Friday, January 21, 2011

Memeriahkan dapur dengan pulut dakap pula

Pisang awak nipah yang diambil di kebun dah masak..apa nak masak ni... takkan asyik nak makan goreng pisang saja.. Nak masak pulut dakap!Dalam lemari kat dapur tu masih ada beras pulut susu...jadi rendam sejak pagi..petang kukus pulut tu dan campur santan( kena kukur lagi nyior..dah ada nyior buat apa nak gi beli )
Pergi lagi ke kebun ambil daun pisang..
Mama belah 4 setiap sebiji..kalau separuh besar sgt (teringat dulu-dulu aruah mak letak sebelah dan kekadang sebiji pisang)

Balut jer pisang tu dengan pulut..mcm lepat jadinya
so dakapkan..mama guna tali rapia..terlupa nak ambil tali kulit pisang....

Rebus..ada orang kukus..terpulang lah...macam mana pun boleh dimakan..pagi dan petang...


sementara menunggu pulut dakap itu di rebus..mama buat N3 ni...
esok boleh juga bawa ke sekolah..ada LDP..nak bagi adik-adik cikgu tu rasa..kerana ada sorang tu katanya kat tempat dia tak ada pulut dakap..
Anak bongsu mama pernah tanya..'Siapakah pencipta pulut dakap ni'...........kalau telefon ada pencipta agak-agaknya makanan camgini pun kena tahu pencita atau pereka nya..carilah awak..entah-entah moyang kamu..

15 comments:

  1. Nad,you memang pandai masak dan rajin masak...setengah org tak pandai tapi rajin,setengah pula x rajin tapi pandai...tapi u ada dua2 sekali...untung suami dan anak2 you...syabas!...keep it up..kalau kita dok dekat2,boleh lawan tukar atau hulur menghulur kan...

    ReplyDelete
  2. Nadz,
    Amboi, berdakap-dakap dia! Orang-orang lama memang kreatif, kan? Akak suka kuih-kuih tradidional ni. Pos laju boleh, nadz?

    ReplyDelete
  3. salam Fadz,

    terima kasih. Bukannya rajin sangat..tapi dah bahannya ada..so buatjerlah..lagi pun kalau nak beli..sekarang ni 3 biji seringgit..pastu kecik sgt..kalau masak sendiri macam yang gini dapat 32 biji..16 dakap Fadz...besar gedabak I buat!

    ReplyDelete
  4. Salam kak Nora,

    aah berdakap-dakap pulut tu..
    Kat sana sebut mcm lain agaknya.
    terkadangnya kena masak kuih-kuih tradisional ni..nak bagi anak-anak tengok dan tahu dan tak lupa makanan mak-mak kita..
    bkn susah pun..
    agaknya kalau buat frozen ..boleh poslaju kot..hik hik..

    ReplyDelete
  5. Pisang apa yang bagus buat pulut tu? Kalau pisang awak yang ada buji leceh juga kan.. tapi memang sedap lah pulut dakap nie..

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu Mohamad,
    pisang awak,awak legor..kalau ada biji tak bestlah..yang ni mama guna pisang awak nipah..adalah satu dua biji..
    pisang raja pun boleh juga,
    kalau pisang tanduk atau pisang nangka takut pula masam..tapi bolehler juga kalau dah tak dak pisang awak..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ....

    ummi mesti buat pulut dakap nie bila musim raya aja , tapi selalunya ummi guna pisang emas .

    dah terlioq teringat nak makan pulut dakap ler plak...

    ReplyDelete
  8. w/salam ummi,

    pulut dakap memang sinonim pada anak Kedah..pandai makan..kalau kena pisangnya sedap..yg mama nadz buat ni pisang awak nipa ..just ok lah tapi not full mark given..sebab mama kurangkan santan..tak nak lemak sgt.

    ReplyDelete
  9. erm..dakap tu peluk kan? Xde iras pun..hehe.

    Saya tak tahulah pernah makan ke tak. for sure namenya saya x pernah dgr. :)

    Nak sikit, boleh tak Mama? :wink:

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Mama Nadz

    saya tak pernah lagi makan pulut dakap tuu

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam misz Sephia,

    ianya mcm pulut panggang juga..tapi intinya pisang ..dan direbus..
    sesekali sedap juga..tahan 2,3 hari tak basi..orang dulu2 buat ini untuk bekalan perjalanan yg jauh.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. w/salam Rozali,

    Sesekali mintalah Mrs buatkan..mudah sesangat.. pisang dan pulut..yg penting daun pisang..kan En Rozali ada tanam pokok pisang di 'tanah sekangkang kera' tu?

    ReplyDelete
  14. salam..salam ziarah..oohh,sedapnyer.ini memang makanan kesukaan intan suri..teringat mak kat kg,bila hari raya mesti wat untuk anak ni..

    ReplyDelete
  15. Aslmkm.
    Ohhh gitu ceritanya. Seronok ya. :)
    Kak G jarang sekali buat pulut dakap, abah & anak tak gemar. Kalau buat Kak G tu, masa ramai2. Tapi kalau buat, Kak G memang guna pisang raja saja.

    ReplyDelete