Kelmarin 19 hb, mama dan keluarga..bawa semua yang ada di rumah..pergi makan kenduri. Kawan mama masa muda-muda dulu itu mengadakan kenduri di sebuah hotel di Sungai Petani..(Di SP bukanlah banyak sangat hotel..) mama pergi akan lewat petang sebab sebelum itu telah ke 2 buah rumah kenduri di daerah mama.. Masa kami sampai dah tak ramai tetamu, jadi agak selesa memetik camera ni lagi pun warna temanya memang mama suka..
Faten (umi idris)dan Fateha juga nak bergambar..lihatlah cucu mamatok pun datang ke majlis kenduri...Idris dah berusia dekat 6 bulan..dah suka mencapai segala benda dekatnya dan memasukkan ke dalam mulut!Pagi 19 hb itu , mama jengah keluar tingkap dapur..nak lihat sawah yang dah mula ditanam padi .....mama nampak seekor bangau sedang mencari ikan..sempat mama ambil camera dan snap..bangau ni ada bulu dibahagian leher berwarna merah pekat a..sangat cantik..kalau ada DSR...tentu clear.. tak lama lepas tu bangau tu pun terbang...
Agaknya bangau ini tersedar apabila mama kuakkan tingkap sedikit...
(macam jeruk maman cara membuatnya).16 hb mama ke sekolah kerana ada kelas Tambahan tingkatan 6..lalu dapat tengok bunga Dangla ini..Pelajar yang membawa ke pokok itu dan menceritakan bagaimana tok -tok mereka membuat jeruk..
Pokok Dangla..masa ni bunga dah habis hanya tinggal yang atas-atas..mama terlewat mengambil gambar masa ianya riuh berbunga...
12 dan 13 hb Mac yang lalu , mama menghadiri reunion geng Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, di Melaka. Maktab kesayangan kami itu telah menjadi IPG, bertaraf Universiti. Kami disambut mesra oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG itu..30 tahun dahulu mama menghuni di situ, dan inilah berjumpa balik..Mama menghabiskan 1 hari bermalam di Rumah Puspanita Melaka dan 2 malam di rumah kawan-kawan ...Sangatlah seronok berjumpa kawan-kawan lama Ada yang dah jadi Opah, nenek, Tok atau mamatok, dan ada yang berpangkat Datin, Penolong Kanan....kebanyakkannya Guru Besar sekolah.

Assalamu'alaikum mama Nadz,
ReplyDeleteHari ini mama dah kembali ke sekolah. Seminggu rasa tak puas ye mama.
Moga mama diberi kesihatan utk terus menjalankan tugas.
Diam tak diam Idris dah 6 bulan... :)
Assalamualaikum Mama
ReplyDeletepenuh aktiviti
seminggu mukin tak cukup
Wassalam
w/salam kakzakie,
ReplyDeleteCuti berlalu cepat..betul..tiba-tiba kerja sekolah berlambak2 pula..
ye..Idris pun rasa cepatnya membesar..dah boleh meniarap dengan baik..
w/salam Rozali,
ReplyDeleteseminggu tak cukup..tetapi dah kerja kerajaan..macam tulah..heheh
Nak cuti lama..kena tunggu time pencen..
Apa kabar Rozali dan keluarga?
saya suka jeruk bunga dangla. dulu2 arwah mak selalu buat. pokok ada ayah tanam kat tanah dia. sedap...
ReplyDelete