Saturday, March 20, 2010

handphone diambil orang...lost contact

..Bangun pagi selepas solat subuh, ingat nak prepare breakfast, cari hp..hairan juga kenapa jam gerak hp tak bunyi..lepas tu satu family terkedu..rumah dimasuki pencuri..alahai..abis satu family punya hp dikebas. Wang tunai memanglah , licin diambil, dalam beg tangan, dalam poket semua mereka tahu. Duit tabung syiling anak-anak yang di letak kat tepi tv pun mereka ambil , dengan tabung-tabung sekali. Kata HB tak ada rezeki kita. Beri banyak iktibar hari ni..jangan leka..

6 comments:

  1. tak sedar orang masuk? ni la yang membimbangkan jika duduk di kawasan bandar....dulu tahun 2002..saya pun kena...habis jugak...yang penting depa tak tebas leher anak!!!

    ReplyDelete
  2. opppsss ..lupa nak jawab di blog saya...email tak jumpa ni...nak masak lodeh tu senang aje ...macam masak lemak kuning..cuba cari di MyResepi / lain2 tempat yang ade resepi ni.

    saya blend bawang besar / bawang merah + kunyit basah + udang kering ....jika nak tumis sikit pun boleh..tapi kadang2 saya terus + dengan santan ...kacau sentiasa supaya santan tak berkepala...letaklah sayuran sperti kacang panjang , kobis , kentang yang dipotong kiub , soon + pucuk tahu ...nak cmapur udang hidup pun boleh + ( last = lada merah + lada hijau yang dihiris )...ni saja

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..itulah dah kira bersyukur juga, anak gadis ada dlm bilik, nasib baiklah Tuhan jaga.
    maskan lodeh ni tak ada masuk asam kan..mama tak biasa buat sebab org kedah ni tak brapa makan tapi mama suka dan sorang anak tu suka juga, jadi nak buatlah bila-bila. Terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nadz

    Salam perkenalan
    salam uhkwah

    terima kasih kerana sudi datang bertandang ke blog saya yg baru nak bertunas

    sudikan jadi follower saya
    sudi2kan bertandang dilain masa

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam nadz

    seronok melancung yeee
    ikut ajensi ke atau rombongan sendiri

    Alhamdulillah anak2 selamat
    barang yg hilang tu mungkin ada hikmahnya

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. w/salam Rozali, saya ke Thailand dengan guru-guru lain sempena persaraan pengetua.Ada seorang guru tu cekap dengan merantau ke Thailand, jadi dialah bawa kami..Seronok dapat melihat bandar di situ.
    Alhamdulillah, anak gadis saya selamat. Kalut juga dia pagi tadi kerana hp hilang dan nak ke kelas. Dugaan membuat kita lebih sabar dan berwaspada.
    Salam ukhwah. Terima kasih kerana menerima saya sebagai followers blog.

    ReplyDelete