Saturday, February 26, 2011

semakin sibuk sekarang

Assallamualaikum...
hari Khamis lepas sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah di sambut di sebuah kampung 1KM dari sekolah. Kami berarak dan berselawat ke Masjid di kampung itu yang terletak agak dalam. Sambil berjalan dan berselawat pagi itu, mama lihat kampung itu masih segar dengan suasana kampung..terhimbau mama macam zaman 60 an...dengan bukit, anak sungai, bentuk rumah dan suasana...indah ..scenic! gambar ini mama snap dari belakang masjid...semasa mendengar ceramah .

orang kampung bergotong royong menyediakan bahan untuk jamuan. Kebanyakkan mereka berbual dalam bahasa Siam. Lembu seekor yang disedekahkan oleh PIBG menjadi lauk untuk semua yang hadir, pelajar-pelajar sekolah dan waris.

Ibu-ibu waris pelajar juga membantu menyediakan gulai daging dan kerabu pisang muda yang sangatlah lazat. Inilah yang mama sangat suka tentang masyarakat di sini , bergotong royong dalam apa jua aktiviti sekolah. mereka membantu hingga selesai majlis. mama jua bersama mereka tetapi hanya berdiam diri, tidak dapat menyampuk bercakap atau memahami, kerana di kalangan ini boleh dikatakan mereka bercakap siam...
Adalah juga bertegur sapa dalam bahasa Melayu..tetapi telo siam lah...
Alhamdulillah..dapat juga mama buat satu N3...mama agak sibuk 2, 3 minggu ini..banyak sangat kerja..kerja sekolah dan hal-hal di rumah..cucu mamatok semakin besar dan memerlukan banyak perhatian..umminya dah pergi bekerja lalu mamatok dan babah yang mengasuhnya waktu mama ke sekolah mama hantar ke rumah jiran sebelah seorang guru pencen...masing-masing dah bercucu..Idris dapat kawan di situ..




Friday, February 11, 2011

Makan kenduri di Langkawi..reunion..

Minggu lepas, musim cuti Tahun Baru Cina, hari Ahad 6 Feb. mama ke Pulau Langkawi, memenuhi undangan kenduri seorang kawan(En Dali). Kawan mama itu adalah kawan sekelas, semasa di sekolah rendah, lamanya kira-kira 41 tahun tak pernah jumpa. Itu pun kami bertemu dalam facebook. Beliau menjemput mama ke kenduri putera sulungnya. Beliau menetap di sana dan telah pun pencen. Dulu beliau seorang pegawai polis yang agak berpangkat juga..
Dari rumah mama di kaki gunung Jerai ni, tak lah jauh sgt ke Jeti Kuala Kedah, mama dapat tiket feri pukul 10.30 pagi..jangan dikatalah, ramai sgt manusia, CNY ..maka bersesak di terminal feri...
Niat yang baik selalunya dirahmati Allah..mama dan babah dapat tempat di tingkat atas yang dikhaskan untuk satu package tour..ada dua seat kosong di situ..selesa hingga ke Pulau.
Mama juga call seorang lagi kawan mama yang tinggal di Langkawi juga, tentang kehadiran mama ini. Siap di jawabnya..
'Hang sampai Kuah, hang call aku, aku bagi kereta'.
Sampai di Kuah, siap menunggu CMN (ini kwn sekolah menengah dulu-dulu). Terus dibaginya kunci kereta dan katanya
' nanti hang habis round , hang call aku mai ambik keta..5 minit saja aku akan sampai'
Walau bahasa nya begitu , dari dulu mama tahu CMN ada lah seorang kwn yang perihatin dan baik. beliau bertugas di airport Langkawi.
Amatlah senang mama bergerak untuk ke rumah kenduri...Suasana kenduri meriah, kebanyakkan yang hadir adalah pegawai-pegawai polis..kumpulan kompang dan lauk pauk semuanya kerjasama dari polis-polis.
Tidak lama mama di rumah kenduri, berjumpa sahabat itu dalam sibuknya, walau amat baik, mama tahu beliau cuba melayan semua tetamu..tidak pun sempat bersembang lama ..Dan kawan itu En Dali sempat tanya.
.Naik apa dari jeti"...
CMN kwn menengah dulu bagi keta..
awat tak call saya, kereta aku 2,3 bijik..
En Dali sibuk, macam mana nak call..its ok..
Abis kenduri, kami berdua round shopping..ke RAM's, ke Idaman Suri, ke Ismail Group..beli juga satu set casserole dan cokelat ..hmhmhm dan akhirnya ambil feri pukul 5.30 dan nak balik
CMN datang, dia kata..
Hang lain kali mai Langkawi call aku..toksah sewa kereta..mahal
tumpang aku dok ada..kereta aku bkn pi mana..dok round pulau saja..
Dulu-dulu mai langkawi dok sewa van..habis beratus juga..

gambar kenduri atau kawan-kawan tak sempat pun mama snap..cuma ada gambar kat jeti Kuala Kedah dan Kuah saja..
Begitu mudah urusan ..dirahmati bila niat memenuhi undangan kenduri..
dalam doorgift..cenderahati dari rumah kenduri selain bunga telur,kuih muih dan cenderahati 2 key chain....ada sebotol minyak gamat.. pure Langkawi
terima kasih semua

Friday, February 4, 2011

Telah Dewasa dia

Cuaca sememangnya panas sejak sebulan dua ni di daerah, negeri Kedah. Dari tingkap dapur , mama dapat melihat padi telah mula menguning..hamparan emas..rezeki para petani. semuganya , tiada hujan lebat kerana padi yang mula menguning akan dapat dituai tidak lama lagi. Kalau hujan turun lebat, padi akan rebah... cuaca jadi terang dengan simbahan warna kuning menerjah suasana..pencahayaan dapur mama juga nampak bagus dengan limpahan warna alam itu..
Di pagi Jumaat yang mulia, mama masak pulut lemak kerana inilah favourite mereka untuk sarapan bila berkumpul ramai-ramai adik beradik sempena CNY. Semalamnya Fariq dah belikan 3 biji durian kat pasar malam..agak mahal , 3 biji 20 ringgit. Jadi pagi ni dapatlah mereka makan pulut lemak dengan durian. Kalau ada mempelam atau chempedak, lagilah suka mereka! Ummi Idris dan mama pula tak begitu gemar dengan pulut ni..jadi adalah mama buatkan bihun goreng..

Sebenarnya juga, hari Jumaat yang mulia ini, 4 Februari adalah genapnya umur 21 tahun anakanda bongsu mama , Iskandar. Amatlah dia rapat dengan mama, semasa sekolah menengah dulu, hanya bersekolah di mana mama mengajar, walau dapat tawaran kesekolah lain. Alhamdulillah Iskandar membesar dengan baik dan cemerlang pelajarannya. Sekarang Iskandar berada di semester akhir diplomanya...Belajar kejuruteraan perkapalan di Lumut.
Awal pagi, anakanda bongsu ini telah menikmati pulut lemak durian kegemarannya

Selamat hari jadi anakanda Iskandar yang ke 21 tahun.!