Wednesday, November 14, 2012

Buah Tongkeng


Assallamualaikum,
Bunga-bunga tongkeng mama biarkan berkembang sekarang ni..kerana akhirnya bila kelopaknya gugur..akan tumbuh buah. Alhamdulillah. Telah beberapa kali kedapatan buah tongkeng pada pokok tongkeng mama. mungkin sudah matang pokok ini, tak pernah sangka pula ada buah.  Bila buah ini dah cukup masak dan kering, ianya akan meletup seperti buah kekabu atau buah getah...sebab itulah terdapat sangat banyak anakanak  pokok tongkeng di sekeliling pokok ini sekarang..rata-rata-rata dah tumbuh..maka banyaklah bunga tongkeng di laman mama nanti ..akan harum bila berduet dengan kesidang@kerak nasi.

gambar ni ialah buah tongkeng yang belum matang atau belum kering, mungkin 3,4 minggu lagi akan tua dan boleh dibuat semai.


Ada seorang pembaca blog mama, sangat teringin akan anak pokok tongkeng, mungkin sebab itu juga mama  paparkan buahnya kerana anak pokok sukar nak di pos..buah@biji benih dapatlah mama bungkuskan.. biarlah rata ia berhijrah mengindahkan bumi..sebagai pokok nadir ianya tak akan pupus....nanti bila buah ini dah matang@kering mama akan petik.

Ini bunga-bunga tongkeng...terkadang dikerabukan, dibuat ulaman atau dicampur dalam telur dadar..berkhasiat.

Dulu-dulu arwah mama nadz , karangkannya dan lilit disanggul..semua itu kenangan..kewangian tongkeng dan kerak nasi menghimbau kenangan pada emak dan ayah pula  Alfatihah di tahun baru Maal Hijrah

W/salam semua. Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.  


Tuesday, November 13, 2012

Nasi Daun Lemuni


Assallamualaikum,
Mama Nadz pagi  ni sediakan nasi daun lemuni untuk sarapan seisi keluarga. sementelah anakanda Fateha masih dalam pantang, apabila menyediakan nasi ini untuknya, mama Nadz masak lebih, jadi semua dapat menjamu selera. mama letak sedikit saja santan, kalau bukan untuk orang pantang, pastinya santan dilebihkan supaya sedikit lemak. Sejak beliau dalam pantang mama nadz sudah 2 kali menjamunya nasi yang berkhasiat ini. Daun ini juga digunakan untuk membalut tungkunya.sehari anakanda Fateha akan menungku 2 kali, Kami menggunakan batu sungai sebagai tungku, batu itu adalah batu turun temurun, emak mama Nadz pun guna batu menungku itu, mama Nadz pun dan kini anak-anak mama Nadz pula.
Banyak jenis-jenis daun yang digunakan untuk alas menungku selain daun lemuni. Fateha juga setiap pagi akan mandi dengan air rebusan daun-daun kayu, mungkin hingga 44 hari seperti kakaknya. bab itu babah akan cari dan rebus. Agak sibuk sekarang ni dalam rumah.
Semuga meeka akan sihat sejahtera dengan cara begitu.


daun lemuni, pucuknya mama Nads guna dalam nasi, yang lebih ni untuk balut batu tungku.
lauk orang pantang, ikan tenggiri masak lada hitam berasam.

nasi daun lemuni. sedap ni, makan panas-panas. Kami yang lain makan berlaukkan sambal udang..

udang ni mama Nadz beli petang kelmarin kat tepi laut, udang segar sekilo 35 hengget!

menghimbau kenangan dulu-dulu, apabila arwah bonda mama nadz sentiasa menjaga mama Nadz dengan rajin, kemas  dan punctual apabila mama Nadz bersalin. Nasi lemuni ini katanya akan 'hambat angin'  ..dulu arwah  menjamu mama Nadz  nasi sebegini dengan haruan dan ikan seludu bakar  . Mama nadz pun buat sebegitu kerana haruan sentiasa ada.   di rumah, ada orang tu setiap hari mengail kat belakang rumah buat isterinya...

Fatimah semakin berisi dan Idris kini semakin lasak, kedua-dua..cucunda mama nadz tu...

Salam. jumpa lagi

Saturday, November 3, 2012

Assallamualaikum,
mama nadz  meniti hari-hari yang sibuk. .. mama nadz tinggalkan rumah ini sepi, lesu dan kaku..
Akan mama nadz cuba update tetapi selalunya janji tidak ditepati.

Dalam rumah ni sekarang dah ada ahli baru... Idris telah pun dapat kawan, sepupunya telah dilahirkan minggu lepas...Kali ni mama nadz dapat cucu perempuan, diberi nama 'Fatimah' .

Lalu setiap hari dalam letih, penat balik dari kerja, akan disambut ketawa, gelak, tangisan kedua-duanya..
Masih mencari ruang-ruang waktu untuk membisik kabar...
Ini masa di Hospital Besar Alor Setar...no 7 tu anak mama nadz lah..ibu Fatimah



lain masa mama nadz upload gambar fatimah..




Sunday, September 16, 2012

Mula berkembang..


Akar Dani, atau mama Nadz panggil pokok sunting Dayang telah mula mengeluarkan bunga sulung. Belum sempat di ubah ke pasu yang lebih besar. Nanti cuti panjang akan mama alih dan ubah. keratan tot batangnya diberi oleh seorang kawan dari Melaka.. Sangat suka mama melihat warna warninya..Ciptaan Maha Agung .

Wednesday, June 20, 2012

Bermesra Dengan Alam

       Mama bawa Idris untuk mandi manda ke Peranginan Titi Hayun yang dekat dengan rumah. Walau dekat mama jarang datang ke sini kerana kalau hari minggu terlalu ramai pengunjung. hari ni langsung melihat dusun, mama terus datang ke sini supaya Idris dapat bermain dalam air yang dingin..sejuk..yang punca air adalah dari Gunung Jerai.                          
Mengeletar dagunya kesejukkan, tapi masih nak bermain juga.

musim tak berhujan ni..air nampak kurang dan pada hari ni..lebih kurang pukul 2 petang, tak ramai pengunjung...
selepas mandi, Idris jalan-jalan kat kawasan permainan..Idris tak ada kawan jadi Idris tak gaduh-gaduh nak bermain pun.







Sesiapa yang datang ke Kedah, kunjungilah Titi Hayun, chalet dan homestay banyak di sekitarnya..

Saturday, June 16, 2012

Berkembangnya Night Queen@Bakawali

 Assallamualaikum..Malam semalam mama berjaga juga sebab nak tunggu bakawali kembang..walau dah berkali-kali bakawali berkembang dah..tetapi sebab kali ni banyak kuntum.maka tunggu juga.. semalam sebelumnya mama tak boleh menengok yang 7 kuntum, sebab mama bermalam di hotel sebab ada urusan kerja..jadi semalam dapatlah merakam yang 4 kuntum ini..
 yang terkulai layu tu yang telah kembang malam sebelum ini..
 masa ni bunga bakawali dah meletup..masa ni lah terbau sangat wangi..jadi goosebumps...tapi nak snap juga gambar
 yang lagi-lagi tu akan berkembang sebelum pukul 12 rasanya..
 tengok dah mula meleret senyum 'Night Queen '  Bakawali dalam BI Night Queen kot..
 yang kudup comel bukan masa berkembang lagi..lain malam.




 Dah dekat pukul 12..maka 'bakawali pun mula membuka sayapnya........


 11.48..maka berkembanglah dengan penuh..
Mama snap yg layu kelmarin..

Friday, June 8, 2012

Bakawali

Hari ni mama melihat pokok bakawali, membilang-bilang kudup bunganya...wah... ada 15 kuntum yang akan berkembang tak lama lagi. Pokok bakawali ni tak lah cantik sangat dan bunganya tak dapat kita lihat dan nikmati lama seperti orkid atau kerak nasi, tapi mama tanam ni kerana minat dan seperti satu nostalgia kerana dulu2 , bapa mama ada tanam pokok ni dan mama sangat menunggu untuk melihat ianya berkembang waktu malam, sebab kononnya akan ada puteri yang akan keluar apabila bakawali meletup untuk kembang...mana ada sebenarnya.... 
Banyak hari lagi kena tunggu untuk melihat bakawali berkembang. masih muda kudupnya.
 Kekadang ada juga orang datang meminta bunga bakawali ni untuk mengubat mata. Mama pun tak pasti sejauh mana kesan kebenarannya. mama pun pernah cuba membasuh mata dengan air dari kembangan bakawali...(petua dari kawan-kawan) untuk kecerahan mata.
 Bila kembang nanti..insyaallah akan mama fotokan., itu pun kalau mama tidak tertidur. Musim kerja akan tiba lagi, cuti sekolah pun dah nak habis. sekarang mama jarang sangat menulis di blog ini . kesibukan sangat terasa kerana  dengan usia sebegini terasa banyak sangat komitmen..hendak-hendaknya apabila Idris  dah semakin rancak berlari ke sana sini.
  
mama mengambil gambar -gambar bakawali ni selepas hujan..so dapatlah dilihat titis hujan itu..kelihatan segar juga.
                                        Salam keindahan dan kewangian dari mama untuk hari ini.

Saturday, April 7, 2012

Pokok dan Bunga Tongkeng

Pagi ni mama nadz sempat mengambil gambar bunga tongkeng, antara bunga kegemaran mama..
Bunga tongkeng ni mula berkembang lagi....
Maka akan teringatlah zaman kanak-kanak dulu, mama nadz selalu karangkan bunga-bunga ni untuk dililit ditochang... wangi dan kawan baik bunga ini ialah bunga kerak nasi, bunga-bunga yang sangat nostalgia buat mama.

Juga bunga tongkeng boleh dibuat ulam atau di buat kerabu. Kata cikgu Julia , mereka menggoreng bunga ini dengan telur. Semuanya mama dah buat masakan tu, lebih-lebih lagi bila tongkeng riuh berbunga.
Kalau sempat nak buat kerabu minggu ni..tapi sayang pula..biarlah berkembang dahulu, nanti dah banyak baru nak buat kerabu.



Bunga tongkeng ni susah benar nak dapat tanam. Tetapi bila dah tumbuh melata, banyak pula anak pinaknya. Habis menjalar memanjat semua pokok yang dikelilingnya. Mama pun tak buat para untuknya. Alangkah bagus kalau boleh dibuat sebuah pegola, boleh juga tongkeng ini melata...tunggulah dulu...tak berkesampaian.


Apabila bunga tongkeng habis luruh kita dapat lihat ianya mengeluarkan buah, apabila buah itu telah tua ianya akan menyebarkan biji benih. Agaknya itulah pasal terdapat banyak anak pokok keliling kawasan induknya.

Tapi kalau kita ambil buahnya dan semai, tak pula nak hidup..
Nanti bila bunga-bunga ni berkembang banyak mama akan upload lagi gambarnya.





Tuesday, March 27, 2012

Cuba Lagi







Assallamualaikum.
Wangi juga bunga kenanga
Ditanam sepasu ditepi pagar
Rasa simpati dengan dia
Kerana masih ingin nak belajar!
........berkongsi cerita fasal pelajar yang seorang ni.....

Hari ni Jan datang ke sekolah.Dia pelajar STPM tahun lepas
Wajahnya dah tak seceria tahun lepas.
PK juga kata... kesian...
Lebih lagi lah mama Nadz ni..dah banyak hari berbincang dengan kawan2 di sekolah tentang keputusan STPM dia
Pelajar dari kampung yang agak jauh dari sekolah.
Dia lah yang selalu memberi daun palas pada mama Nadz..'buat ketupat ya cikgu'
'Saya cari kat kampung kelmarin'(bila mama nadz buat ketupat dan bawa ke sekolah..seronok tengok dia makan..puas hati)

Terasa begitu simpati dengan dia.
Semasa di tingkatan 4,5 siapa sangka dapat naik Tingkatan 6.
Waktu di tingkatan 6 dia sangat berusaha.
Lebih2 lagi subjek Seni mama..suka sangat dia melukis..elok pula
Subjek lain pun dapat dibawanya kerana dia rajin menanya guru..
Tapi..dalam keputusan STPM
Pengajian Am hanya dapat C-.
Subjek seni memang bagus resultnya
"Nak masuk U macam mana cikgu......."

Jan datang memberitahu nak ambil STPM sekali lagi
'Saya tak tahu nak isi macam mana online..cikgu tolong saya ye'
29hb closing date Jan..cepat berurusanlah di BSN..barulah boleh online.
"Berapa nak kena bayar tu cikgu"
Maka kami mengira2..'dekat 200 hengget...calon persendirian..bukan calon sekolah lagi Jan'


Dia bertekad untuk ambil periksa lagi sekali.
Sedih juga lihat Jan
Kalau nak cerita, miskin satu bab, IT pun tak tahu
Saya nak dia berjaya sebab sebagai guru saya menaruh harapan untuk dia berjaya satu hari.

Kalau dapat prinsipal A- untuk Seni pun..PA gagal..dah tak boleh buat apa2 ye cikgu

Masa depan kamu masih panjang Jan, rezeki masih luas, jangan putus asa..cuba
Kalau ada apa-apa kerumitan, Jan datanglah ke sekolah..semua cikgu boleh bantu.









Dia pelajar lurus, kekadang lucu.





Rajin membantu guru, sering membantu Mama Nadz dalam banyak hal2 persiapan pentas sekolah.




Masih teringat : Inilah karyanya yang dihantar ke MPM untuk kertas 3 (pengkaryaan) dapat A dalam keputusan STPM. Dia buat karya relif.

Tuesday, March 20, 2012

Tahniah buat pelajar-pelajar SV STPM 2011..


Assallamualaikum semua
Beberapa minggu dulu sebelum keputusan STPM diumumkan, mama agak tak senang duduk, memikirkan keputusan pelajar. Apabila keputusan STPM dah diumukan, barulah rasa lega. Tersangat gembira, tersangat bersyulur dengan keputusan STPM itu terutama subjek yang mama ngajar iaitu Seni Visual. Tidak semua sekolah ada package Seni Visual untuk STPM, rasa bersyukur kerana nama sekolah pun masuk surat kabar -100% lulus..Tahniah sekolahku , tahniah semua-semua.

Mama hanya ingin bersembang hanya bab seni mama saja di sini. Setengah orang berpendapat SV adalah subjek low class sebab tu lah ramai pelajar dari kelas2 pandai tak ambil SV ni dalam STPM. Tak apalah..disebaliknya hidup ni ada ketikanya berkeperluan seni juga..
Tahun lepas pelajar STPM ini sangatlah berusaha dan tabah untuk melakukan yang terbaik. 90 % dari mereka tidak belajar subjek seni visual semasa tingkatan 4 dan 5. Jadi apabila berada di tingkatan 6 (disekolah mama disebut kelasPrau U) sudah tentulah kena berusaha lebih. Ada 3 kertas yang perlu diduduki mereka iaitu kertas 1 (teori), kertas 2 (lukisan) dan kertas 3 (penghasila karya-perekaan /pengkaryaan). Untuk kertas 3 mereka kena menyiapkan portfolio dan karya.

Bab kertas 3 inilah yang melatih mereka mengenal kanvas, akrilik,oil paint dan lain2 yang sewaktu dengannya, melatih mereka bersabar, bertimbang rasa, cermat, kemas, bersih,menetapi masa dan tahan leteran cikgu!
Mama membimbing mereka berkarya, seronok sebenarnya apabila mereka berjaya menghasilkan karya seperti yang telah dijana difikiran mereka dan menjawab persoalan-persoalan yang dikehendaki.Sangat rasa puas hati.

....Mereka tidak kisah sangat, walau kami belajar tanpa bilik seni yang khusus, sangat kecil bilik seni mama tahun lepas, dan pelajar seringkali duduk di atas lantai untuk berkarya..sangat indah mengingatkan itu semua dan sangat indah apabila melihat berderet-deret A untuk Subjek Seni visual!
mama paparkan sedikit suasana mereka menyiapkan pengkaryaan..3,4 bulan jangkamasa ni, sehari selembar benang..lama-lama jadi kain..sehari 1-2 jam dan akhirnya siaplah kerja-kerja ini..Di situ ada Faiz , ada Ayu, ada Huda, ada Aza , ada Jan serta lain-lain yang memberi rasa kepuasan dan keindahan mencipta kejayaan! Untuk semua bekas pelajar STPM 2012, selamat maju jaya.

Thursday, March 15, 2012

Pokok-pokok di halamanku

Assalamualaikum semua,
Agak lama mama Nadz tak berkunjung ke blog. Biasa lah sibuk juga, malas pun ada, dan umur pun kian meningkat..dan cucu mama Nadz pun mengambil ruang-ruang masa juga..sangat sayang dia..

Salam buat semua, sewangi bunga kerak nasi..harum yang menusuk aura kita..
Hari ni mama nak perkenalkan sejenis pokok yang ada kat halaman mama nadz ni. Pokok yang agak cantik, kalau banyak dan sangat senang pula nak jaganya...mama nadz panggil pokok janggut, tapi kalau ikut setengah orang sebut janggut Hantu (seramm!!), dan ada kata janggut Sulaiman..apa-apa pun janggut..mcm janggut professor serba tau dlm majallah gila-gila..
Mama Nadz asalnya dapat dari pemberian seorang jiran..sikit jer diberinya, tapi sekarang setelah 15 tahun lebih dah jadi banyak..segenap penjuru laman mama nadz gantung..bertindak bagai dinding dilaman..mama nadz gantung di kiri dan kanan dua-dua porch (tempat kereta biasa-biasa ja yang ditukang oleh babah)
Mudah..tak perlu pasu, tak perlu tanah..gantung kat kayu/dawai /atau kipas angin lama. Biarkan dibuai angin..kalau boleh biar kena hujan, dan sedikit teduh. kalau panas nanti akan nampak kering..kalau hujan , senang tak payah nak siram. Ada lebihan air basuh beras, rajin-rajinlah spray...mama Nadz sembur air setiap pagi dan petang.Mama nadz dapat satu petua apabila dah lama memiliki pokok ni..kita jangan senang-senang tarik janggutnya..cepat mati, kalau nak biakkannya atau nak bagi pada orang kita pungut yang jatuh-jatuh saja dan gantung pada bekas yang baru..cepat membiak! Setiap pagi mama nadz lihat banyak janggut-janggut tu jatuh ..dan yang itulah mama nadz kumpul dan buatkan rumah baru untuk nya..itu sebab dapat banyak..sekarang dah ada 50 lebih gantungan ni..
Kita jumpa lagi lain kali, banyak pokok lagi ni yang mama nadz nak habaq!

Nama saintifik tumbuhan di atas ialah Tillandsias Usneoides atau Spanish Moss