Friday, June 8, 2012

Bakawali

Hari ni mama melihat pokok bakawali, membilang-bilang kudup bunganya...wah... ada 15 kuntum yang akan berkembang tak lama lagi. Pokok bakawali ni tak lah cantik sangat dan bunganya tak dapat kita lihat dan nikmati lama seperti orkid atau kerak nasi, tapi mama tanam ni kerana minat dan seperti satu nostalgia kerana dulu2 , bapa mama ada tanam pokok ni dan mama sangat menunggu untuk melihat ianya berkembang waktu malam, sebab kononnya akan ada puteri yang akan keluar apabila bakawali meletup untuk kembang...mana ada sebenarnya.... 
Banyak hari lagi kena tunggu untuk melihat bakawali berkembang. masih muda kudupnya.
 Kekadang ada juga orang datang meminta bunga bakawali ni untuk mengubat mata. Mama pun tak pasti sejauh mana kesan kebenarannya. mama pun pernah cuba membasuh mata dengan air dari kembangan bakawali...(petua dari kawan-kawan) untuk kecerahan mata.
 Bila kembang nanti..insyaallah akan mama fotokan., itu pun kalau mama tidak tertidur. Musim kerja akan tiba lagi, cuti sekolah pun dah nak habis. sekarang mama jarang sangat menulis di blog ini . kesibukan sangat terasa kerana  dengan usia sebegini terasa banyak sangat komitmen..hendak-hendaknya apabila Idris  dah semakin rancak berlari ke sana sini.
  
mama mengambil gambar -gambar bakawali ni selepas hujan..so dapatlah dilihat titis hujan itu..kelihatan segar juga.
                                        Salam keindahan dan kewangian dari mama untuk hari ini.

10 comments:

  1. Dulu pernah gak tanam pokok ini. Memag cantik bila ia mengumtum. tetapi entah bila ia berakhir akibat pindah randah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanamlah semula..senang saja dgn keratan daun...

      Delete
  2. Pernah juga saya masa budak-budak dulu tunggu waktu malam nak tengok sekuntum bunga bakawali 'meletup'' tapi terttidur, tengok-tengok dah kembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama Nadz pun selalunya macam tu juga..konon nak ambil gambar sedang kembang...jaga2 dah pagi..

      Delete
  3. Rumah kampung kakak ada pokok bunga bakwali ini mama. Memang kalau malam baru dia meletup dan kembang. Baunya juga semerbak kalau malam tapi siang tak ada. Aruah mak kakak dulu pun cakap ada kaitan kisah puteri dari bunga ini sampai kalau bunga ini kembang kami nak masuk bilik air sendiri pun takut sebab bau bunga ini semerbak hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama jer yg suka pokok2 macam ni, anak-anak mama sorang pun tak pernah ambil tahu bab pokok ni, dulu masa mereka masih kanak2., kalau mama cerita tentang ada puteri akan keluar bila bunga meletup kembang, mereka akan kata itu dulu sekarang puteri tu dah tua..tak larat!

      Delete
  4. Salam mama Nadz

    Mama ada dgr pokok bakawali ni. Tapi tak pernah nampak bunganya, jgn lupa mengabadikan bunganya.
    Terkesima tgk rumah mama Nadz byk sungguh pokok2, rasa nak buat lawatan sambil belajar je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama Nadz menginginkan kawasan rumah yg luas untuk berdamba diri dgn tanaman, tapi apa nak buat hanya mampu dengan rumah yg hanya kawasan sempit keliling rumah saja..dipadatkan dan sesak semuanya dgn pelbagai pokok.

      Delete
  5. saya tak reti tanam....semuanya hubby buat - he3x...saya beritahu je dia - (konon2 beri idea la...padahal dia jauh lebih pakar) -

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu tanam..belum cuba..agaknya green fingers jugak...

      Delete