Sunday, March 27, 2011

Berjumpa di Melaka

Mama masih ingat 13hb Mac yang lalu mama berada di Melaka dan pergi melawat Maktab Perguruan Perempuan Melayu , Durian Daun.(Sekarang IPG Kampus Durian Daun)

30 tahun dulu mama keluar dari maktab itu dan hari itulah mama menjejakinya semula. Kami yang hadir reunion itu terasa begitu hiba, pilu dan lepas itu rasa amat bersyukur dan gembira pula.


Berada di Melaka terasa sekejap sangat, kawan-kawan lama yang asal dari Melaka menjemput ke rumah mereka untuk sessi makan-makan..(gambar yang mama add dalam picasa dah jadi sangat kecik pula) Mama menghabiskan 4 hari 3 malam..rata-rata mama ziarah dari Melaka ke Seremban, ke Tapah, Kuala Kangsar dan Taiping . Menjengok dan menziarahi kawan-kawan lama se maktab.


Maka banyaklah bercerita selama itu..ada yang mengikut takdir, menapak dari satu peringkat ke satu peringkat dan menjadi guru besar cemerlang, menjadi penolong kanan,ada yang sehabis maktab menyambung ke peringkat universiti, ada yang keluar negara menyambung pelajaran, ada yang telah menjadi nazir sekolah, seronok bercerita..lebih2 lagi yang kini bergelar opah atau nenek..sangat-sangat seronok..32 tahun berpisah dan bila berjumpa...ada yang dah tak kenal wajah..

Yang sangat teruja bila kami semua telah tua-tua dan menunggu masa bersara...(ada kawan yang telah pun bersara!)..dan itulah takdirnya adab eberapa dari kawan-kawan mama semaktab telah pun kembali keRahmatullah..AlFatehah..


Anggerik ini ada lah hadiah dari seorang kawan mama dari Melaka. Semasa mengunjunginya, mama kagum dengan 'gardennya'..banyak sangat pokok bunga yang di tanam..Tak sangka pula beliau menghadiahkannya apabila mama asyik membelek-belek dan bertanya-tanya hal anggerik ini..sekarang dah berkembang kat laman mama..jadi mama paparkanya..wangi..



Anggerik dari hutan pun cantik menghiasi halaman...

9 comments:

  1. Salam mama.

    It's always nice to meet up with old friends....yang sama2 belajar dan sama2 susah dulu...saya pun masih lagi berhubung rapat dengan kawan2 lama

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..

    cantiknya di anggerik..penyeri laman setiap kediaman...rasanya jarang sekali ayu tengok jenis bunga ini..thanks mama nadz, berkongsi gambar di sni..Wassalamm

    ReplyDelete
  3. salam mama nadz

    tentu seronok bertemu kembali kawan lama

    last year, rakan2 sekolah saya di High school ada buat perjumpaan selepas hampir 20 tahun tak jumpa lps tamat SPM,

    hampir semua mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara lps spm , saya je dok bancuh simen hehehe

    tapi saya tak pergi krn beberapa sebab antaranya saya lebih suka "low profile" dan biarlah dalam ingatan mereka yang saya seperti 20 tahun yang lalu

    tapi mana2 yg rapat betul , saya ada hubungi mereka baru2 ni

    ReplyDelete
  4. w/salam uncle,
    ya, betul tu..tersangatlah seronok..
    masa muda2 ..belasan tahun...tau-tau jumpa umur dah melebehi 50 tahun..bayangkan..banyak bercerita mama dgn kawan2..

    ReplyDelete
  5. w/salam Ayu,
    datanglah ziarah pondok mama ni..tumpang anggerik tu masih berkembang...

    ReplyDelete
  6. W/salam Pak Itam Rezeki,

    Sangat seronok Pak Itam..bertemu kawan2 lama ni..masa berjumpa semua rasa sama saja walau ada yg dah datin atau taraf telah tinggi. sebab kami semua adalah asuhan dari mppm..
    Low profile pula Pak Itam..dah bertapak kukuh tu..

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum mama,

    Kakak baru balik semalam. Dan baru ligat bw. Dah tiba Melaka pun mamam kenapa tak teru lajak ke JB? Dah dekat tu.

    Anggerik tu memang cantik. Kakak pun terpikat.

    ReplyDelete
  8. teringat abah IM yang jiran-jiran kagum kerana anggerik yang ditanamnya berbunga dengan cantik sekali.

    ReplyDelete
  9. hai mama.......apa khabar..
    lama mama menyepi tak singgah blog ekk..
    takpe...harapan moga mama sihat selalu...

    ReplyDelete