Friday, December 31, 2010

Cuti..


Hari Ahad 2/1/2011, sekolah sepatutnya akan bermula tapi mama nadz dan yang lainnya di Kedah akan bercuti lagi...kan kita Malaysia dah menang bola sepak hari tu kat Indonesia..jadi sama-samalah merayakannya dengan bercuti.. hebatnya sebiji bola..dikejar, disepak, ditangkap, dilambung dipam-pam ditepis dan ada cuti pula...

Terima kasih pasukan bola sepak Malaysia tu..bermain dengan semangat yang hebat. Walau mama tak ambil port tentang bola sepak ni, tapi mama melihat betapa bersemangatnya hb dan anak-anak bersorak riuh dalam rumah malam tu.

Good Bye dan hello 2011

Kenangan yang banyak untuk 2011 dan diakhiri juga dengan kenangan yang seronok sangat. Kan mama mengajar English untuk satu kelas (1 kelas) saja tingkatan 3. Mengajar pula kelas hujung ..dan keputusan PMR Bahasa Inggeris mereka baru-baru ini baik sekali. Kata pengetua keputusan BI lah yang paling bagus peningkatannya..Kata penyelia tingkatan kepada mama tempuhari..'nak ucap tahniah banyak-banyak kepada kakak, kelas cikgulah yang membantu peningkatan sebab 3/4 lulus BI, walhal itu kelas yang di anggap lemah..dulu-dulu kelas macam ni tak masuk book!....................Terima kasih

Aduhai

Aduhai

'Saya mengajar mereka dengan kasih sayang..I teach them to love the English words..cewah.'

Terima kasih pelajarku..betulkan kata teacher, Rajin usaha kita berjaya..English yang kamu kata susah tu.. kamu dapat lulus dan mengharumkan peratus PMR sekolah dan melonjak peratus Bahasa Inggeris sekolah kita..

Wahai sahabat Blog..kita jumpa lagi pada tahun 2011..

Monday, December 27, 2010

jom masak

Sambil menyiram pokok bunga pagi ni, sambil menegur sapa jiran, jiran sebelah memberi 4 ekor ikan cencaru..(mereka ada boat laut dalam..nelayan)..rezeki pagi-pagi..dan mama cakaplah..best ni alhamdulillah..nak buat ikan sumbat daun kaduk...
Lalu..mama ke tepi rumah , petik daun-daun kaduk yang menghijau segar, lebih kurang ...

Sambil tu ambil sedikit daun cendehom (lupalah org selatan sebut apa daun ni)

yang baru nak tumbuh sendehom tu..


4,5 pokok daun pudina










Masuk ke dapur terus nak masak..biar awal sedikit
Ikan cencaru ni mama buang jacketnya kerana nak mudahkan masa makan..dibelah bahagian belakang dan disumbat dengan bahan-bahan seperti hirisan daun kaduk yang telah digaul dengan sambal (sambal mcm sambal belacan tapi diletakkan bawang merah)


mama kemaskannya dengan daun pandan, selalunya mama guna daun kunyit..hari ni mama nak tukar keharuman....mama guna kuali lama-lama untuk digoreng dengan api perlahan dan sedikit saja minyak..


wangi, dan sedap...
ikan yang dimasak macam ni adalah kegemaran kesemua anak-anak..mahu diratah-ratah..




buatlah pula asam pedas kedah..biasa-biasa macam selalu


buat kan teh..campurkan helaian daun pudina...




Cuti sekolah dah pun nak berlalu..dah pelbagai kerja dilakukan musim cuti ni..yang seronok tentulah anak yang bercuti, dapat makan pelbagai makanan yang mama suka sediakan dari tumbuhan yang ada kat laman atau dari kebun atau juga dari kawasan persekitaran..dan mereka suka menu-menu yang macam ni..sesekali adalah anak yang bongsu minta mama buatkan spagheti

Saturday, December 25, 2010

yang berkembang dan menghijau pagi ini..25/12/2010

Pagi ni mama merakam beberapa bunga yg berkembang di laman rumah..sesaja untuk menceriakan kamera yang dah lama berdiam diri..selepas balik dari Medan mama banyak berlegar kat kawasan rumah..cuma ada sekali mengunjungi sahabat lama di Kuala Kangsar.. musim cuti ni..mama banyak merehatkan otak dan tenaga badan..
Jom kita tengok bunga mana yang berkembang kat laman atau senangnya apa yang sempat mama click-click..

1. nenas batu..katanya boleh dibuat ubat batu karang..tapi mama tak pernahlah lagi mengambil untuk itu..

2. bunga kertas yang tak pernah mungkir..sentiasa ada warnanya kat laman..




3. Rose..yang ini pun..sentiasa ada aja yang berkembang kat sudut rumah..bunga fav puteri mama..

4. Mami jarum..dibiarkan kembang begitu..biasa-biasa saja.






5. heleconia..kata kawan..namanya 'king mongkut..entahla..sentiasa berjurai kat tepi rumah..


6. Bunga ni mama panggil 'anak dara hindu'
wangi semerbak laman..









7.Alamanda hibrid siam ni..mcm plastik warna dan fizikal..besar pula..




8. kenanga..pokok bunga yang paling lama di laman, mula tanam 30 tahun yang lalu..masih hidup dan berkembang di dalam pasu dihadapan rumah..


















8. bunga kertas ni hidup sepasu dengan mami jarum..













9..orkid biasa-biasa saja di rumah mama


































ros merah ka depan laman...



Friday, December 24, 2010

Oh Nilam

Letaklah sehelai di dalam handbag..wanginya berbulan..bila kering lebih harum dari daun pandan..
Ambil sehelai letak dalam almari baju..wah..wanginya...
Letak dalam beg duit..wanginya bila beg kecil dibuka ..tahan berbulan wanginya..
susahnya nak hidup pokok ni..mama jaga elok-elok tapi sikit saja daunnya..nak dipetik daunnya pun sayang..tapi dipetik juga kerana keharumannya bila kering..
Letak dalam kereta..sesiapa masuk dalam kereta..akan bertanya..wangi apa ni..bestnya bau manis mcm bau daun pandan!..
Adakah sesiapa kekawan blog mama ni ada menanam nya..
Mama ada hanya sepokok kecil sahaja
Pokok Nilam namanya...

Monday, December 6, 2010

majlis

Bila musim cuti begini..mama nadz ingin sempurnakan apa yang telah tertangguh. Baby Idris dilahirkan pra-matang dengan 1.6 kg sahaja, jadi banyak masanya adalah berada di hospital dibawah jagaan pakar kanak-kanak. Puteri mama(umi baby) begitu juga, berulang alik dan tinggal di hospital. Sekarang baby Idris telah berusia 2 bulan dan kelihatan segar dan sihat. Kelmarin mama adakan sedikit majlis cukur rambut baby.
Puteri mama yang berpantang macam mama juga dulu-dulu, bermandi herba setiap pagi dengan rebusan berupa daun-daun yang terdapat di persekiran daerah kampung -daun pisang kering, daun capa, daun kunyit, daun inai, daun kapur,daun pandan dan pelbagai lagi..wangi semerbak rumah mama setiap pagi bila rebusan itu mendidih. Kadangnya mama campur juga dengan bunga-bunga yang ada kat taman mama. Dan puteri mama mengikutnya tanpa banyak soal, berulamkan pegaga dan ulam2 lain untuk kesihatan dalam setiap hidangan. mama juga menjemput seorang wanita (bidan ) untuk menungku dan mengurut puteri selama beberapa hari dan juga memandikan puteri dihari ke 44 pantangnya..dan juga kelmarin untuk majlis cukur rambut baby Idris.
Daun keladi untuk diletakkan rambut baby yang telah dicukur.
Pinang, kapur dan gambir


sirih..(dipetik dari taman mama ni)


Baby Idris pada hari sabtu 4/12/2010
( .... Kak Zakie yang nak sangat melihat baby Idris....)



Kelmarin 5/12/2010..baby Idris dah tak ada rambut...
baby Idris hanya minum susu ibu dan cepat membesar..alhamdulillah..tidak banyak ragam dan kerenah walau dilahir pra-matang..Sekarang dah pandai senyum -senyum...




Friday, November 26, 2010

Medan, Tasik Toba dan Brastagi

Pada mulanya mama memang tidak mahu ke mana-mana cuti hujung tahun ni sebab setelah dianugerahi seorang cucunda , mama rasa jadual mama akan penuh taramasa bersama keluarga, tapi apabila kumpulan che kiahs yang akan ke Sumatera utara itu ada kekosongan kerana penarikan diri seorang peserta maka mama pun ikut serta..apabila sejumlah perbelanjaan disumbang oleh YDP. Rombongan guru-guru sekolah mama makan angin ke ke Medan, Parapat dan Brastagi. dalam ruang sibuk maka mama berjamu mata dengan negara Indon..melihat, menikmati, memikir dan bershopping sikit-sikit..
Hari 1 - 22/11/2010
Separuh peserta rombongan menaiki Air Asia di Bayan Lepas, Pulau Pinang. dan 45 minit kemudian yang separuh lagi terbang dengan Firefly..maka yg awal tiba.menunggu-nunggu di Polonia
Inilah pemandangan pertama Airport Polonia. International ni. Lapangan Terbang Kepala Batas , Kedah lebih maju lagi dari segi infrastrukturnya

Makan tengahari di kota Medan

menunaikan solat zuhur di sini. Di sini ada orang mengambil peluang meminta duit kerana menjaga kasut....

Bas yang akan menjadi pengangkutan selama di sini..dan petangnya perjalanan ke Parapat.

Pas singgah di Permatang Siantar..segala macam kerepek dan kudapan dijual di sini..kami agak-agak mereka ada link ngan syarikat bus sebab tu pemandu pelancong En Alisan beria2 suruh kami beli mineral water dan kerepek kat sini...

Kami sempat juga posing. Mama membeli sebotol minyak kayu putih di sini..sebesar botol kicap..memikirkan kegunaan apabila sekarang sudah ada baby Idris
.Perjalanan ke Parapat., jalannya seperti jalan Tapah ke Cameron Higland..mendaki bukit. walau bagaimana pun dari atas bas dapat melihat pekan-pekan kecil dan kampung-kampung di mana betapa mama menghargai kemakmuran negara Malaysia. Melihat pekan Sri Rempah dan membandingnya dengan bandar Alor Star. tapi mama seronok melihat kepesatan pertanian..mereka mengguna tanah pada tahap maksima...padi, sayur, kelapa sawit, jagung, ubi kayu dan kopi...Ladang ubi kayu macam estet getah...
Sampai di Parapat sudah malam..selesai makan malam..semuanya keletihan..hotelnya di tepi tasik Toba.
Hari ke 2- 23/11/2010


naik bot ke Pulau Samosir di tengah Tasik Toba..akan melihat 'the bataks
menyusuri gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan Indonesia. Kalau kita tidak mahu membeli jangan cuba menanya harga dan jangan berhenti di kedai mereka..mama takut juga dengan penjual yang suka menarik tangan dan merayu-rayu semacam.. di suruhnya kita membeli barangan mereka, mengikuti kemana kita pergi..




melihat pertunjukkan budaya masyarakat batak.



Boat yang tak ada dinding dan hanya beberapa life jackets. kata seorang kawan mama " water is very dangerous, no life jacket no boat'..apakan daya..lawatan diteruskan juga ke sini dan balik ke Parapat..hujan turun dengan lebat d itengah tasik..ada ke..kami hanya dilindungi dengan plastik biru saja dari terkena tempias hujan..daif sungguh. Masa di atas boat ini, mama teringat betapa eloknya boat dari Perth ke Freemantle! Semua ini dari sudut pelancongan...

lihatlah alam anugerah Allah....

Makan tengahari di restoren Istana, Parapat bertentangan dengan masjid taqwa.



Kawasan tanah tinggi..sejuk dingin..nampak bahagian Tasik toba yang paling dalam. Kata En Alisan kedalaman yang mencecah 450M, dan tiada sebarang aktiviti manusia ditepiannya..kedalaman kawah gunung berapi...

Makan gorpis dan minum teh halia di sini. Gorpis yang lembik dan tidak seperti gorpis kita..minum juga kerana perjalanan jauh memang meletihkan..

Sejuk sangat..mengatasi kesejukkan Cameron Highland waktu petang dan hujan renyai-renyai..

air terjun si piso-piso..jauh di sana..indah kabar dari rupa..Air terjun di kaki Gunung Jerai ada yang lebih cantik dan nyaman ...

bergambar juga untuk kenangan..sudah sampai Brastagi mamatok Idris hari ini.
hari ke 3
Round-round bandar Medan...