Wednesday, November 14, 2012

Buah Tongkeng


Assallamualaikum,
Bunga-bunga tongkeng mama biarkan berkembang sekarang ni..kerana akhirnya bila kelopaknya gugur..akan tumbuh buah. Alhamdulillah. Telah beberapa kali kedapatan buah tongkeng pada pokok tongkeng mama. mungkin sudah matang pokok ini, tak pernah sangka pula ada buah.  Bila buah ini dah cukup masak dan kering, ianya akan meletup seperti buah kekabu atau buah getah...sebab itulah terdapat sangat banyak anakanak  pokok tongkeng di sekeliling pokok ini sekarang..rata-rata-rata dah tumbuh..maka banyaklah bunga tongkeng di laman mama nanti ..akan harum bila berduet dengan kesidang@kerak nasi.

gambar ni ialah buah tongkeng yang belum matang atau belum kering, mungkin 3,4 minggu lagi akan tua dan boleh dibuat semai.


Ada seorang pembaca blog mama, sangat teringin akan anak pokok tongkeng, mungkin sebab itu juga mama  paparkan buahnya kerana anak pokok sukar nak di pos..buah@biji benih dapatlah mama bungkuskan.. biarlah rata ia berhijrah mengindahkan bumi..sebagai pokok nadir ianya tak akan pupus....nanti bila buah ini dah matang@kering mama akan petik.

Ini bunga-bunga tongkeng...terkadang dikerabukan, dibuat ulaman atau dicampur dalam telur dadar..berkhasiat.

Dulu-dulu arwah mama nadz , karangkannya dan lilit disanggul..semua itu kenangan..kewangian tongkeng dan kerak nasi menghimbau kenangan pada emak dan ayah pula  Alfatihah di tahun baru Maal Hijrah

W/salam semua. Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.  


Tuesday, November 13, 2012

Nasi Daun Lemuni


Assallamualaikum,
Mama Nadz pagi  ni sediakan nasi daun lemuni untuk sarapan seisi keluarga. sementelah anakanda Fateha masih dalam pantang, apabila menyediakan nasi ini untuknya, mama Nadz masak lebih, jadi semua dapat menjamu selera. mama letak sedikit saja santan, kalau bukan untuk orang pantang, pastinya santan dilebihkan supaya sedikit lemak. Sejak beliau dalam pantang mama nadz sudah 2 kali menjamunya nasi yang berkhasiat ini. Daun ini juga digunakan untuk membalut tungkunya.sehari anakanda Fateha akan menungku 2 kali, Kami menggunakan batu sungai sebagai tungku, batu itu adalah batu turun temurun, emak mama Nadz pun guna batu menungku itu, mama Nadz pun dan kini anak-anak mama Nadz pula.
Banyak jenis-jenis daun yang digunakan untuk alas menungku selain daun lemuni. Fateha juga setiap pagi akan mandi dengan air rebusan daun-daun kayu, mungkin hingga 44 hari seperti kakaknya. bab itu babah akan cari dan rebus. Agak sibuk sekarang ni dalam rumah.
Semuga meeka akan sihat sejahtera dengan cara begitu.


daun lemuni, pucuknya mama Nads guna dalam nasi, yang lebih ni untuk balut batu tungku.
lauk orang pantang, ikan tenggiri masak lada hitam berasam.

nasi daun lemuni. sedap ni, makan panas-panas. Kami yang lain makan berlaukkan sambal udang..

udang ni mama Nadz beli petang kelmarin kat tepi laut, udang segar sekilo 35 hengget!

menghimbau kenangan dulu-dulu, apabila arwah bonda mama nadz sentiasa menjaga mama Nadz dengan rajin, kemas  dan punctual apabila mama Nadz bersalin. Nasi lemuni ini katanya akan 'hambat angin'  ..dulu arwah  menjamu mama Nadz  nasi sebegini dengan haruan dan ikan seludu bakar  . Mama nadz pun buat sebegitu kerana haruan sentiasa ada.   di rumah, ada orang tu setiap hari mengail kat belakang rumah buat isterinya...

Fatimah semakin berisi dan Idris kini semakin lasak, kedua-dua..cucunda mama nadz tu...

Salam. jumpa lagi

Saturday, November 3, 2012

Assallamualaikum,
mama nadz  meniti hari-hari yang sibuk. .. mama nadz tinggalkan rumah ini sepi, lesu dan kaku..
Akan mama nadz cuba update tetapi selalunya janji tidak ditepati.

Dalam rumah ni sekarang dah ada ahli baru... Idris telah pun dapat kawan, sepupunya telah dilahirkan minggu lepas...Kali ni mama nadz dapat cucu perempuan, diberi nama 'Fatimah' .

Lalu setiap hari dalam letih, penat balik dari kerja, akan disambut ketawa, gelak, tangisan kedua-duanya..
Masih mencari ruang-ruang waktu untuk membisik kabar...
Ini masa di Hospital Besar Alor Setar...no 7 tu anak mama nadz lah..ibu Fatimah



lain masa mama nadz upload gambar fatimah..