Hari 1 - 22/11/2010
.Perjalanan ke Parapat., jalannya seperti jalan Tapah ke Cameron Higland..mendaki bukit. walau bagaimana pun dari atas bas dapat melihat pekan-pekan kecil dan kampung-kampung di mana betapa mama menghargai kemakmuran negara Malaysia. Melihat pekan Sri Rempah dan membandingnya dengan bandar Alor Star. tapi mama seronok melihat kepesatan pertanian..mereka mengguna tanah pada tahap maksima...padi, sayur, kelapa sawit, jagung, ubi kayu dan kopi...Ladang ubi kayu macam estet getah...
Hari ke 2- 23/11/2010

naik bot ke Pulau Samosir di tengah Tasik Toba..akan melihat 'the bataks
menyusuri gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan Indonesia. Kalau kita tidak mahu membeli jangan cuba menanya harga dan jangan berhenti di kedai mereka..mama takut juga dengan penjual yang suka menarik tangan dan merayu-rayu semacam.. di suruhnya kita membeli barangan mereka, mengikuti kemana kita pergi..

melihat pertunjukkan budaya masyarakat batak.

Boat yang tak ada dinding dan hanya beberapa life jackets. kata seorang kawan mama " water is very dangerous, no life jacket no boat'..apakan daya..lawatan diteruskan juga ke sini dan balik ke Parapat..hujan turun dengan lebat d itengah tasik..ada ke..kami hanya dilindungi dengan plastik biru saja dari terkena tempias hujan..daif sungguh. Masa di atas boat ini, mama teringat betapa eloknya boat dari Perth ke Freemantle! Semua ini dari sudut pelancongan...
lihatlah alam anugerah Allah....
Makan tengahari di restoren Istana, Parapat bertentangan dengan masjid taqwa.

Kawasan tanah tinggi..sejuk dingin..nampak bahagian Tasik toba yang paling dalam. Kata En Alisan kedalaman yang mencecah 450M, dan tiada sebarang aktiviti manusia ditepiannya..kedalaman kawah gunung berapi...