Friday, February 11, 2011

Makan kenduri di Langkawi..reunion..

Minggu lepas, musim cuti Tahun Baru Cina, hari Ahad 6 Feb. mama ke Pulau Langkawi, memenuhi undangan kenduri seorang kawan(En Dali). Kawan mama itu adalah kawan sekelas, semasa di sekolah rendah, lamanya kira-kira 41 tahun tak pernah jumpa. Itu pun kami bertemu dalam facebook. Beliau menjemput mama ke kenduri putera sulungnya. Beliau menetap di sana dan telah pun pencen. Dulu beliau seorang pegawai polis yang agak berpangkat juga..
Dari rumah mama di kaki gunung Jerai ni, tak lah jauh sgt ke Jeti Kuala Kedah, mama dapat tiket feri pukul 10.30 pagi..jangan dikatalah, ramai sgt manusia, CNY ..maka bersesak di terminal feri...
Niat yang baik selalunya dirahmati Allah..mama dan babah dapat tempat di tingkat atas yang dikhaskan untuk satu package tour..ada dua seat kosong di situ..selesa hingga ke Pulau.
Mama juga call seorang lagi kawan mama yang tinggal di Langkawi juga, tentang kehadiran mama ini. Siap di jawabnya..
'Hang sampai Kuah, hang call aku, aku bagi kereta'.
Sampai di Kuah, siap menunggu CMN (ini kwn sekolah menengah dulu-dulu). Terus dibaginya kunci kereta dan katanya
' nanti hang habis round , hang call aku mai ambik keta..5 minit saja aku akan sampai'
Walau bahasa nya begitu , dari dulu mama tahu CMN ada lah seorang kwn yang perihatin dan baik. beliau bertugas di airport Langkawi.
Amatlah senang mama bergerak untuk ke rumah kenduri...Suasana kenduri meriah, kebanyakkan yang hadir adalah pegawai-pegawai polis..kumpulan kompang dan lauk pauk semuanya kerjasama dari polis-polis.
Tidak lama mama di rumah kenduri, berjumpa sahabat itu dalam sibuknya, walau amat baik, mama tahu beliau cuba melayan semua tetamu..tidak pun sempat bersembang lama ..Dan kawan itu En Dali sempat tanya.
.Naik apa dari jeti"...
CMN kwn menengah dulu bagi keta..
awat tak call saya, kereta aku 2,3 bijik..
En Dali sibuk, macam mana nak call..its ok..
Abis kenduri, kami berdua round shopping..ke RAM's, ke Idaman Suri, ke Ismail Group..beli juga satu set casserole dan cokelat ..hmhmhm dan akhirnya ambil feri pukul 5.30 dan nak balik
CMN datang, dia kata..
Hang lain kali mai Langkawi call aku..toksah sewa kereta..mahal
tumpang aku dok ada..kereta aku bkn pi mana..dok round pulau saja..
Dulu-dulu mai langkawi dok sewa van..habis beratus juga..

gambar kenduri atau kawan-kawan tak sempat pun mama snap..cuma ada gambar kat jeti Kuala Kedah dan Kuah saja..
Begitu mudah urusan ..dirahmati bila niat memenuhi undangan kenduri..
dalam doorgift..cenderahati dari rumah kenduri selain bunga telur,kuih muih dan cenderahati 2 key chain....ada sebotol minyak gamat.. pure Langkawi
terima kasih semua

7 comments:

  1. assalamualaikum mama....


    apa khabar mama..
    sihat ke..
    harapnya mama sihat selalulaa ekk..

    dah lama tak gi langkawi..
    dulu2 pernah gak gi langkawi..
    memang best..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mama nadz,

    Bersyukur kebaikan kita ada kalanya org lain yg membalasnya. Kakak tahu iutlah mengapa perjalanan mamm & babah begitu mudah. Kerta pun siap org bagi pinjam lagi. Itu lorong yg Allah bagi sebenarnya....

    Best kan jumpa kawan lama. Mesti banyak cerita...

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah Allah swt mempermudahkan semua perjalanan...insyaAllah keikhlasan kita Allah swt jua yang membalasnya dalam apa jua bentuknya...kita tidak perasan!

    ReplyDelete
  4. Apa-apa pun. nadz, pesan orang Melaka 'hati mau baik be...'

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mama

    seronok nyerrrrrr
    Allah permudahkan
    Alhamdulillah

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Hmmm. Ingatkan Kak G yang p cuti saja la tak ada update! :)
    BZ?

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum kak G, kak Nora, kakzakie, Rozali,Cikgu Sonata dan anakanda cik Amy,

    Maaf. mama tak sempat membalas comments tempuhari dan hari ni baru nak menceriakan laman blog. Terima kasih kerana setia meninjau blog mama ni, kunjungilah selalu meramaikan blog yg terkadang dah sunyi sangat ni..
    Harap semuanya sihat walafiat ..jua mama juga..
    w/salam

    ReplyDelete