Mama masih ingat 13hb Mac yang lalu mama berada di Melaka dan pergi melawat Maktab Perguruan Perempuan Melayu , Durian Daun.(Sekarang IPG Kampus Durian Daun)
30 tahun dulu mama keluar dari maktab itu dan hari itulah mama menjejakinya semula. Kami yang hadir reunion itu terasa begitu hiba, pilu dan lepas itu rasa amat bersyukur dan gembira pula.
Berada di Melaka terasa sekejap sangat, kawan-kawan lama yang asal dari Melaka menjemput ke rumah mereka untuk sessi makan-makan..(gambar yang mama add dalam picasa dah jadi sangat kecik pula) Mama menghabiskan 4 hari 3 malam..rata-rata mama ziarah dari Melaka ke Seremban, ke Tapah, Kuala Kangsar dan Taiping . Menjengok dan menziarahi kawan-kawan lama se maktab.
Maka banyaklah bercerita selama itu..ada yang mengikut takdir, menapak dari satu peringkat ke satu peringkat dan menjadi guru besar cemerlang, menjadi penolong kanan,ada yang sehabis maktab menyambung ke peringkat universiti, ada yang keluar negara menyambung pelajaran, ada yang telah menjadi nazir sekolah, seronok bercerita..lebih2 lagi yang kini bergelar opah atau nenek..sangat-sangat seronok..32 tahun berpisah dan bila berjumpa...ada yang dah tak kenal wajah..
Yang sangat teruja bila kami semua telah tua-tua dan menunggu masa bersara...(ada kawan yang telah pun bersara!)..dan itulah takdirnya adab eberapa dari kawan-kawan mama semaktab telah pun kembali keRahmatullah..AlFatehah..
Anggerik ini ada lah hadiah dari seorang kawan mama dari Melaka. Semasa mengunjunginya, mama kagum dengan 'gardennya'..banyak sangat pokok bunga yang di tanam..Tak sangka pula beliau menghadiahkannya apabila mama asyik membelek-belek dan bertanya-tanya hal anggerik ini..sekarang dah berkembang kat laman mama..jadi mama paparkanya..wangi..