bila ada kelapangan, beginilah, menaip dan membaca. Mencari pengetahuan kerana semasa remaja tiada ada semua benda-benda ni... menjengok blogger dan menambah idea..
Tuesday, August 31, 2010
Saturday, August 21, 2010
Lukisan
Zaman mama sekolah dulu..dah lama dululah, subjek yang mama minat ialah lukisan. Dari sekolah rendah, mama sangat suka pelajaran lukisan dan kerjatangan. Nasib mama agak baik, semua guru yang pernah mengajar mama rajin-rajin belaka. Waktu lukisanlah mama sangat nanti-nantikan. Jika ada pameran dan pertandingan lukisan, mama akan sertai dan adalah juga menang.
Waktu sekolah menengah pun begitu, waktu lukisan mama akan bersungguh-sungguh. Mama suka mewarna. Zaman tu warna brand guitar, water colour. Cara mewarna tak ada teknik, ikut suka saja asal mama puas hati...Lukisan pemandangan jadi pilihan..masa tu mesti ada sawah padi, bukit, matahari, sungai dan rumah melayu tepi sawah............ Bila masuk ITM, mama dah mula kenal banyak perkara tentang lukisan. Tapi ..ambil interior design ..manalah sempat nak lukis pemandangan kampung, laut dan sebagainya...
Bila masuk maktab perguruan, dan menjadi guru..mama mengajar English! Mama terlupa berus dan warna apabila asyik bercakap orang puteh.
Bila mama sambung belajar kat universiti,(agak lewat) mama ambil seni visual sebagai major..dan mama cuba balik melukis...dan waktu itulah mama baru kenal cat minyak...
dan di bawah ni adalah Catan cat minyak mama yang kedua..waktu ni mama guna brand Perillys. ..besar..mama habis beratus juga beli cat minyak ni, sebab asyik tak jadi jer melukis.
Gambar bunga orkid. Bunga orkid kat laman waktu tu dan mama lukis dan cat..berusaha hingga mama dapat merealisasikannya. Bila hantar pada pensyarah..dapat B+...tak apalah, setakat itu saja sebab mama pun masih tak pandai dengan cat minyak...Apa pun inilah catan yang mama sayang sangat. Bila ada rumah sendiri..mama gantung kat dinding dekat laluan ke dapur.... maka bertahunlah catan itu menghiasi dinding... harapnya anak-anak dan babah tak jemu dengan catan ni.
...masih di sini...
Mama suka melukis bunga dan nature.
dan ruang-ruang di rumah sekarang mama dah penuhi dengan catan yang mama cat sendiri.
..dan yang terbaru, masih dalam proses ialah gambar bunga kesidang (kerak nasi)..sekarang mama guna akrilik. Kalau siap mama akan buat N3. tapi sekarang agak sibuk..mahu 4, 5 bulan lagi baru nak siap...nak sambut kehadiran cucu lagi maka bila agaknya nak siap ..
Gambar yang mama dapat dari sahabat blogger pun masih lakaran pensel..belum bercat... Tahun depan agaknya akan siap pemandangan lake naverone!

Friday, August 20, 2010
Ulat pula
Apa nama benda Allah ni...banyak sangat..beribu-ribu melata di dinding, kat lantai kat tepi longkang di sekolah mama. Macam ulat gonggok..tapi warna macam lain sikit! Macam lipan tapi saiznya sangat kecil.
tapi tak la rasa geli
nampak comel..macam gerabak keretapi
Kenapa ulat ni banyak sangat kat sekolah
Cuaca sekarang tak menentu
Hujan menyebabkan keadaan persekitaran lembab
mungkin juga kerana keadaan kawasan di sini
perkampungan dan tanah tinggi
entahlah
yang pasti dah berhari-hari makhluk ini memonopoli laluan-laluan kat sekolah
yang banyak laluan dihujung-hujung bangunan
Wednesday, August 11, 2010
Separuh hari di Kuala Lumpur- 10/8/2010
Sehari sebelum berpuasa, mama ke Kuala Lumpur, menemani Fatehah yang dipanggil temuduga. Maka bertolaklah mama selepas maghrib ke KL. Dah lama tidak sampai ketengah bandaraya ni, semuanya tidak mahir dengan jalan dan bangunan. Setiba diKL se awal pukul 3 pagi kami mencari bangunan HLA. Menggunakan perkhidmatan GPS pun agak lucu.Lebih kurang pukul 4.30 pagi , maka sampailah kami. Bila dah cam bangunannya maka kami mencari masjid pula, dan pengawal di situ memberitahu tentang masjid KLCC. Lalu pagi itu dapatlah kami solat subuh di masjid KLCC. Kata Fatehah,' Tak dapat kerja tu pun tak apa, yang penting dapat solat subuh di masjid KLCC! Begitu hebat.
Mama pun rasa begitu, siapa sangka sehari sebelum berpuasa dapat bersolat subuh berjamaah di masjid KLCC. Jemaah wanita hanya mama dan anak-anak. Tidak ramai jemaah pagi itu. Hanya satu saf saja jemaah lelaki dan Amin serta babah berada di situ. Amin pun amat seronok dapat solat subuh di masjid seindah itu.
Sambil menunggu Fateha menghadiri temuduga, mama dan anak-anak berjalan-jalan di persekitaran KLCC. Menghabiskan masa kerana lama benar temuduganya. Mungkin ramai .

Mama dapat lihat arca ikan ini di situ. kali akhir mama tengok arca ini semasa anak-anak masih kecil. Masa tu Amin ( anakanda yang bongsu) baru berusia 4 tahun..dan hari ini Amin dapat melihat semula arca ini setelah 20 tahun umurnya.
Mama tertarik dengan buah 'elephant apple'. Epal gajah ni lebat sangat. kalaulah boleh dimakan..sebenarnya buah ini boleh dimakan tetapi agak berbau.
Line in nature. mama sempat click akar pokok ini. Maka ada objektif. Pelajar-pelajar mama bersedialah. dengan gambar ni akan ada soalan untuk apresiasi . Aspek formal yang sangat baik untuk dihuraikan!
Saturday, August 7, 2010
Thursday, August 5, 2010
Ular tu...
Hari ni waktu mama nak masuk ke kelas tingkatan 6 yang kat hujung bangunan (kelas tingkatan 6 semuanya ditempatkan di sudut jauh dari yang lain..kat hulu2), mama lihat pelajar-pelajar dok melangut tengok atas pokok palm yang tinggi kat tepi tangga. Apa ke halnya. Mereka cuma melangut tengok tanpa bising pun. Apabila mama sampai saja, tanya terus tanya mama," Teacher ada camera?
Nak buat apa?
Nak ambil gambaq ulaq makan anak burung.
Ular ka.
Mama tengok . memang ada seekor ular hijau sedang menelan anak burung. Ngeri juga..anak burung itu berdecit2 berbunyi dan ibu burung kat atas sarang riuh juga berkericau.
Mama pun terus rakam gambar yang diminta pelajar.
Tak berapa jelas sebab menyongsang cahaya...
Atas pokok ni ada sarang burung.

Sunday, August 1, 2010
Seronoknya! koleksi indah lagi!
Hobi yang terjadi bila jalan-jalan. Bila jumpa jer..beli dan beli. Juga bila kawan-kawan yang berjalan -jalan kemana-mana, bawa balik dan present pada mama. Bertahun juga FM ni dikumpul. 2 pintu peti sejuk mama letakkan FM ni.
Hari ni..dapat parcel!!!
bila buka parcel kat rumah....rasa macam nak menangis... begitu cantik..kiriman sahabat Alam Maya...
FM negara China...
Ada FM dari Tawau lagi..
Hari ni..dapat parcel!!!
bila buka parcel kat rumah....rasa macam nak menangis... begitu cantik..kiriman sahabat Alam Maya...
FM negara China...
Ada FM dari Tawau lagi..
Comel dan cantik sangat benda ni...
Fateha dah booking awal-awal ,,
Nak guna kat pejabat katanya,,nak belek powder kat muka...
Cantikkk..
Ini semua kiriman teman.sahabat blogger yang budiman...Cikgu Sonata...sayang kamu..eheheh
Terima kasih Daun Keladi
Mama temui semua blogger yang baik hati sejak mama ada blog
Ada yang sentiasa mendoakan mama, anak-anak dan keluarga
Ada yang menggembirakan mama dengan celoteh dan N3 yang lucu..
Ada yang -emailkan gambar pemandangan yang satu-sayunya khas untuk mama lukis Tasik Naverone...( belum mula..kanvas dah beli..akrilik pun dah beli..masa belum ada)
Terima kasih buat semua..
Hari ni terasa sungguh seronok
Kat tempat kerja pun seronok..awal pagi seorang guru belanja makan..pastu ada seorang guru lagi pun tanya.."Akak dah bayar..meh saya bayarkan..lama tak belanja akak!"
Hari ni hari yang banyak rezeki..Alhamdulillah
Balik rumah, jiran pula..bagi 3 ekor ikan talapia.. Nak kena masak ikan 3 rasa buat putri..
Subhanallah
Subscribe to:
Posts (Atom)