minuman coklat untuk puteri
nasi daun pisang, udang masala dan ayam goreng
nasi daun pisang, udang masala dan ayam goreng
makanan puteri yang mengidam
baru nak letak kuah..
Anak-anak mama yang jauh,
Mama cuti hari ni dan kebetulan puteri ke 2 ada di rumah. Hari ni hari jadi puteri. Puteri mama ini akan jadi ibu hujung tahun ni. kata puteri beliau teringin nak makan nasi daun pisang..Alahai.. nasi daun pisang..masakan India pula yang diidamkannya.
Telah lama benar mama tak makan tengahari atau makan malam bersama keluarga kat luar, asyik makan kat dapur rumah ja, so hari ni sempena hari jadi puteri, maka mama bertiga orang pergilah ke bandar , cari nasi daun pisang kat Chennai restaurant.
Walau mama tak berapa berkenan makan makanan macam ni, demi puteri yang disayangi mama ikut jugalah. Sungguh seronok melihat puteri makan dengan berselera. Agaknya nanti akan ada mirip Shahrul Khan kot..itulah usik HB pada puteri. Puteriku, apa pun dugaan hidup ini tempuhilah, kerana Allah maha mengetahui dan sentiasa merahmati hidup kita umat manusia.
Dan cuti hari ni, di rumah kita ini mama banyak menghabiskan masa mengemas dan mencuci dapur kita yang mama sering tinggalkan. Terkadang mama terasa amat terkilan bekerja jauh dan tak dapat menjaga rumah kita ini sebaik-baiknya. Tapi mama tahu, 5 tahun lagi apabila mama bersara, mama akan ceriakan dapur dan rumah kita, insyaallah.
Mama rindu untuk berkebun, menjahit dan memasak sepenuhnya. Sekarang pun mama lakukan tapi asyik teringat kerja-kerja dengan pelajar.
Assalamualaikum Nadz
ReplyDeleteselamat hari jadi puteri
moga jadi ibu yg berjaya
Wassalam
w/salam En. Rozali,
ReplyDeleteAkan dipersampaikan pada puteri. Satu doa buat puteri.Ameen.
Terima kasih.
salam cikgu
ReplyDeleteheppi besday buat puteri
sedap nasi daun pisang tu, kali terakhir saya makan nasi daun pisang 25 tahun lps hehehe
w/salam rz,
ReplyDeleteakan saya persampaikan. Anak saya lah mengidam nak makan, saya tak berapa suka sangat. Sedaplah juga kalau kita meminati masakan gaya orang india..masing-masing selera.
terima kasih kerana bertandang ke N3 saya ni.
salam nadz,
ReplyDeleteselamat hari lahir buat puteri. tahniah! tak lama lagi kan jadi ibu. berbahagialah nadz nanti bila dapat cucu...kak nab belum ada rezeki nak timang cucu!
w/salam Kak Nab,
ReplyDeleteterima kasih, akan saya persampaikan pada puteri. Tak sabar-sabar nak jadi 'Datin'ni.
InsyaALLAH rezeki tak kemana. lambat laun akan tibalah tangisan cucu kat rumah Kak Nab.