Monday, May 2, 2011

sirih pinang

sirih pinang
putri mama.. Fateha


Hari Ahad, Hari Pekerja 01.05.2011 ..mama sekeluarga agak sibuk dari pagi menyiapkan pelbagai benda dan perkara. Masak (adalah masak yang special sikit sebagai tambahan), yang lain memperelokkan dalam rumah dan juga membersih laman...



Majlis bermula pukul 4 petang.

dengan keharuman kesidang, tongken, kenanga dan jasmin..



Puteri mama telah selamat bertunang. Majlis yang beradat elok, berlangsung dalam suasana tenang di dalam rumah, dan kemudian meriah di laman untuk menjamu selera sempena selamat sejahtera semuanya.


Puteri mama dua orang saja. Yang kakaknya dah pun menjadi umi Idris..dan Fateha pula kini dalam fasa baru. yang hero-hero mama entah bila..semuanya mengejar kerjaya..

sebagai ibu, tentu mama rasa sayu tetapi bersyukur kerana jodohnya telah tiba. Majlis perkahwinan akan berlangsung sebelum akhir tahun.

sekejap saja masa berlalu, tiba-tiba Fateha yang manja itu telah sampai masa-masa indahnya..

8 comments:

  1. tahniah buat puteri mama...semoga dia akan bahagia ...juga buat mama semoga bahagia dan ceria....


    lama mama tak singgah...

    ReplyDelete
  2. cik amy, mama sibuk sikit..dan blog cik amy bertukar kan..nanti mama senang mama tengok yer..jangan marah tau
    ini mama ni

    ReplyDelete
  3. Asslamualaikum mama nadz,

    Tahniah Fateha....

    Kakak tumpang gembira dan moga majlis dirancang akhir tahun ini akan terlaksana.

    Cantik puteri mama ye...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ...

    Alhamdulillah dan tahniah...

    semoga Fateha bahagia menuju ke alam rumahtangga.

    ReplyDelete
  5. IM pun dah mula terasa kehilangan Angah yang baru saja diijab qabul semalam.

    ReplyDelete
  6. w/salam kakzakie,

    Terima kasih . Insyaallah..cadangnya hujung tahun ni.

    mungkin sebab mamanya lawa kot, tu sebab puteri mama pun cantik hahahha

    ReplyDelete
  7. w/salam ummi,

    Terimakasih. insyaallah

    ReplyDelete
  8. salam IM,
    tahnaih buat Angah jua. Semuga mereka dirahmati dalam semua perkara yang dilalui..alhamdulillah.

    ReplyDelete