Wednesday, November 14, 2012

Buah Tongkeng


Assallamualaikum,
Bunga-bunga tongkeng mama biarkan berkembang sekarang ni..kerana akhirnya bila kelopaknya gugur..akan tumbuh buah. Alhamdulillah. Telah beberapa kali kedapatan buah tongkeng pada pokok tongkeng mama. mungkin sudah matang pokok ini, tak pernah sangka pula ada buah.  Bila buah ini dah cukup masak dan kering, ianya akan meletup seperti buah kekabu atau buah getah...sebab itulah terdapat sangat banyak anakanak  pokok tongkeng di sekeliling pokok ini sekarang..rata-rata-rata dah tumbuh..maka banyaklah bunga tongkeng di laman mama nanti ..akan harum bila berduet dengan kesidang@kerak nasi.

gambar ni ialah buah tongkeng yang belum matang atau belum kering, mungkin 3,4 minggu lagi akan tua dan boleh dibuat semai.


Ada seorang pembaca blog mama, sangat teringin akan anak pokok tongkeng, mungkin sebab itu juga mama  paparkan buahnya kerana anak pokok sukar nak di pos..buah@biji benih dapatlah mama bungkuskan.. biarlah rata ia berhijrah mengindahkan bumi..sebagai pokok nadir ianya tak akan pupus....nanti bila buah ini dah matang@kering mama akan petik.

Ini bunga-bunga tongkeng...terkadang dikerabukan, dibuat ulaman atau dicampur dalam telur dadar..berkhasiat.

Dulu-dulu arwah mama nadz , karangkannya dan lilit disanggul..semua itu kenangan..kewangian tongkeng dan kerak nasi menghimbau kenangan pada emak dan ayah pula  Alfatihah di tahun baru Maal Hijrah

W/salam semua. Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.  


10 comments:

  1. Kalau macam itu kakak pun nak jugalah benihnya mama hihi... mulalah dah kakak ni. Kalau bab bunga kakak memang suka cuma itulah mama kakak tanam susah betul dia nak berbunga.

    Salam maal hijrah mama. Moga terus diberi kesihatan yg terbaik dapat beramal dgn selesa. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kakzakie bagi alam kat email mama nadz , insyaallah bila buah2 ni matang mama Nadz poskan. kita semai mcm semai biji benih cili atau lain lah...sebiji buah ni akan tumbuh banyak anak..tapi menjaganya hingga besar tu yg payah..bila dah melilit2 dah ok..kat rumah mama Nadz menggila tumbuhnya.

      Delete
  2. email mama nadzipah@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. salam.. sy berkenan sgt utk dptkan benih pokok bunga tongkeng ni.. dulu kecik2 slalu mcm goreng dgn telur :)

    ReplyDelete
  4. w/s..nanti buahnya dah matang saya boleh postkan..bagilah alamat kedalam email. nadzipah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada lagi ke benih nya? aritu terlupa nak cek balik link ni huhu...

      Delete
  5. Salam saya berminat tentang tumbuhan hutan,adakah anda mnjual anak pokok ini?

    ReplyDelete
  6. Bila baca blog puan baru saya tahu tongkeng ni berbuah sebab pokok di kampung mahupun yg saya tanam tak pernah saya lihat buahnya. Saya tanam guna keratan batang.

    ReplyDelete
  7. Assalam mama nadz...ade lg tak benih pokok tongkeng nie?kalau ada sy nk boleh tak?dah lama cari tp tak dapat...

    ReplyDelete
  8. Assala mu alaikum mama nadz... saya sdg berusaha utk buat koleksi bunga n buah nadir.. boleh tak kalau ada lagi benih bunga tongkeng itu kirim ke Sarawak utk saya biak kan di sini?

    ReplyDelete