Adik-adik ipar membawa mama round-round Freemantle dan memberitahu tempat-tempat yang menarik di situ dan tempat-tempat best shopping. Berkesempatan juga mama ke tepi laut makan fish n chips di Kailis (rasanya Pak Itam ..blogger yang mama selalu ikuti..pernah ada N3 tentang kawasan ni dulu N3 1997). Mereka juga membawa mama ke tempat kerja mereka memandangkan hari tu mereka bekerja .Mama juga sempat melihat sekolah tempat anak-anak mereka belajar. hebat dan menyeronokkan... di tambah pula anakanda Azam akan bercerita tentang sekolahnya. dalam Bahasa Inggeris Australia
" This is standard5, over there is standard3 and over there is my class..we line up here..every day.. and ..
petah ramah bercerita. Azam faham Bahasa Melayu tapi tak dapat bercakap dengan baik. Bahasa Inggeris adalah bahasa harian mereka. Hanya mengharapkan ibu dan bapa sahaja berbahasa Melayu kerana sejak kecil itulah persekitaran mereka. 18 tahun telah mereka di sini. Mereka 5 beradik pun bercakap begitu antara mereka......... (Mom, Where is the beras? Beras ja bahasa Melayu..Alahai
masa emaknya menyuruh abang yang besar tu Azman memasak nasi....
Di rumah mereka, mama melihat kejiranan juga terlalu aman damai. Cuma agak sunyi. Musim sejuk agaknya. Mat salleh berkurung dalam rumah. Rumah-rumah di sini begitu lengkap. Kawasan yang bersih dan berperaturan.
Azam sedang sibuk berlari dan menunjukkan kelasnya. Penat juga mama mengikutinya. Sehinggakan seekor burung yang bertenggek kat pagar sekolah pun diceritakan pada mama. Disebutnya nama burung dan habitat burung..Mereka diberi informasi yang banyak oleh sekolah. Latihan lisan yang cemerlang buat pelajar sekolah rendah.
Buah Lemon yang ada kat belakang rumah mereka. Mama ada bawa balik ke Malaysia 10 biji. nak buat jeruk. Depa bawa mama ke shopping complex. Tak berani nak beli barang kat sini..apabila diconvert kedalam RM..mahal-mahal sangat. tapi adalah juga mereka belikan satu dua blouse untuk mama..buah tangan Perth
persekitaran
kawasan sekolah (mama tak dapat paparkan bilik darjah dan pelajar kerana guru besar yang mama jumpa kat situ kata kat mama' dont take student's picture)
market sayur.
fish n chips
mama tidak berlama di rumah mereka kerana malamnya ada jemputan makan malam di rumah seorang pelajar daerah mama yang sedang belajar kat situ. Kumpulan mama berhimpun malamnya kat situ. Adik ipar mama hantar sampai kat rumah mereka yang juga di Freemantle. Rupa-rupanya adik ipar mama kenal dengan pelajar-pelajar di sini. maklumlah orang Melayu..pastinya ..di perantauan.
Terima kasih buat Nor dan Jamil (melayani mama di sana, walau kesibukan bertugas, mama datang tak kena masa) dan terima kasih Nor Yusnani kerana menjamu nasi ayam malam tu..sedap...dan menghantar kumpulan kami pulang ke Aarons Perth malam tu.
Terima kasih buat Nor dan Jamil (melayani mama di sana, walau kesibukan bertugas, mama datang tak kena masa) dan terima kasih Nor Yusnani kerana menjamu nasi ayam malam tu..sedap...dan menghantar kumpulan kami pulang ke Aarons Perth malam tu.
Yang membekas jiwa dengan rasa indah dan kasih..Azam the boy ..yang sungguh-sungguh welcoming.