Friday, March 19, 2010

Hari ke 4 di Bangkok dan Pattaya.








Back to Bangkok and to Pattaya. Petang itu kami ke Nong Nooch Village Thai cultural Show and Elephant. BTT400 untuk masuk. Hari ni ramai pelancong, penuh sesak kawasan persembahan dan ruang pertunjukkan gajah. Pengalaman buat anakanda Elit mendekati gajah dan memberi gajah makan pisang. Mama melihat Elit bertepuk tangan..sungguhnya dia begitu memberi tumpuan kepada setiap persembahan gajah-gajah itu. Bagi mama, dulu-dulu masa kecil mama selalu dah tengok gajah kat sarkis..sekarang mana ada sarkis lagi..jadi mungkin ini kali pertama Elit dapat melihat gajah beraksi.
Apabila habis pertunjukkan mama ,Elit dan isteri Cikgu Badly dan anak perempuannya terpisah dari group. berjam-jam kami pusing taman itu tapi tidak berjumpa. Credit hp habis pula..begitulah juga isteri Cg Badly tak ada bateri, tak dapat buat panggilan kepada sesiapa. Pengawal2 Thai, tak dapat berkomunikasi kerana tidak tahu bahasa Inggeris tapi menunjukkan beriya-iya nak tolong. Kami ber4 pula tak dapat mengingati nama hotel kerana baru sampai ke Pattaya dan terus ke sini..aduhai..seram sejuk . Tak sangka pula akan terpisah dan nombor plat van pun kami tak ingat..Ini negara Siam ni..

Hari makin gelap dan tak ada sesiapa di depan kaunter tiket. Teksi yang datang pun tak dapat menolong kerana kami sendiri tak tahu di mana hotel kami kerana tadi tergesa-gesa keluar hotel selepas letak beg. Inilah jadinya bila tak beringat. Peta yang pemandu itu tunjuk pun kami tak tahu tempat hotel.

Apa pun lewat gelap malam itu sebuah van dari hotelmasuk dan berkata'Malaysia' kami mengiya dan terus naik. Mereka mencari kami dan jauhnya hotel dan tempat gajah ni..dan mereka ulang alik mencari kerana sangkaan mereka kami telah naik teksi. Terima kasih kepada pemandu van itu. peringatanlah..lain kali harus dicatat nama hotel dan alamat pada buku catatan atau bawa kunci hotel..mudah untuk mengesan. Pengalaman ni. Dalam hati mama" kalau tak jumpa dan tak dapat pulang, mama bercadang akan terus ke mana-mana masjid di Pattaya atau terus ja ke Bangkok menunggu di Airport kerana pasti akan jumpa kerana jadual balik adalah esoknya..mama kata kita berlegar dekat check in Air Asia jer la...mereka pun akan balik melalui sini. HP pun masa ni la credit nya out.............. Alhamdulillah selamat. Selepas balik ke hotel mama dah tak seronok lagi dan terasa nak pulang ke Malaysia. Hilang mood nak melancong. Pantai Pattaya pun Mama tak tengok. dan penunjuk perasaan baju merah kat Bangkok dah bermula.. Di Airport SVB Bangkok dapat dilihat kawalan askar yang agak ramai.

4 comments:

  1. Salam nad, akak pun ada ke Bangkok baru2 ni ...dan pengalaman yang paling best ialah tenguk persembahan calypso...

    ReplyDelete
  2. bila terpisah macam tu yang takut tempat orang...pulak tu sedia maklumlah kat Siam...eheheh seram gak tu...panggil polis je!

    ReplyDelete
  3. N.A.H.A: saya tengok pertunjukkan Gajah kat Pattaya, kat Bangkok cancel banyak program sebab dah ada perhimpunan red shirts..tu, Disneyland Bangkok pun x sempat pergi..
    sonata: betul, bila tempat orang rasa sungguh takut, lagi pula memang mereka tu..yang jaga Taman tu tak tahu bahasa Inggeris.susah sangat nak bagitahu sesuatu.

    ReplyDelete