Monday, December 6, 2010

majlis

Bila musim cuti begini..mama nadz ingin sempurnakan apa yang telah tertangguh. Baby Idris dilahirkan pra-matang dengan 1.6 kg sahaja, jadi banyak masanya adalah berada di hospital dibawah jagaan pakar kanak-kanak. Puteri mama(umi baby) begitu juga, berulang alik dan tinggal di hospital. Sekarang baby Idris telah berusia 2 bulan dan kelihatan segar dan sihat. Kelmarin mama adakan sedikit majlis cukur rambut baby.
Puteri mama yang berpantang macam mama juga dulu-dulu, bermandi herba setiap pagi dengan rebusan berupa daun-daun yang terdapat di persekiran daerah kampung -daun pisang kering, daun capa, daun kunyit, daun inai, daun kapur,daun pandan dan pelbagai lagi..wangi semerbak rumah mama setiap pagi bila rebusan itu mendidih. Kadangnya mama campur juga dengan bunga-bunga yang ada kat taman mama. Dan puteri mama mengikutnya tanpa banyak soal, berulamkan pegaga dan ulam2 lain untuk kesihatan dalam setiap hidangan. mama juga menjemput seorang wanita (bidan ) untuk menungku dan mengurut puteri selama beberapa hari dan juga memandikan puteri dihari ke 44 pantangnya..dan juga kelmarin untuk majlis cukur rambut baby Idris.
Daun keladi untuk diletakkan rambut baby yang telah dicukur.
Pinang, kapur dan gambir


sirih..(dipetik dari taman mama ni)


Baby Idris pada hari sabtu 4/12/2010
( .... Kak Zakie yang nak sangat melihat baby Idris....)



Kelmarin 5/12/2010..baby Idris dah tak ada rambut...
baby Idris hanya minum susu ibu dan cepat membesar..alhamdulillah..tidak banyak ragam dan kerenah walau dilahir pra-matang..Sekarang dah pandai senyum -senyum...




20 comments:

  1. Salam Maal Hijrah Mama Nadz

    comel nyer baby Idris
    hensem bila dah botak ...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam Rozali,
    Kalau ada award , tentu Rozali yang akan dapat..
    Terima kasih....baby comel sebab ikut mamatok dia kot..hehehhe
    Bila nak mai ke Kedah ?

    ReplyDelete
  3. mama nadz, baby idris tu cucu mama no brape?
    Salam Maal Hijrah, saya de tgk gambar mama nadz ke Medan, 22 Nov tu adalah tarikh saya ke Medan juga, tapi, ramai ckp Indonesia cuaca buruk, lalu saya batal kan trip saya ke sana, bile tgk gambar Mama ke Medan, agak frust la tak dpt pegi...takde rezeki saya....

    ReplyDelete
  4. comelnya cucu mamatok... nampaknya nanti mamatok tak senang nak ke sekolah ni...baby Idris nak dengan mamatok nya aje !

    ReplyDelete
  5. salam eMMe,
    Baby Idris cucunda pertama mama nadz.
    Sebenarnya ramai kata mcm tu..cuaca kat Medan tak bagus kerana tempias habuk Merapi..tapi bila kita pergi sana..biasa saja..mcm biasa juga..mungkin sama mcm cuaca di KL sana..
    Lain kali pergila untuk melihat tempat orang ..lepas tu mesti tak nak pergi dah...letih dengan gelagat manusia di Medan..hehehehe

    ReplyDelete
  6. salam cikgu Sonata,

    Cucu mamatok ni rapat ngan datuknya..dengan mamatok tak la sangat sebab mamatok ni sibuk memanjang...

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan Nadz,
    Tahniah mendapat cucu...ke berapa ye?

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan juga buat Kak Nora,

    Ini cucu pertama dari anak kedua..yang sulung belum berkahwin..masih mengejar kerjaya...

    ReplyDelete
  9. Salam mama nadz,

    Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga menatap wajah sicomel Baby Idris tu. Umi Putri mesti gembira bila melihat perkembangan Baby Idris dari 1.6kg hingga montel macam tu.

    Sekarang kakak di rumah. Anak-anak semua turut gembira dan berkata "Comelnya mama. Suka lihat pipinya". Terima kasih kerana dapat memaparkan majlis bercukur baby Idris. Moga dipermudahkan dalam membesarkannya.

    Salam buat Umi Putri. Dah merdeka!! boleh makan rendang dll. He...he...

    ReplyDelete
  10. w/salam kakzakie,
    Terima kasih kerana menziarahi blog mama nadz dan doa itu.
    Begitulah harapnya moga dipemudahkan dalam membesarkannya.

    ReplyDelete
  11. Salam Mama Nadz,

    Kakak datang lagi ank tengok baby Idris. Rambut dia dalam daun keladi tu mama timbang ke? Lepas tu anggaran harga emas berapa ringgit. Duit tu sedekah kepada fakir. Moga berkat. Nanti dah tumbuh rambut baru tunjuk lagi ye mama.

    ReplyDelete
  12. As Salam nadz

    Sekarang bila lihat nama nadz...ingat cucunya...
    dulu ingat bunga2an...

    Alhamdulillah moga cucu n neneknya dirahmati Allah selalu ya...

    Wslm.

    ReplyDelete
  13. w/salam kakzakie,
    Terima kasih. Insyaallah , bila baby dah nampak handsome ngan rambutnya..pasti mama nadz paparkan.

    ReplyDelete
  14. w/salam kak Su,

    Terima kasih atas doa itu..
    Bunga-bunga pun masih berkembangan di taman dan akan ada N3 baru nanti tentang bunga yang baru berkembang!
    Terima kasih kerana ziarah blog mama.

    ReplyDelete
  15. salam mama

    hehehe comel bila botak

    ReplyDelete
  16. salam mama......

    waaa....lama tak singgah sini..
    apa khabar...mama sihat??
    comelnya baby idris ni..so cuteee...

    ReplyDelete
  17. w/salam Pak Itam,

    Bila botak nama mature gitu..
    Tapi sekarang dah pandai senyum2..

    ReplyDelete
  18. w/salam anakanda Amy,
    terima kasih,
    Mama sihat..sibok ja sekarang mama pun..dah jadi mamatok ni..banyak kerja pula..
    Apa kabar dan masih bercuti?

    ReplyDelete
  19. Salam fadz di Impian Murni,

    Idris is so cute...mcm you kata..sebab mak dia comel dan mak tok dia pun lawa..hahahah
    thanks for a visiting

    ReplyDelete