Lalu..mama ke tepi rumah , petik daun-daun kaduk yang menghijau segar, lebih kurang ...
Sambil tu ambil sedikit daun cendehom (lupalah org selatan sebut apa daun ni)
yang baru nak tumbuh sendehom tu..
4,5 pokok daun pudina
Masuk ke dapur terus nak masak..biar awal sedikit
Ikan cencaru ni mama buang jacketnya kerana nak mudahkan masa makan..dibelah bahagian belakang dan disumbat dengan bahan-bahan seperti hirisan daun kaduk yang telah digaul dengan sambal (sambal mcm sambal belacan tapi diletakkan bawang merah)
mama kemaskannya dengan daun pandan, selalunya mama guna daun kunyit..hari ni mama nak tukar keharuman....mama guna kuali lama-lama untuk digoreng dengan api perlahan dan sedikit saja minyak..
wangi, dan sedap...
ikan yang dimasak macam ni adalah kegemaran kesemua anak-anak..mahu diratah-ratah..
Cuti sekolah dah pun nak berlalu..dah pelbagai kerja dilakukan musim cuti ni..yang seronok tentulah anak yang bercuti, dapat makan pelbagai makanan yang mama suka sediakan dari tumbuhan yang ada kat laman atau dari kebun atau juga dari kawasan persekitaran..dan mereka suka menu-menu yang macam ni..sesekali adalah anak yang bongsu minta mama buatkan spagheti
Assalamualaikum Mama Nadz
ReplyDeletebiasa isteri saya buat sambal kelapa dan sumbat dlm ikan
lain kali nak cuba resepi mama tu
Wassalam
w/salam Rozali,
ReplyDeleteBetul tu..sambal kelapa pun sedap..
Tapi cubalah juga cara macam ni..boleh rasa kelainan..dan kata orang daun kaduk ni awet muda.
Selamat mencuba
Salam Mama Nadz,
ReplyDeleteKalau di Johor daun sendehom tu dipanggil daun kesum atau mungkin kakak salah (sebab kakak ni bukan pandai sangat masak, he..he...)
Kalau ikan bakar mama di hidang dalam keluarga kakak mesti tak cukup. Teringin pulak nak makan ikan bakar style mama. Mesti sedap....
Aslmkm Nadz (OK ya or kena pangey Mama Nadz jugak ka?).
ReplyDeleteTQ kerana follow Kak G ya. Nanti Kak G follow balik sebagai sokongan moral ya.
Sebenarnya awalnya tadi b4 U tinggal komen, Kak G dah klik kat gambar, tapi tak ada direct link la pulak ... cuba check ya: bukan apa ... kadang2 ada rakan blogger nak follow dari site yang mereka lawati dimana U juga follow ... kalau tak ada direct link susah kan?
Kak G suka kerabu kaduk & minuman pudina. Ada la tanam pokok2 tu juga. :)
Nadz memang orang Kedah & duduk di Kedah ka? Kat mana? Kak G pun lahir & besar di Kedah jugak.
Salam Mama Nadz,
ReplyDeleteTolong bagi address mama boleh tak? Email pada zakiepurvit@hotmail.com
w/salam kakzakie,
ReplyDeleteBetul namanya daun kesom..lupa pula hari tu..kat Kedah tempat mama kami sebut daun cendehom, ada yg sebut cenehom..biarlah janji itulah daunnya..
Ikan Bakar ni macam biasa saja cuma ditambah daun kaduk untuk bahan sambal tu..Nak rasa kena mai Kedah la...
W/salam Kak G,
ReplyDeletePanggil mama nadzlah..mama ni dah nak pencen dah ni...
Mama orang Kedah asal dari daerah Kulim tapi dah menetap dikaki Gunung Jerai ni..tentu tahukan pekan kecil dikaki gunung Jerai yg mengadap kelaut ni..
Itulah mama nadz tengok N3 Kak G, macam-macam pokok herba ada dirumah kakG dan pandai pula kak G tentang kegunaannya..masak pun pandai..orang Kedah memang macam gitu pandai masak kan!
Macam mana nak buat direct link tu...
Sakam Nadz...
ReplyDeleteLama tak makan kerabu daun kaduk.. sedap. Rindu juga masakan di sana, insyaAllah nanti balik nak makan puas-puas..