek Seni visual!
mama paparkan sedikit suasana mereka menyiapkan pengkaryaan..3,4 bulan jangkamasa ni, sehari selembar benang..lama-lama jadi kain..sehari 1-2 jam dan akhirnya siaplah kerja-kerja ini..Di situ ada Faiz , ada Ayu, ada Huda, ada Aza , ada Jan serta lain-lain yang memberi rasa kepuasan dan keindahan mencipta kejayaan! Untuk semua bekas pelajar STPM 2012, selamat maju jaya.

10 comments:

  1. Assalamualaikum..
    dari insan yang tak jemu bertandang..
    menziarah blog teacher..
    bila click gmbar aktiviti student bg bsar..lawa sungguh karya and hasil seni mereka...tahniah juga buat teacher dan semua...^_^
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam Ayu,

      lama betul tak menulis ni..skrang dah dtg moos mengarang balik..tu yg mula blog walking dan menaip cerita...

      Delete
  2. Salam nadz,
    Setinggi-tinggi tahniah untuk nadz. tahniah untuk semua. Dulu nama subjek ni 'Lukisan' atau Pendidikan Seni. Sekarang
    Seni Visual, lebih 'glamour' lagi bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam Hjh,

      Terima kasih dari saya dan semesti pelajar saya juga akan katakan sama .sedemikian.

      tingkatan 1-5 masih disebut pendidikan seni, tapi bila tingkatan 6 hanya seni visual ja...Glamor pada sebutan ikut bhsa Inggeris kot Visual Art

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    tahniah buat pelajar2 mama nadz...thn ni anak sy akan memduduki SPM dan dikelas dia x ada subject SV dan sy ada suruh dia ambil subject SV sbgai tambahan tapi kata dia kerja kursusnya byk...lagi pulak dia kena belajar sendiri.

    salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam Zue,
      Terima kasih kerana sudi bertandang.
      Tentang anak tu, kalau ada cikgu yg boleh membimbing kerja kursusnya, boleh ambil paper seni tu. Tak lah susah mana..ikut saja arahan dan contoh..baca nota-nota dan praktis lukisan. Seni ni banyak membantu jika anak itu minat . . anak mama nadz dulu pun dari aliran sains tapi dia ambil juga seni sebagai tambahan . Cubalah

      Delete
  4. Tahniah Nad...berbaloi usaha u selama ini....tahniah untuk pelajar2 u juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fadz,

      Rasa puas hati, berbaloi dengan kerja budak2 tu

      Delete
  5. tahniah - ini lah kepuasan seorang guru - melihat anak didik yang berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu Sonata,
      betul, sangat puas hati...lebih2 lagi yg tak reti sangat melukis, tapi sentiasa praktis dgn sabar dan hasilkan karya yg baik..sangat puas hati tengok wajah mereka bila dapat prinsipal A

      Delete