Namun bertahun-tahun sejak dulu, mama nadz sangat mengingati seorang kawan mama semasa usia 13 tahun itu di Tapah Road...sangat mengingatinya kerana dia sangat baik dengan mama dan pernah seorang guru di situ mengatakan kami adik beradik, kerana wajah seakan serupa....
Waktu itu Mama Nadz pindah ke Kedah..dan dia juga berpindah ke Teluk Intan(masa tu Telok Anson)...
Bagaimana lah nak mengesan seseorang hanya dari memori budak kecik....
Sekiranya bertemu sesiapa dari Telok Intan mama pasti bertanya..tanya nama saja..kot 2 sesiapa kenal..di maktab, di universiti....bukan mudah ya...
Satu ketika ada seseorang pernah memberitahu rasanya mcm beliau tahu nama itu...dan katanya jadi guru juga kawan mama itu.....
Hari ni bila ada FB...mama sentiasa mengesan dengan nama beliau..(macam mana kalau nama samaran identitinya di FB)
Mama sering berdoa untuk bertemunya..teringin sangat-sangat................
43 tahun sudah.berpisah ...bagaimana mungkin dikesan....kita sentiasa bergerak, berpindah randah...
Dengan rezekiNYA, dengan titipan doa selalu, satu hari mama melihat gambar dan nama-nama guru di satu laman FB seorang kawan di Melaka(kawan-kawan maktab tahun 80 an)...nama beliau..wajah beliau.....
Maka melalui seorang kawan kepada seorang kawan..mama cuba menghubungi...
Akhirnya dapatlah mama bertanya gerangan dan khabar..betul lah dia...kami serupa..sangat merindui dalam 43 tahun itu....
Tuhan Maha Kuasa kan
Mama juga mencari dan menghubungi rakan rakan yang pernah belajar di Tapah Road 43 tahun dulu..rakan sekelas...
Detik itu inisiatif salah seorangnya cuba mengumpul balik batch itu..Memang payah, sukar dan rumit.Tapi, akhirnya dapatlah berkumpul beberapa belas orang, disekolah lama kami..sekolah yang telah bertukar nama... kami adakan reunion!...
Di hari yang Indah itu dapatlah bertemu beberapa orang kawan ...yang bergelar Dato, Ir, Prof,,,,Capt dan lain-lain kerjaya...
yang canteknya..hanya kami yang kaum wanita hadir..hanya kami..dan kedua kami adalah cikgu! pernah jadi sahabat baik 43 tahun dulu..dan insyaAllah akan terus menghubungi kini..
catatan ini khas buat As......kupernah bermemori..bagai kabus
kala hilang kabus, rupanya ada lambaian kelopak mawar wangi...
seharum ingatan dalam jiwa kanak-kanak hingga dewasa..