Hari ni mama melihat pokok bakawali, membilang-bilang kudup bunganya...wah... ada 15 kuntum yang akan berkembang tak lama lagi. Pokok bakawali ni tak lah cantik sangat dan bunganya tak dapat kita lihat dan nikmati lama seperti orkid atau kerak nasi, tapi mama tanam ni kerana minat dan seperti satu nostalgia kerana dulu2 , bapa mama ada tanam pokok ni dan mama sangat menunggu untuk melihat ianya berkembang waktu malam, sebab kononnya akan ada puteri yang akan keluar apabila bakawali meletup untuk kembang...mana ada sebenarnya....
Banyak hari lagi kena tunggu untuk melihat bakawali berkembang. masih muda kudupnya.
Kekadang ada juga orang datang meminta bunga bakawali ni untuk mengubat mata. Mama pun tak pasti sejauh mana kesan kebenarannya. mama pun pernah cuba membasuh mata dengan air dari kembangan bakawali...(petua dari kawan-kawan) untuk kecerahan mata.
Bila kembang nanti..insyaallah akan mama fotokan., itu pun kalau mama tidak tertidur. Musim kerja akan tiba lagi, cuti sekolah pun dah nak habis. sekarang mama jarang sangat menulis di blog ini . kesibukan sangat terasa kerana dengan usia sebegini terasa banyak sangat komitmen..hendak-hendaknya apabila Idris dah semakin rancak berlari ke sana sini.
mama mengambil gambar -gambar bakawali ni selepas hujan..so dapatlah dilihat titis hujan itu..kelihatan segar juga.
Salam keindahan dan kewangian dari mama untuk hari ini.