Wednesday, March 31, 2010

sibuk ja mama ni

Rindu juga apabila tidak berblog. Sibuk sungguh mama ni.
Kelmarin, mama menghadiri Taklimat Seni Visual STPM. Sebenarnya masih banyak yang perlu mama explore dalam menghasil karya..ilmu-ilmu pengkaryaan yang tercipta dari kemahiran teknik-teknik yang dikembangkan. Mama perlu perluaskan kemahiran dan pelajari teknik-teknik itu untuk kebaikan pelajar-pelajar yang dikasihi.

Gembira hari ni, dihadiahkan sebuah karya oleh Th Hj Abdullah. melihat karya yang indah itu mama tidak tahu samada mama mampu untuk hasilkannya.
Karya yang akan dijadikan hiasan ruang tamu.
Tunggu, nanti mama akan download ke blog mama ini. sekarang mama agak sibuk dengan tugas dan komitment yang datang bersilih ganti.
terima kasih kepada rakan blog yang sering bertandang.Mama baru ja belajar berblogging, agak tak kemas dan tidak pandai untuk beraccesories lagi.
w/salam.

Tuesday, March 23, 2010

Banyak nya kerja nak buat

Minggu ni mama sibuk sangat, macam-macam kerja nak kena buat, mesyuarat jer dah beberapa kali, nak siapkan backdrops lagi.

Saturday, March 20, 2010

Chiang Rai dan sempadan Mynmar n Laos..Golden Triangle





Dapat juga mama sampai ke Golden triangle.

handphone diambil orang...lost contact

..Bangun pagi selepas solat subuh, ingat nak prepare breakfast, cari hp..hairan juga kenapa jam gerak hp tak bunyi..lepas tu satu family terkedu..rumah dimasuki pencuri..alahai..abis satu family punya hp dikebas. Wang tunai memanglah , licin diambil, dalam beg tangan, dalam poket semua mereka tahu. Duit tabung syiling anak-anak yang di letak kat tepi tv pun mereka ambil , dengan tabung-tabung sekali. Kata HB tak ada rezeki kita. Beri banyak iktibar hari ni..jangan leka..

Friday, March 19, 2010

Hari ke 4 di Bangkok dan Pattaya.








Back to Bangkok and to Pattaya. Petang itu kami ke Nong Nooch Village Thai cultural Show and Elephant. BTT400 untuk masuk. Hari ni ramai pelancong, penuh sesak kawasan persembahan dan ruang pertunjukkan gajah. Pengalaman buat anakanda Elit mendekati gajah dan memberi gajah makan pisang. Mama melihat Elit bertepuk tangan..sungguhnya dia begitu memberi tumpuan kepada setiap persembahan gajah-gajah itu. Bagi mama, dulu-dulu masa kecil mama selalu dah tengok gajah kat sarkis..sekarang mana ada sarkis lagi..jadi mungkin ini kali pertama Elit dapat melihat gajah beraksi.
Apabila habis pertunjukkan mama ,Elit dan isteri Cikgu Badly dan anak perempuannya terpisah dari group. berjam-jam kami pusing taman itu tapi tidak berjumpa. Credit hp habis pula..begitulah juga isteri Cg Badly tak ada bateri, tak dapat buat panggilan kepada sesiapa. Pengawal2 Thai, tak dapat berkomunikasi kerana tidak tahu bahasa Inggeris tapi menunjukkan beriya-iya nak tolong. Kami ber4 pula tak dapat mengingati nama hotel kerana baru sampai ke Pattaya dan terus ke sini..aduhai..seram sejuk . Tak sangka pula akan terpisah dan nombor plat van pun kami tak ingat..Ini negara Siam ni..

Hari makin gelap dan tak ada sesiapa di depan kaunter tiket. Teksi yang datang pun tak dapat menolong kerana kami sendiri tak tahu di mana hotel kami kerana tadi tergesa-gesa keluar hotel selepas letak beg. Inilah jadinya bila tak beringat. Peta yang pemandu itu tunjuk pun kami tak tahu tempat hotel.

Apa pun lewat gelap malam itu sebuah van dari hotelmasuk dan berkata'Malaysia' kami mengiya dan terus naik. Mereka mencari kami dan jauhnya hotel dan tempat gajah ni..dan mereka ulang alik mencari kerana sangkaan mereka kami telah naik teksi. Terima kasih kepada pemandu van itu. peringatanlah..lain kali harus dicatat nama hotel dan alamat pada buku catatan atau bawa kunci hotel..mudah untuk mengesan. Pengalaman ni. Dalam hati mama" kalau tak jumpa dan tak dapat pulang, mama bercadang akan terus ke mana-mana masjid di Pattaya atau terus ja ke Bangkok menunggu di Airport kerana pasti akan jumpa kerana jadual balik adalah esoknya..mama kata kita berlegar dekat check in Air Asia jer la...mereka pun akan balik melalui sini. HP pun masa ni la credit nya out.............. Alhamdulillah selamat. Selepas balik ke hotel mama dah tak seronok lagi dan terasa nak pulang ke Malaysia. Hilang mood nak melancong. Pantai Pattaya pun Mama tak tengok. dan penunjuk perasaan baju merah kat Bangkok dah bermula.. Di Airport SVB Bangkok dapat dilihat kawalan askar yang agak ramai.

Thursday, March 18, 2010

Hari ke 3 - di Bandar Chiang Mai












Semasa berada di Chiang Mai, mama dan kaum wanita ber 'foot massage'. .. diulit jemari wanita Chiang Mai. SPA yang nyaman dan selesa. se jam lamanya dan di akhiri secawan teh herba. Terasa lega kaki ini sesuadah berjalan agak lama di Night Market , menyusuri gerai-gerai, bertawar menawar harga barangan dalam Bhat, lucunya bercakap tanda isyarat, mama speaks English, she speaks Siam..last-last guna calculator. membeli beberapa cenderamata buat kawan sekerja dan kejiranan. Baranganya banyak seperti di Padang Besar..tak juga murah cuma pelbagai. Malam itu mama dan Elit makan di sebuah restaurant pakistan. Makan roti nan dan chicken curry. Tidaklah susah sangat makanan Islam kerana banyak penduduk Islam di sini.
Esoknya kami sempat round-round melihat beberapa tempat . Bandar Chiang Mai ni besar. Sebelum ke sini mama ingat bandarnya kecil dan mundur tetapi..bila datang ,,besarnya mengalah sebarang bandar di Kedah. Bersih n Nyaman.

Hari ke 2 di Kota Bangkok

masjid Saudi
menyusuri sungai Menam


Mama dan Elit melihat sungai Menam dari atas boat. Di sepanjang perjalanan tour guide akan memberi maklumat tentang bangunan dan tempat-tempat yang dilihat sepanjang menyusuri sungai Menam. Hospital Di raja, Universiti dan perkampungan orang Saudi. terdapat sebuah masjid saudi yang sempat kami singgah. di mana saja mercu tanda orang siam ialah wat mereka yang meruncing itu. suasana meriah apabila memberi ikan makan berhadapan se buah wat. I kan baung yang besar-besar. Kata guide tour En Ansori, penduduk di situ tidak akan makan ikan dari situ kerana ianya suci..

Kami juga di bawa ke kawasan Old Parliament di mana di sinilah penunjuk perasaan red shirts akan berkumpul.


Wednesday, March 17, 2010

Malam di Bangkok




Kami makan malam di sebuah restaurant Lebanon..kami makan roti Nan dan chicken curry. yang tersangat tidak seronok apabila menyusuri jalan berdekatan, banyak sangat pelacur menunggu tetamunya..aduh. kami cepat-cepat balik ke hotel dengan taxi merah. Mama terasa begitutidal selesa membawa Fariq ke kawasan sedemikian..tiada ole-ole dari Bangkok cuma sepasang sandal buat putri yang sedang dan akan memulakan sambungan hirarki keluarga..insyaallah.
Apa pun mama puji layanan dan keselesaan hotel di sini besrsih dan sentiasa suwadikaa..

Bercuti . hari 1




Cuti pertengahan penggal seminggu. Mama bersama Elit bercuti ke bandar dan pekan di Thailand. Kali pertama Elit akan naik kapal terbang. Dari rumah awal pagi dan berkumpul di smkh terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam dan meneruskan perjalanan ke Haatyai International Airport awal pagi 12/3/2010. Dalam perjalanan ke sana kami sempat singgah di pekan Bhan Prit untuk makan kerana kami belum makan sejak pagi lagi. Sup tom yam di sini sedap.lain dari yang terdapat di tempat mama. Sampai di Haatyai Airport sesudah check in, mama dan Elit menunggu agak lama. Flight delayed katanya. Dengan Air Asia everyone can fly kami akan ke Bangkok. Penerbangan kurang lebih 1 1/2 jam. Elit merakam pengalaman pertamanya itu.Sampai di Bangkok mama dapat tahu..tentang tunjuk perasaan baju merah RED. Kami check in hotel. Hotel yang selesa dan landskap tamannya pun bersih juga.Kemudiannya mama dan Elit melihat night market. Mama begitu seram melihat wanita2 yang menunggu Pak Arab di kaki Lima kedai.