Cuaca sememangnya panas sejak sebulan dua ni di daerah, negeri Kedah. Dari tingkap dapur , mama dapat melihat padi telah mula menguning..hamparan emas..rezeki para petani. semuganya , tiada hujan lebat kerana padi yang mula menguning akan dapat dituai tidak lama lagi. Kalau hujan turun lebat, padi akan rebah... cuaca jadi terang dengan simbahan warna kuning menerjah suasana..pencahayaan dapur mama juga nampak bagus dengan limpahan warna alam itu..
Di pagi Jumaat yang mulia, mama masak pulut lemak kerana inilah favourite mereka untuk sarapan bila berkumpul ramai-ramai adik beradik sempena CNY. Semalamnya Fariq dah belikan 3 biji durian kat pasar malam..agak mahal , 3 biji 20 ringgit. Jadi pagi ni dapatlah mereka makan pulut lemak dengan durian. Kalau ada mempelam atau chempedak, lagilah suka mereka! Ummi Idris dan mama pula tak begitu gemar dengan pulut ni..jadi adalah mama buatkan bihun goreng..Sebenarnya juga, hari Jumaat yang mulia ini, 4 Februari adalah genapnya umur 21 tahun anakanda bongsu mama , Iskandar. Amatlah dia rapat dengan mama, semasa sekolah menengah dulu, hanya bersekolah di mana mama mengajar, walau dapat tawaran kesekolah lain. Alhamdulillah Iskandar membesar dengan baik dan cemerlang pelajarannya. Sekarang Iskandar berada di semester akhir diplomanya...Belajar kejuruteraan perkapalan di Lumut.
salam nadz.......... tahniah untuk Iskandar dan mamanya sekali.....hepy besday
ReplyDeleteDah besar anak bongsu mama. Nadz, suka tengok sawah padi. Di Melaka,kawasan yang dulunya sawah padi dah tukar menjadi taman perumahan, contohnya kawasan Durian Daun Dalam, Bukit Piatu, Semabok...
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDelete"HAPPY BIRTHDAY"
untuk anak bongsu kesayangan tu.
Padi menguning ya? .. dah lama betul Kak G tak melihat suasana begini.
Insya Allah, Kak G dapat melihatnya bila balik kampung sebelum hujung bulan nanti.
Assalamualaikum Mama Nadz
ReplyDeleteSELAMAT HARI JADI ISKANDAR
moga menjadi anak yg soleh
tahniah kerana pencapaian yg cemerlang dlm pelajaran, tahniah juga utk mamanya
Wassalam
salam...
ReplyDeletesedap makan pulut durian....
w/salam ibu guru,
ReplyDeleteterima kasih..
sama-samalah kita.
Salam kak Nora,
ReplyDeleteBanyak pembangunan dah di Melaka..dulu-dulu Melaka juga hijau dengan sawah padi..tapi di Melaka istimewanya rumah-rumah kayu yang berseni itu!
W/salam Kak G,
ReplyDeleteTerima kasih, sekarang dah sungguh menguning sawah padi..cantik !Pulanglah anak perantau...
w/salam Rozali,
ReplyDeleteTerima kasih,
semuga anak-anak kita akan cemerlang dunia dan akhirat..
w/salam Pak Long,
ReplyDeleteSedap....
anak-anak tersangat suka, tapi mama nadz ni takler minat sgt..angin!
Selamat hari lahir untuk si teruna itu...
ReplyDeletehehehehe...
sedapnya pulut durian... mana nak cari durian nih, dah teringin ni...
:)
Assalamualaikum mama nadz...
ReplyDeletepermandangan belakang rumah mama nadz cantik...
happy 21th utk putera bongsu mama..bg ayu, beliau anak yg baik dan soleh..semua hasil didikan mama nadz dan suami..tahniah..
moga Allah memberkati usianya...
wassalam..
Selamat Hari Lahir ke 21 putera bongsu mama Nadz...sorry lambat wish...asyik dok makan kenduri ja...tgk blog sat saja.....sedapnya durian.....
ReplyDeleteSalam mama nadz,
ReplyDeleteKakak tertinggal sebab cuti 4 hari langsung tak buka internet. Happy Birthday Iskandar. Moga bertambah matang dan beroleh kebaikan dari segala yang dikehendaki.
Makan pulut sampai tak nampak mama. Hehehe...
HARI INI 18/2/2011....HAPPY BIRTHDAY UNTUK MAMA NAD PULA....HOPE YOU'LL HAVE A PROSPEROUS LIFE,HEALTHY AND HAPPY WITH FAMILY MEMBERS,MEMBERS & RELATIVES.....BILA NAK BELANJA KAMI MAKAN...SAMBUT BIRTHDAY....HAA333...LAWAK JA...KITA ORG LAMA2 MANA NAK SAMBUT BIRTHDAY DAH NO....HARAP2 ANAK2 BELANJA KITA LA PULA KAN....
ReplyDelete