Sehari sebelum berpuasa, mama ke Kuala Lumpur, menemani Fatehah yang dipanggil temuduga. Maka bertolaklah mama selepas maghrib ke KL. Dah lama tidak sampai ketengah bandaraya ni, semuanya tidak mahir dengan jalan dan bangunan. Setiba diKL se awal pukul 3 pagi kami mencari bangunan HLA. Menggunakan perkhidmatan GPS pun agak lucu.Lebih kurang pukul 4.30 pagi , maka sampailah kami. Bila dah cam bangunannya maka kami mencari masjid pula, dan pengawal di situ memberitahu tentang masjid KLCC. Lalu pagi itu dapatlah kami solat subuh di masjid KLCC. Kata Fatehah,' Tak dapat kerja tu pun tak apa, yang penting dapat solat subuh di masjid KLCC! Begitu hebat.
Mama pun rasa begitu, siapa sangka sehari sebelum berpuasa dapat bersolat subuh berjamaah di masjid KLCC. Jemaah wanita hanya mama dan anak-anak. Tidak ramai jemaah pagi itu. Hanya satu saf saja jemaah lelaki dan Amin serta babah berada di situ. Amin pun amat seronok dapat solat subuh di masjid seindah itu.
Sambil menunggu Fateha menghadiri temuduga, mama dan anak-anak berjalan-jalan di persekitaran KLCC. Menghabiskan masa kerana lama benar temuduganya. Mungkin ramai .
Mama pun rasa begitu, siapa sangka sehari sebelum berpuasa dapat bersolat subuh berjamaah di masjid KLCC. Jemaah wanita hanya mama dan anak-anak. Tidak ramai jemaah pagi itu. Hanya satu saf saja jemaah lelaki dan Amin serta babah berada di situ. Amin pun amat seronok dapat solat subuh di masjid seindah itu.
Sambil menunggu Fateha menghadiri temuduga, mama dan anak-anak berjalan-jalan di persekitaran KLCC. Menghabiskan masa kerana lama benar temuduganya. Mungkin ramai .
Mama dapat lihat arca ikan ini di situ. kali akhir mama tengok arca ini semasa anak-anak masih kecil. Masa tu Amin ( anakanda yang bongsu) baru berusia 4 tahun..dan hari ini Amin dapat melihat semula arca ini setelah 20 tahun umurnya.
Mama tertarik dengan buah 'elephant apple'. Epal gajah ni lebat sangat. kalaulah boleh dimakan..sebenarnya buah ini boleh dimakan tetapi agak berbau.
Line in nature. mama sempat click akar pokok ini. Maka ada objektif. Pelajar-pelajar mama bersedialah. dengan gambar ni akan ada soalan untuk apresiasi . Aspek formal yang sangat baik untuk dihuraikan!
salam..semoga Fatehah berjaya dalam temuduga itu....he3x nama sama !
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya juga doakan fateha berjaya dalm temuduga itu
w/salam cikgu Sonata,
ReplyDeleteTerima kasih. nama yang sama..gigih dan mempunyai cita-cita tinggi..betulkan!
w/salam AZ,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa itu. semuga ada rezeki Fatehah..insyaALLAH
Salam Mama,
ReplyDeleteInsya-Allah Fateha akan berjaya dalam temuduga itu. "Clik" camera seorang guru pasti akan mendapat tempias kepada muridnya. Ready semua murid mama ada sesuatu yang baru akan disampaikan... he..he..
memang kampong tenang. dimana kampong cik nadz?
ReplyDeletesaya pun 2puteri 3putera :) yg belum dewasa..
ReplyDeletesalam mama nadz....
ReplyDeletemudah2an Fateha berjaya menapak di sini .. ameen
takkan sama suasana dibandar dgn kampong ,
tenang dan damai suasana kampong selalu ummi rindui , tapi apa nk buat sudah rezeki ummi di sini .
salam mama...
ReplyDeleteapa khabar hari ni..
moga mama sihat seadanya..
amacam puasa hari ni..
moga semuanya dalam keadaan yang baik..
dah lama saya tak singgah di kuala lumpur..rasa rindu pulak tetiba..hehe..
w/salam kakzakie,
ReplyDeleteTerima kasih.
aaa..pelajar mama kena ready baca aspek formal..hehehhe
Salam ummi5,
ReplyDeletekita serupa..
Kampung mama nadz di kedah.
w/salam ummi humaira....sedap nama ummi,
ReplyDeleteInsyaallah kalau ada rezeki..adalah peluang puteri mama tu dok kat KL.
w/salam Cik Amy,
ReplyDeleteKemana menghilang Cik Amy,
mama sihat selalu.
Bila ler mama nak boleh baca coretan kat blog cik Amy..rindu dengan masak lauk pauk Sarawak..