Pagi ni mama merakam beberapa bunga yg berkembang di laman rumah..sesaja untuk menceriakan kamera yang dah lama berdiam diri..selepas balik dari Medan mama banyak berlegar kat kawasan rumah..cuma ada sekali mengunjungi sahabat lama di Kuala Kangsar.. musim cuti ni..mama banyak merehatkan otak dan tenaga badan..
Jom kita tengok bunga mana yang berkembang kat laman atau senangnya apa yang sempat mama click-click..
1. nenas batu..katanya boleh dibuat ubat batu karang..tapi mama tak pernahlah lagi mengambil untuk itu..
2.
bunga kertas yang tak pernah mungkir..sentiasa ada warnanya kat laman..
3. Rose..yang ini pun..sentiasa ada aja yang berkembang kat sudut rumah..bunga fav puteri mama..
4. Mami jarum..dibiarkan kembang begitu..biasa-biasa saja.
5. heleconia..kata kawan..namanya 'king mongkut..entahla..sentiasa berjurai kat tepi rumah..
6. Bunga ni mama panggil 'anak dara hindu'
wangi semerbak laman..
7.Alamanda hibrid siam ni..mcm plastik warna dan fizikal..besar pula..
8. kenanga..pokok bunga yang paling lama di laman, mula tanam 30 tahun yang lalu..masih hidup dan berkembang di dalam pasu dihadapan rumah..
8. bunga kertas ni hidup sepasu dengan mami jarum..
9..orkid biasa-biasa saja di rumah mama
ros merah ka depan laman...
Cantiknya.
ReplyDeleteRajin mama jaga pokok-pokok bunga ni
salam,
ReplyDeletesubhanallah, cantiknya. Pandai penembaknya, tepat
Assalamualaikum Mama
ReplyDeleterajin membelai-belai pokok22
moga pokok itu mendoakan untuk mama yg terbaik dlm semua urusan
Wassalam
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteindah sangat...
suka sgt..
ciptaan Allah..
mostly yang menjadi kesukaan rose & orchid..
wassalamualaikum,..
Salam Mama Nadz,
ReplyDeleteHalaman rumah mama luas. Banyak pokok boleh tanam. Rumah kakak tiada ruang tanah yang membolehkan tanaman ini semua.
Dua hari lepas kakak petik bunga kenanga di kampung campur dengan daun pandan masuk dalam pouch sangkut dalam kereta. Wanginya semerbak hingga anak no. 2 kakak mabuk.
Ala... cantik semuanya bunga2 mama. Mama rajin...
salam mama...
ReplyDeleteummi baru je balik dr kampong , alahai terlepas ler nk jenguk rumah mama , tp ummi tak de no. tel untuk berhubung dgn mama....
Salam suara kalbu,
ReplyDeleteBukannya rajin sangat pun, cuma bila dah ditanam kena jaga lepas tu minat dan terus mencari yang lelain..
w/salam AZ,
ReplyDeleteTerima kasih..alhamdulillah..tak ler penembak tepat..kamera auto..gitu-gitu saja..tapi bila berwarna warni nampak cantik..
W/salam Rozali,
ReplyDeleteInsyaallah, semuga pokok mendoakan kita semua umat manusia yang mencintai mereka..
Makin banyak banyak pokok kita belai maka makin banyak doa terhimpun..alahmadulillah..insyaallah.
w/salam Hidayu,
ReplyDeleteKalau suka..jom tanam banyak-banyak..Rose lah yang sangat istimewa..harum asli...
w/salam kakzakie,
ReplyDeleteRumah mama halamannya tak luas mana..rumah taman juga..cuma lot banglo..rumah gaya dulu-dulu..halaman itu mama padatkan dengan pokok bunga saja...pokok buah-buahan mama tanam kat kebun di kaki gunung.
Wangi kenanga tengik sikit..kalau boleh padankan dengan melor atau rose...Insyaallah kalau di izinkan mama boleh bagi daun nilam(tengok n3 terdahulu)daun ni wangi kakzakie..letak dalam kereta baunya macam ada pulut serikaya..harum..Kurniaan Allah.Insyaallah semoga pokok Nilam tu subur dan segar serta akan berdaun lebat..
w/salam Ummi,
ReplyDeleteitulah dah baca N3 Ummi..pergi Titi Hayun...
Kalau tidak boleh singgah rumah mama yang semak samun ni...dan menjenguk cucunda yang makin cerdik dan comel..