Saturday, April 16, 2011

Dari kebun pula




Assallamualaikum.

Babah balik dari kebun. Ada 2 tandan pisang di atas motor..lepas tu babah pergi lagi ke kebun, lagi 2 tandan pisang di bawa balik.. Amboi banyak pulak pisang yang dah tua di kebun..

Babah kata kalau dibiarkan..nanti2 ada orang berkenan, mcm selalu, kita biarkan biar masak sebiji dua, esoknya lihat tinggal pokok saja..pisangnya dah di cantas!..dah berapa kali terjadi , begitu juga dengan kebun2 disekitar..banyak juga kejadian mencuri hasil tanam orang.. Ada satu jiran kat kebun mama, abis ditebangnya pokok-pokok pisang kat kebun nya itu, kerana buah pisangnya sering dicuri..geram katanya..bila ditebang..siapa pun tak payah makan ..marah sangat dia.

kalau masak serentak..jenuh makan !
Tak apalah..nanti kita sedekahkan kat jiran-jiran dan kawan-kawan kat sekolah..........

Dan mama pun ambil beberapa biji ..nak menggulaikannya dengan ikan masin kering.. untuk hidangan tengahari hari ni....gulai tumis darat....

sesaja nak tunjuk gulai tumis darat mama ni

kata anak-anak..gulai pesyen lama....tapi sedap!

dulu-dulu gulai pisang di masak waktu pagi pada hari kenduri untuk menyorok!..geng-geng gulai pisang untuk menyorok adalah sambal belacan dan ikan tamban kiat.(special word to Kedahan)

10 comments:

  1. Salam,
    Berbudi pada tanah, inilah hasilnya...pisang yang lebat buahnya, boleh pula disedekahkan kepada jiran-jiran. Gulai lemak pisang juga popular di Melaka dan lawannya sudah tentu ikan kering goreng serta sambal belacan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.......... baru jer sembang kat kantin sek tentang istilah "menyorok" bagi org kedah ........ adik2 yg muda2 ketawa ...... beza sungguh kata mereka makna yg diberi oleh DBP dengan istilah org kedah......

    ReplyDelete
  3. tanam pisang rapat rapat'
    biar senang puyuh berlari,
    kalau dah banyak pisang dapat,
    bagi lah sikit kat ibu_suri...

    p/s: ibu_suri selalu makan pisang dan betik supaya mudah buang air besar..

    ReplyDelete
  4. w/salam kak Nora,

    oh serupa juga yer menu dengan gulai pisang ni..
    Pisang yang banyak ni, selalunya mama sedekahkan kat jiran-jiran dan juga kat kawan2 sekolah. Pisang abu, pisang awak nipah, awak legor..sedap di goreng bila masak...

    ReplyDelete
  5. w/salam cikgu..ibu guru,
    Kekadang mama nad selalu guna bahasa kedah macam ni, nak bagi anak-anak tahu, kayanya bahasa utara!
    itu pun belum sebut gon dan kahaq...depa anak2 suka dan gelak kalu dok sebut bahasa Kedah ni..

    ReplyDelete
  6. salam insan marhaen,

    Pisang abu, pisang kelat,
    Masak ranum tak tebang lagi,
    kalaulah rumah kita ni dekat,
    tentu mama nadz hantar bagi...

    semuga ibu_suri diberi kesihatan yang baik selalu..insyaallah.

    ReplyDelete
  7. Aslmkm.
    Lama kita saling tak berkunjung ya. Masa rasa macam pendek sangat ... selalu tak sempat! Tapi kalau rakan blogger singgah di laman Kak G, sedaya upaya Kak G berkunjung balas juga.

    Hmmm ... biasa gitu la! Banyak juga orang yang ambil short-cuts cenggitu!
    Tu pasal ler tanah dusun Mak kat Kedah tu dijual ... simpan saja, hasilnya hampir tiada. Dulu2, kekadang pawah. Bila Ayah sudah kurang sihat, Mak Kak G pun jual.
    Sekarang berkebun santai2 jer depan rumah. :)

    ReplyDelete
  8. asslamualaikum mama...
    Tetiber teringat kat pengat pisang :) NGeeee

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum mama nadz,

    Banyak pisang babah tanam. Gambar no. 3 kakak panggil pisang nipah kalau goreng sedap....

    ReplyDelete
  10. sedap nya gulai pisang..dah lama x makan mcm tue...

    ReplyDelete