Thursday, April 15, 2010

bersama pelajar

Pelajar-pelajar melihat karya-karya di galeri
Berada di laman arca


Suasana galeri


Sekiranya kamu bercita-cita menjadi pendidik....suatu hari mungkin "UPSI".


Assallamualaikum ,
Mama memandu agak jauh dua tiga hari ni. Dari Jitra ke Tanjong Malim ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan balik. Mengiringi dan menyertai ceramah seni dan melawat pameran hasil karya STPM. Mama membawa bersama 4 pelajar perempuan calon STPM. Mama mahu pelajar-pelajar ni peka dengan arah tuju mereka dalam Seni Visual STPM. Seperti kata Prof M. Mustaffa dalam ceramahnya pagi 15/4/2010 (ceramah pagi tadi).. Seni Visual perlu kritikal thinking. Mengikuti ceramah Prof Dr M Mustafa dan ceramah catan Dr Fauzi .
Mama tahu bahasa-bahasa ceramah itulah isi-isi penting untuk menjawab soalan-soalan .
Pelajar-pelajar mama juga dapat bertemu rakan seangkatan dari sekolah lain seperti dari Pontian, Muar, Batu Pahat , Perlis, Kuala Kubu di dalam auditorium tersebut.Mama juga dapat berjumpa kawan -kawan lama sekuliah . Bertanya kabar tentang keluarga dan kerjaya. yang lebihnya bercerita tentang pelajar masing-masing yang akan menduduki STPM hujung tahun..dan kerja kursus yang dalam pembikinan. Mengunjungi Galeri Seni dan melihat Catan, Anyaman, Arca, cetakan dan lain-lain diharap dapat di manafaatkan oleh pelajar mama ini.





6 comments:

  1. Assalamualaikum Mama

    Mama seorang memandu drp Jitra
    kira hebat lah yeee

    kebanyakan murid tidak tahu arah mana mereka hendak ceburi
    dengan pendedahan ini amat berguna untuk mereka

    moga murid2 mama, akan berjaya dan mendapat keputusan STPM yg cemerlang
    Insyaalah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam En Rozali,
    nak buat camna..memandu seorang..sebab pelajar dah 4 orang ..ngam-ngam satu kereta. Dah biasa kot sebab saban minggu mama berulang alik dari rumah kat sekolah di utara ke rumah sendiri di kg..100 KM juga..
    Itulah..sebagai cikgu mama sangat berharap kejayaan pelajar2 ni. terima kasih atas ingatan dan doa En Rozali. Ameen.

    ReplyDelete
  3. salam mama, kepuasan akan timbul bila anak murid berjaya nanti

    ReplyDelete
  4. w/salam Sdra KAMATO,
    terima kasih kerana sudi singgah.
    Harapan mama setinggi gunung, semoga semua pelajar berjaya dan menjejaki menara gading dalam pilihan mereka.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam nadz,

    semoga pelajar2 nadz mendapat kejayaan seperti yang nadz idamkan.

    ReplyDelete
  6. w/salam Hajah,
    Terima kasih kerana mengunjungi blog yang serba kurang ni. saya banyak membaca N3 Hajah dan lain-lain, rasa amat tak ceria blog saya ni.
    Saya amat berharap kejayaan pelajar-pelajar ni..dari kampung pula .. maka saya mahu mereka berjaya memijak menara gading mengikut pilihan mereka..InsyaAllah.

    ReplyDelete