Wednesday, January 26, 2011

sapaan buat kawan-kawan blog!

Pernah kawan-lawan melihat bunga ni?..mama tengok banyak berkembang kat tepi kantin sekolah, cantik warnanya dan telah berkembanga berhari-hari..cantik kalau di tanam kat pagar rumah, menjalar-jalar nanti..Apa namanya bunga ni..Bapak Srengenge mungkin tahu..
Mama nadz tak dapat kesan nama bunga ni...Husband cikgu Sonata ada tak tanam pokok ni?..
Lepas tengok bunga-bunga cantik tu, mama nadz pergi petik daun peria pantai..banyak, segar di taman sains..cadangnya nak masak sayur putih malam ni..
Daun peria pantai ni, kalau nak jadikan ulam-ulaman pun boleh.. tapi masak sayur putih (santan) lah yang paling sedap, dirampaikan dengan udang atau telur..kalau ada keledek pun ok juga.

sebesen mama nadz petik..Mungkin Rozali , kak zakie, mama ju atau Ummi Humaira pernah makan sayur ni... Kak Nora mcm mana, kat sana ada ka pokok peria pantai..sedap ni..
Cik hidayu dan Cik Amy..agak-agaknya pernah makan ka?
Siap dibasuh dan hanya nak tunggu di masak..gambar sayur putih belum ada lagi.. Pak Itam , Rosli dan AZ mungkin pernah rasa sayur ni/
Kat sarawak ada tak cikgu Mohamad? Kalau Uncle mungkin pernah makan sebab dok balik Aloq Staq...
Yang pasti pernah makan sayur ni Cik gu Fadz dari Impian Murni atau Datin Fauziah'kak G'..
Labu ni pula nak buat puding..nanti lah dah siap mama buat postings.. W/salam



17 comments:

  1. Salam mama nadz

    Salam mesti sedap menu tu kan....saya tunggu posting seterusnya ...hehhe

    ReplyDelete
  2. salam cikgu.......... pernah makan. sdap buat sayur lemak putih + udang.Ada ikan kembung goreng & sambal belacan dah boleh membuatkan org lalu kat luar pun x nampak.

    ReplyDelete
  3. Wah,mama nadz, kreatif sungguh menyapa teman-teman blog. Tapi saya tak kenal pokok peria pantai.

    ReplyDelete
  4. Nad,Peria pantai saya selalu buat ulam ja,ada juga sekali sekala buat sayur leamk putih masukkan udang dan ubi keledek...rasa sedap,manis...kat pasar hari dan pasar malam bnyk dijual la ni......

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mama

    saya tunggu puding labu

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Mungkin peria pantai tu ada nama lain kot.
    Pada nama tu saya tak pernah dengar la, tapi kalau pada gambar tu kelihatannya seperti bebuas. Jika bebuas, yakin saya pernah makan.
    Kalau pun bukan bebuas, mungkin juga saya pernah makan. Kena lihat daun/pokok tu dulu la! :)

    ReplyDelete
  7. Salam mama nadz,

    Kakak kalau pucuk daun tu panggil bebuas. Masuk dalam asam pedas pun sedap juga. Kadang-kadang kakak celur makan dengan sambal belacan. Em.... mama, kakak dah rasa kechurlah pulak....

    ReplyDelete
  8. w/salam shami,
    sayur peria pantai sedap..tapi tak boleh makan selalu..sejuk!
    w/s

    ReplyDelete
  9. w/salam ibu guru,
    betul ..sedap..ada gu nya ikan goreng dan sambal..tak terasa makan bertambah-tambah!

    ReplyDelete
  10. salam Kak Nora,
    ye lah ..kat selatan di panggil apa ya ..Peria pantai ni pokoknya mcm pokok bunga raya..

    ReplyDelete
  11. Fadz di impian Murni,
    Salam,
    kat sini kekadang ada juga org jual daun peria pantai..kat kantin pun ada masak daun ni..
    Tapi dah kat tepi makmal merimbun..kami pakat2 kutip lerr..

    ReplyDelete
  12. w/salam Rozali,

    Nanti arr mama nadz paparkan kuih yg di cipta dari labu..puding ke apa..reka-reka..

    ReplyDelete
  13. w/salam DDrFauziah,

    Bebuas lain sikit.. Peria pantai ni daun dan pokoknya macam pokok bunga raya..cuma kecil-kecil..lembut pucuk-pucuknya, mungkin banyak di tepi pantai.

    ReplyDelete
  14. w/salam kak zakie,
    Bebuas boleh dibuat ulam tapi tak pernah dibuat sayur..Peria pantai lagi sedap kalau dibuat sayur lemak atau sayur manis..
    kalau makan banyak beranginlah badan...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt..
    mama nadz..
    peria pantai, pernah makan masa buat sayur lemak..hidangan ibu.tengah cuba2 belajar memasak, maklum la, jarang2 menempek di rumah..
    kat rumah ada juga tanam pokok ulaman ni, tp nak taknak je hidupnya..daun2 tak segar mcam mama tunjukkan dlam pic...

    moga-moga ayu akan pandai masak mcam2,..InsyaAllah..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  16. salam mama nadz....

    hui semangat , terkenang semasa dulu ...

    ummi pernah makan sayur lemak peria pantai tu ... kat rumah ummi di kampong ada pokok tu... tapi la ni tak tau le ada ke tak lagi kt belakang rumah...

    ReplyDelete
  17. pkk yang berbunga tu kalau tak silap saya namanya GARLIC VINE.. bunganya berbau bawang putih kan?

    ReplyDelete