Saturday, August 21, 2010

Lukisan

Zaman mama sekolah dulu..dah lama dululah, subjek yang mama minat ialah lukisan. Dari sekolah rendah, mama sangat suka pelajaran lukisan dan kerjatangan. Nasib mama agak baik, semua guru yang pernah mengajar mama rajin-rajin belaka. Waktu lukisanlah mama sangat nanti-nantikan. Jika ada pameran dan pertandingan lukisan, mama akan sertai dan adalah juga menang.
Waktu sekolah menengah pun begitu, waktu lukisan mama akan bersungguh-sungguh. Mama suka mewarna. Zaman tu warna brand guitar, water colour. Cara mewarna tak ada teknik, ikut suka saja asal mama puas hati...Lukisan pemandangan jadi pilihan..masa tu mesti ada sawah padi, bukit, matahari, sungai dan rumah melayu tepi sawah............ Bila masuk ITM, mama dah mula kenal banyak perkara tentang lukisan. Tapi ..ambil interior design ..manalah sempat nak lukis pemandangan kampung, laut dan sebagainya...
Bila masuk maktab perguruan, dan menjadi guru..mama mengajar English! Mama terlupa berus dan warna apabila asyik bercakap orang puteh.

Bila mama sambung belajar kat universiti,(agak lewat) mama ambil seni visual sebagai major..dan mama cuba balik melukis...dan waktu itulah mama baru kenal cat minyak...

dan di bawah ni adalah Catan cat minyak mama yang kedua..waktu ni mama guna brand Perillys. ..besar..mama habis beratus juga beli cat minyak ni, sebab asyik tak jadi jer melukis.

Gambar bunga orkid. Bunga orkid kat laman waktu tu dan mama lukis dan cat..berusaha hingga mama dapat merealisasikannya. Bila hantar pada pensyarah..dapat B+...tak apalah, setakat itu saja sebab mama pun masih tak pandai dengan cat minyak...Apa pun inilah catan yang mama sayang sangat. Bila ada rumah sendiri..mama gantung kat dinding dekat laluan ke dapur.... maka bertahunlah catan itu menghiasi dinding... harapnya anak-anak dan babah tak jemu dengan catan ni.

...masih di sini...
Mama suka melukis bunga dan nature.
dan ruang-ruang di rumah sekarang mama dah penuhi dengan catan yang mama cat sendiri.
..dan yang terbaru, masih dalam proses ialah gambar bunga kesidang (kerak nasi)..sekarang mama guna akrilik. Kalau siap mama akan buat N3. tapi sekarang agak sibuk..mahu 4, 5 bulan lagi baru nak siap...nak sambut kehadiran cucu lagi maka bila agaknya nak siap ..

Gambar yang mama dapat dari sahabat blogger pun masih lakaran pensel..belum bercat... Tahun depan agaknya akan siap pemandangan lake naverone!

23 comments:

  1. alamak, cantiknya mama ooiii....awatlah saya cuma pandai lukeh orang lidi!

    ReplyDelete
  2. salam uncle,
    hari tu mama copy gambar dari N3 uncle..gambar yg tepi laut dan ada boat/sampan nelayan tu...masih lakaran pencil juga...belum pun dapat warnakan..tak dan la ni..
    semua mama teringin nak lukis...last2 apa pun x siap..
    tambah2 la ni pelajar stpm dok kalut siapkan kerja kursus..mama lagi la kalut..

    orang lidi adalah asas melukis juga..dari orang lidilah kita create..
    dalam gua altamira, orang2 dulu lukis orang lidi la..terkenal sampai la lukisan tu..

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Mama Nadz

    pensarah tu bagi B+ aje...kedekut betul
    he he
    kalau saya bagi A+

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. salam mama...

    waahhh....cantiknya lukisan mama lukis..
    memang kraetif la mama ni..
    bolehla lukiskan pemandangan indah kat saya gak ni..
    hehehe...

    mama..
    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  5. w/salam Rozali,

    Salam Ramadan jua..
    he he he B+ pun kira ok lah. mama bukan mahir sangat . kalau kwn2 yang dapat A..lukisan karya mereka lagi hebat2.

    ReplyDelete
  6. w/salam cik Amy,

    mama biasa2 saja.
    cik amy apa kabar pula.
    catan tu takla sehebat mana..mana ada setaraf pelukis-pelukis luar sana!. Mama melukis sebagai hobi dan jadikan koleksi hiasan dinding rumah ja.seronok bermain warna dan menikmati bunga-bunga..

    ReplyDelete
  7. orang seni rupanya mama ni....

    ReplyDelete
  8. salam,

    kembangkan la bakat yang sedia ada tu..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mama,

    Hebat mama ni baru kakak tahu. Ingatlah guru subject selain lukisan. Tak sangka mama seorang yang kreatif. Boleh framekan gambar lukisan sendiri akan ada sentimental valuenya berbanding kalau beli di kedai.

    p/s: Teringat melukis pemandangan sawah padi semasa sekolah. Dalam hati dah cantik tapi bila markah dapat 'B'. He...he...

    ReplyDelete
  10. salam mama


    hehehe kesian tak siap lagi

    saya punya dah siap dan dah diframekan lagi hehehe

    nanti kalau ada masa saya ambik gambarnya dan tunjukkan hehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Kamato,

    Bukan orang seni sangat..cikgu seni jer.

    ReplyDelete
  12. w/salam penjejak maya,
    Terima kasih atas saranan tu..

    Di usia begini dah tak sempat kembangkan bakat..tapi mempertahankan bakat jer...melukis bila ada masa...

    ReplyDelete
  13. w/salam,
    Kakzakie,

    Ya..bila kita lihat karya hasil kerja kita tergantung kat dinding...sungguh seronok kerana ada rasa kepuasa..
    kalau kita beli..cantik memang cantik tetapi kepuasan dari nilai peribadi tiada..hehehe(mungkin jer ini pendapat)
    Tapi kalau yang kita gantung tu dari pelukis tersohor..lain pula ceritanya
    Macamna yer kalau karya Van Gogh ada kat dinding rumah kita...

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum Pak Itam,

    jangan cakap macam tu..
    buat masa sekarang mama belum punya banyak masa terluang..
    Nanti kalau mama dah siap mama buat N3 la
    Pak Itam pun melukis ke..bagus tu..nak tengok juga yang dah diframekan tu..mesti antara sudut yang terbaik from lake Naverone...
    Terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam mama nadz..

    Wah saya juga minat melukis...heheh tapi blum ada masa nak kembali melukis...tangan dah hati berkobar nak melayang kat atas kanvas atau kertas bila tgok lukisan mama nadz..heheh

    ReplyDelete
  16. w/salam shami2,

    Bagus kan bila kita suka melukis..jiwa kita senang..mendamba rasa hati dengan warna ke atas kanvas..nanti2 boleh kita tukar pandangan...

    ReplyDelete
  17. wow cantik!

    sy sekadar bole lukis org lidi saje.. lukis lembu pun x menjadi rupa lembu

    ReplyDelete
  18. miss Q,

    orang lidi tu kira ok la...
    bukan senang nak lukis rupa lembu..kalau jadi rupa kambing..pun tak apa..sebab bukan senang lukis muka kambing ni.......

    ReplyDelete
  19. saya pun suka seni...macam2 jenis kesenian...dulu2 pun saya suka melukis...macam2 dilukis...samalah time senilukis suke bebeno! kalau lah saya simpan lukisan masa sekolah dulu....boleh buat pameran ! tentunya cantik kan...( perasan sendiri )

    ReplyDelete
  20. salam mama....

    apa khabar hari ni..
    sihat ke tuu....

    ReplyDelete
  21. teruskan kak. jangan disia-siakan anugerah Illahi... paling sikit pun 1 artwork satu bulan atau 1 artwork satu tahun... yang penting jangan biarkan masa berlalu tanpa karya. sayang

    ReplyDelete