Wednesday, March 17, 2010

Bercuti . hari 1




Cuti pertengahan penggal seminggu. Mama bersama Elit bercuti ke bandar dan pekan di Thailand. Kali pertama Elit akan naik kapal terbang. Dari rumah awal pagi dan berkumpul di smkh terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam dan meneruskan perjalanan ke Haatyai International Airport awal pagi 12/3/2010. Dalam perjalanan ke sana kami sempat singgah di pekan Bhan Prit untuk makan kerana kami belum makan sejak pagi lagi. Sup tom yam di sini sedap.lain dari yang terdapat di tempat mama. Sampai di Haatyai Airport sesudah check in, mama dan Elit menunggu agak lama. Flight delayed katanya. Dengan Air Asia everyone can fly kami akan ke Bangkok. Penerbangan kurang lebih 1 1/2 jam. Elit merakam pengalaman pertamanya itu.Sampai di Bangkok mama dapat tahu..tentang tunjuk perasaan baju merah RED. Kami check in hotel. Hotel yang selesa dan landskap tamannya pun bersih juga.Kemudiannya mama dan Elit melihat night market. Mama begitu seram melihat wanita2 yang menunggu Pak Arab di kaki Lima kedai.

No comments:

Post a Comment