Friday, April 9, 2010

cerita buat adi

pegaga ..musim kemarau hari tu..nasib baik banyak lagi yang ada
mata itik

awak


Anak-anak mama yang jauh,
hari ni mama teringat nak makan ulam daun 'mata itik'. Dah lama tak makan kerana tak sempat balik ke rumah hujung minggu. Minggu ni ..hari Jumaat hari ni..bila mama balik ke rumah kita..siap mengemas rumah, sapu habuk sana sini, mama terasa nak makan ulam daun mata itik dan daun pegaga. Mama dan HB ke kebun kita kat tepi hutan di kaki gunung Jerai tu..cari daun ulam. Mama tengok kebun kita dah bersih, tak semak macam dulu-dulu lagi , pokok buluh madu dah subur tumbuh, pokok salat dah besar dan pokok pisang sungguh ramah ..banyaknya yang berbuah..mama balik dengan pelbagai ulam ... Hari ni mama, HB dan puteri akan makan tengahari -nasi ,ulam-ulam serta ...apa mama nak masak tengahari ni..lama dapur tak terusik..masak lemak daun ubi atau rebung madu masak gulai kuning.. mama berblog dulu sebelum masak. Jumpa lagi..banyak kerja yang perlu mama buat..rumah kita dah macam merajuk dah..

3 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu nadz

    untung yaaa
    ada rumah kat bandar
    ada rumah kat kampung
    banyak pula pokok tanaman

    saya peminat ulam2
    boleh minta sikit
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam En Rozali,

    Jemputlah ke rumah, merasa ulam-ulam dari kaki gunung Jerai.

    terima kasih kerana menziarah N3.

    ReplyDelete
  3. salam mama nadz..

    first of all..
    terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog saya yang ntah pape tu...ehehhe..tq..

    moga ikatan ukhuwwah yang terbina di alam maya ini akan terus berkekalan hendaknye ekk..

    moga mama n family sihat seadanya..

    ReplyDelete