Bunga tongken berkembang
sebesen bunga yang telah di petik
kerisek
cabai..ini mama ambil dari pokok yang ditanam kat tepi rumah ada 4 biji saja
setelah di celur dan digaul dengan perencahnya..maka dapatlah banyak itu kerabunya untuk hidangan tengahari ni 31/5/2011
sebesen bunga yang telah di petik
kerisek
cabai..ini mama ambil dari pokok yang ditanam kat tepi rumah ada 4 biji saja
setelah di celur dan digaul dengan perencahnya..maka dapatlah banyak itu kerabunya untuk hidangan tengahari ni 31/5/2011
"Hari ini mama tengok banyak sangat bunga tongken berkembang.Bergugus-gugus. wangi. mengharumkan laman.
Kata kawan mama kalau buat kerabu rasanya sedap.Berkhasiat lagi
Ada seorang kawan Cina ada bagitahu, digoreng dengan telur pun sedap.
Mama hanya rajin mengunyah bunga ni sahaja , macam makan jamu..
Khasiatnya..elakkan mata rabut, awet muda..
macam kerabu taugeh saja cara membuatnya
Rasanya superb..sedap..
Jadi kawan-kawan mama, bloggers yang dihormati sekalian yang membaca, jomlah tanam pokok tongken kat pagar rumah, kat pergola, kat wakaf ke..selain harumnya mengimbau di laman, boleh dijadikan santapan juga.
Indahkan halaman, ..
hai mama...sedap ke kerabu tu...tak penah makan lagi ni
ReplyDeletePertama kali saya dengar bunga tongkeng. Bunyi bahasa cina. Small and cute, harum pula. Mesti pergi cari di nurseri.
ReplyDeletesalam ziarah mama :)
ReplyDeleteI would love to try this kerabu dish.
ReplyDeletesalam Anakanda Cik Amy,
ReplyDeleteSedap kerabu ni..amat sesuai untuk wanita..awet muda...
Susahla nak jumpa pokoknya sebab agaknya semakin pupus.
Mama pun dah lama membelai menamnya dan alhamdulillah subur menjalar..dan banyak bunga..nanti2 visit mama..kalau berbunga mama hidang kerabu tu..
Salam Hajah Noralenna,
ReplyDeleteTak tahulah kat tempat lain disebut bunga apa. Tapi masa mama nadz ziarah Melaka tempuhari, ada mama bawa kan anak pokok ni katt cikgu Missnah di Melaka..Missnah sebut tongkeng juga..
rasanya kat nursery tak ada jual..pokok ni dah jadi pokok nadir.
w/salam Suzie'
ReplyDeleteterima kasih ziarah mama..sudi-sudilah selalu..
Dear Sin Tai Lim,
ReplyDeleteIf you ring the bell at my door, I will prepare it for u..( if the flower season still)..
assalamualaikum mama,
ReplyDeletetak tahu pula bunga tongkeng ni boleh dimakan, saya suka petik bunga ni dan letak dalam bilik.. segar baunya
Aslmkm.
ReplyDelete1st, maaf ya kerana berlipat waktu baru Kak G dapat ke sini.
Masa kecil2 dulu, selalu juga Kak G makan. Baunya sedikit menyusuk!
Kak G kepingin makan kerabu bunga dedap! Sekarang bunganya sudah pupus.
Assalamualaikum mama nadz,
ReplyDeleteKakak tak pernah makan dan tak tahu pun nama bunga ini. Baru tahu hari ini. Ketinggalan betul kakak kan...
Asalamualaikum mama nadz..
ReplyDeleteHari ini 2.5.2011. Semua isi rumah pergi kenduri. Tinggal kami saja anak beranak. Bukan tak nak ikut tapi dah rasa segan..barangkali dah lama tinggalkan kampung.
Teringat akan gerai ikan bakar dekat Padang Lalang, kuala sungai. Nampaknya lauk makan tengahari disitulah. Tapi yang tidak dapat ditinggalkan Ikan keli bakar dan kerabu taugeh...
w/salam ibu intan.
ReplyDeletebetul..boleh buat potpuri campur dgn bunga kesidang dan cempa.
w/salam Kak G,
yerla mama pun teringat kerabu bunga dedap, mana nk cari, kekadang tengok ada pokok dedap tapi specis yg hibrid, lain benar dari dedap yg zaman dulu yg pokoknya besar pemelok tu..
w/salam kakzakie,
itulah, kalau sikit sayang la nak buat kerabu, tapi bila dah banyak berjuntai, buat juga..sangat bagus kerabu herba ni
W/Salam Cikgu Mohamad,
Sebab tak balik lama lah kena gi makan kenduri tu..berkenal2 dgn orang kampung..kenduri ni bukan untuk jamuan makan saja..tetapi mengeratkan ukhwah..
Kedai kat Padang lalang tu mama tahu jugalah..sebab mak mentua org gunung.
mama nadz
(entah kenapa blog mama hari ni tak boleh sign in )