Thursday, March 18, 2010

Hari ke 3 - di Bandar Chiang Mai












Semasa berada di Chiang Mai, mama dan kaum wanita ber 'foot massage'. .. diulit jemari wanita Chiang Mai. SPA yang nyaman dan selesa. se jam lamanya dan di akhiri secawan teh herba. Terasa lega kaki ini sesuadah berjalan agak lama di Night Market , menyusuri gerai-gerai, bertawar menawar harga barangan dalam Bhat, lucunya bercakap tanda isyarat, mama speaks English, she speaks Siam..last-last guna calculator. membeli beberapa cenderamata buat kawan sekerja dan kejiranan. Baranganya banyak seperti di Padang Besar..tak juga murah cuma pelbagai. Malam itu mama dan Elit makan di sebuah restaurant pakistan. Makan roti nan dan chicken curry. Tidaklah susah sangat makanan Islam kerana banyak penduduk Islam di sini.
Esoknya kami sempat round-round melihat beberapa tempat . Bandar Chiang Mai ni besar. Sebelum ke sini mama ingat bandarnya kecil dan mundur tetapi..bila datang ,,besarnya mengalah sebarang bandar di Kedah. Bersih n Nyaman.

2 comments:

  1. belum sampai lagi ke negeri Siam ni....takat sebelah Padang Besar je...bestnya jalan2...

    ReplyDelete
  2. Masa muda dulu mama sibuk ngan anak-anak..dah berusia macam ni agak selesa sedikit, jadi ambil kesempatan cuti-cuti Malaysia ni..nak tengok tempat orang..berjalan Ke siam takla mahal sangat.

    ReplyDelete